- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Dua Projek Pembangunan Memanfaatkan Nanga Ngungun, Ngemah Kanowit

Must read

Kawasan penempatan Nanga Ngungun, Ngemah di Kanowit yang padat dengan 25 buah rumah panjang dengan lebih kurang 6,000 orang penduduk tidak menyangka kepesatan pembangunan yang dialami sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah baharu apabila tidak mempunyai tempat parkir yang mencukupi.

Dahulu, kawasan ini (bekas kawasan penempatan semula Rascom) hanya boleh dicapai dengan pengangkutan sungai dan agak jauh dari pekan Kanowit, kedudukan rumah pula di bina rapat-rapat.

Kini kawasan ini boleh diakses melalui jalan darat dan merupakan laluan utama ke  Kapit.

Keadaan ini turut menyumbangkan kepada peningkatan jumlah kenderaan penduduk yang mendiami penempatan ini yang memang tidak mempunyai tempat parkir.

Keadaan rumah panjang dahulu tidak mengambil kira ruang untuk meletak kenderaan
Jalan masuk yang terlalu sempit memaksa penduduk meletak kenderaan di bahu jalan

Tinjauan kami turut mendapati laluan di hadapan rumah cukup-cukup laluan pejalan kaki dan kebanyakan penduduk meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Ini pastinya membahayakan pengguna kenderaan yang melalui kawasan ini dan kesesakan dapat disaksikan terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.

Kesesakan yang berlaku di hadapan rumah panjang
Tanah yang diluaskan untuk Projek Bina Baru Jalan dan Parkir Kereta di kawasan Penempatan Nanga Ngungun, Kanowit

Menurut Penghulu Ron Ak Ugai, yang mentadbir 47 buah rumah panjang di bawahnya Ngemah Hilir berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang akan membina jalan masuk di bawah projek Projek Bina Baru Jalan dan Parkir Kereta di kawasan Penempatan Nanga Ngungun, Kanowit. 

Penghulu Ron Ak Ugai

Projek tersebut di bawah peruntukan P210 Parlimen Kanowit dengan kos sejumlah RM480,000 melibatkan keluasan 700 meter dari jalan masuk (jalan utama) menghala ke sungai.

Satu lagi projek di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) yang sedang dalam pembinaan ialah  Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Song-Kapit, Seksyen B (Pakej 2):Nanga Ngungun/Nanga Ngemah ByPass sejauh 5.3 kmdengan kos pembinaan RM51 juta yang turut melibatkan pembinaan sebuah jambatan.

Jelas Penghulu Ron, jalan yang ada kini di hadapan kampungnya terlalu sempit dan berbahaya kepada pengguna jalan dan penduduk dan projek tersebut sudah pasti dapat mengatasi masalah kesesakan dan keselamatan untuk masa yang jangka panjang.

Bilangan penduduk yang memiliki kenderaan turut meningkat disebabkan taraf sosioekonomi penduduk semakin meningkat, kerana ada yang sudah bekerja luar dari kawasan Ngemah seperti di Sibu, Kanowit

Keadaan ini diakui sendiri oleh Norria Ak Wen, salah seorang penduduk tempatan yang tinggal di Rumah Ayong Nanga Ngungun yang menyaksikan sendiri perubahan corak pengangkutan di penempatan mereka.

Norria Ak Wen

Menurut Norria, perubahan ketara dapat disaksikan jalan mula dihubungkan antara Kanowit dan ke seberang kawasan mereka. Dahulu sebelum tahun 2009, kebanyakan penduduk bergantung kepada bot panjang untuk urusan seharian dari seberang kampungnya ke pasar berhampiran menggunakan sungai.

Ketika itu, jelasnya jalan sudah ada tetapi jalan premix tidak bersambung dari arah Kanowit dan ke seberang kawasannya.

Cuma sekitar tahun 2017 selepas Jambatan Kanowit siap, kawasan penempatannya telah dapat dihubung menggunakan pengangkutan darat Sibu-Kanowit dan jumlah kenderaan semakin bertambah.

Penempatan mereka sudah mula dibanjiri dengan kenderaan penduduk dan menimbulkan masalah parkir kenderaan penduduk di situ.

Isu keselamatan semakin mendesak apabila jalan Song – Kapit sudah mula dibuka pada tahun 2019 dan jumlah trafik semakin tinggi dari kedua belah arah.

Norria menyambut baik usaha kerajaan membina kawasan parkir di kawasan penempatan mereka bagi keselesaan dan keselamatan kenderaan mereka.

Pada masa yang sama, mengalu-alukan kepesatan pembangunan yang mula dirasai penduduk sejak jalan Sibu- Kanowit-Song- Kapit dibuka 2 tahun lepas.

Bagi Melissa Lena Ak Shak Shang, Jurutera Awam dari Pejabat Wilayah Tengah Sarawak menyifatkan projek Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Song-Kapit, Seksyen B (Pakej 2):Nanga Ngungun/Nanga Ngemah ByPass sebagai penyelesaian jangka panjang kerana jalan baharu tersebut tidak akan melalui penempatan tersebut dan pengguna jalan akan menikmati pemanduan yang lancar dan selamat.

Melissa Lena Ak Shak Shang

Selain itu, yang paling penting, jelasnya pembinaan jalan baharu tersebut lebih kepada aspek keselamatan kerana pengguna tidak akan melalui (jalan lama yang ada kini) yang sempit, berbahaya untuk kanak-kanak sebab ada sekolah berhampiran dan mengelakkan kerosakan jalan lama (jalan ini boleh dikatakan sebagai jalan kampung).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article