- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Peluang Untuk Penduduk Di Meradong Usahakan Projek Pertanian

Must read

Daerah Meradong terletak di Bahagian Sarikei, meliputi kawasan seluas 719-kilometer persegi dengan jumlah penduduk adalah kira-kira 34,300 orang (17, 000 ribu lelaki dan 17, 300 ribu perempuan).

Secara kasarnya, bilangan keluarga tani di Daerah Meradong adalah seramai 6,500 orang, dan kebanyakan meraka tinggal di kawasan rumah panjang dan kampung-kampung.

Di Daerah Meradong, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) memainkan peranan penting dalam membantu keluarga-keluarga tani memajukan projek-projek pertanian mereka.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Encik Tahir Dullah, terdapat tiga (3) seksyen utama yang menjadi tonggak utama pemacu kepada pembangunan sektor pertanian di Daerah Meradong iaitu Seksyen Tanaman, Seksyen Agromakanan dan Seksyen Perikanan Darat.

Penolong Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Encik Tahir Dullah

PPK, menurut beliau, memainkan peranan besar dalam menyatukan komuniti tani di dalam satu organisasi, menjaga kepentingan, membimbing, memberi perkhidmatan serta membantu ahli-ahli mereka dalam memasarkan produk-produk pertanian mereka.

Walaupun kita berdepan dengan pandemik Covid-19 sejak beberapa tahun lalu, aktiviti pembangunan pertanian kurang terjejas kerana mereka yang berada di kawasan kampung masih boleh menjalankan aktviti mereka seperti biasa.

Jelas beliau, Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian dan PPK turut mengambil inisiatif membeli hasil-hasil pertanian daripada petani untuk disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan seperti anggota Polis, Tentera, Bomba, RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah RAKAN Sarawak baru-baru ini sempena tinjauan mereka ke projek-projek pembangunan pertanian Daerah Meradong.

Kerajaan menerusi Jabatan Pertanian telah menyediakan pelbagai peluang kepada penduduk di Daerah Meradong yang ingin mengusahakan projek-projek pertanian seperti tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman getah, tanaman kelapa sawit dan sebagainya secara serius.

Projek tanaman buah-buahan (Pamelo) di Meradong
Projek Pemulihan Rumbia

Dalam RMK-11, Jabatan Pertanian Daerah Meradong berjaya melaksanakan sekurang-kurangnya 7 hingga 10 program setiap tahun bagi manfaat para petani di daerah ini.

Pada tahun 2016, sebanyak tujuh (7) program telah dilaksanakan melibatkan peruntukan berjumlah RM2, 462,595.20.

Pada tahun 2017, sebanyak 10 program telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM3, 771,835;

Pada tahun 2018, sebanyak 7 program dilaksanakan melibatkan peruntukan berjumlah RM1, 135,000;

Pada tahun 2019, sebanyak 13 program dilaksanakan melibatkan peruntukan berjumlah RM1, 693,600;

Pada tahun 2020, sebanyak 7 program dilaksanakan melibatkan peruntukan berjumlah RM1, 481,750;

Pada tahun 2021, sebanyak 7 program dilaksanakan melibatkan peruntukan berjumlah RM896,092;

Menurut Encik Tahir, permohonan untuk menyertai program-program tersebut dibuka sepanjang tahun dan petani-petani digalakkan datang ke Pejabat Pertanian untuk membuat permohonan.

Tinjaun ke Projek Tanaman Getah Berkelompok (TBGB)

Di Daerah Meradong, tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah, rumbia, lada serta kelapa dan tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti nanas adalah projek yang berimpak tinggi dan giat diusahakan di Daerah Meradong ketika ini.

Projek Tanaman Nanas MD2 di Meradong

Menurut beliau, buah nanas MD2 mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli-pembeli di sekitar Sarikei dan luar Sarikei kerana keunikan rasa serta khasiatnya berbanding nanas jenis lain, dan harga pasaran untuk sebiji nanas MD2 adalah sekitar RM4 sehingga RM6 sebiji.

Sehubungan itu, Jabatan Pertanian Daerah Meradong komited untuk terus memberi fokus kepada pembangunan projek pertanian dan aktiviti-aktiviti pengembangan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article