- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MAKSAK Cares 1.0 Manfaatkan 1,055 orang Penjawat Awam B40  

Must read

Sejak pandemik COVID-19 menular pada tahun 2020, aktiviti kebajikan MAKSAK Wanita Negeri hanya dihadkan kepada program Sumbangan Ikhlas kepada penjawat awam semasa musim perayaan sahaja.

Ini adalah selaras dengan arahan semasa yang tidak membenarkan aktiviti luar dijalankan seperti biasa. Oleh itu, MAKSAK Wanita Negeri telah mengambil inisiatif untuk menjalankan projek MAKSAK Cares untuk membantu sedikit sebanyak penjawat awam yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pelancaran Program MAKSAK Cares oleh YABhg. Penasihat MAKSAK Wanita Negeri telah dijayakan pada 22 Oktober 2021 di Wisma Bapa Malaysia.

Upacara penyampaian sumbangan berjumlah RM50,000 untuk tabung MAKSAK Cares daripada Pengerusi Sanjung Etika Sdn Bhd kepada YBhg. Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri yang disaksikan oleh YABhg. Penasihat telah diadakan semasa Majlis Pelancaran tersebut.

Antara kriteria penerima ialah mestilah Penjawat Awam Gred H11 dan ke bawah, Berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan, Mempunyai anak yang masih dalam tanggungan, Keutamaan kepada penjawat awam negeri yang kurang berkemampuan dan difikir layak untuk menerima sumbangan tersebut.

Semua maklumat yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh Human Resource Champion (HRC) agensi masing-masing.

Program MAKSAK Cares 1.0 ke Bahagian Miri
Program MAKSAK Cares Bagi Kawasan Sri Aman dan Betong
Program MAKSAK Cares Bagi Kawasan Sibu, Sarikei, Kapit dan Mukah
Program MAKSAK Cares Bagi kawasan Samarahan dan Serian

Info Tambahan

Ahli-ahli exco yang terlibat:
No.Nama Ahli ExcoJawatan
01Datin Amar Evelyn RitikosPengerusi MAKSAK Wanita Negeri
02Datin Sri Baduyah BujangTimbalan Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Projek MAKSAK Cares
03Puan Hajah Norhayati Binti MornieSetiausaha Kehormat MAKSAK Wanita Negeri
04Puan Gladys Lim Ah HuiBendahari Kehormat MAKSAK Wanita Negeri
05Datin Gloria GembongPengerusi Biro Kesihatan
06Datin Sharifah Aminah Wan MuhammadPengerusi Biro Kebajikan
07Datin Fauziah Mardiana SepawiPengerusi Biro Pendidikan
08Puan Tres Andrew TakiPengerusi Biro Sosial
09Puan Durie Austine TinggiePengerusi Biro Lawatan
10Puan Hajah Haluyah AwiPengerusi Biro Sukan
11Puan HalimahPenolong Bendahari

Jumlah bilangan penerima Program MAKSAK Cares 1.0 mengikut bahagian :

NOBAHAGIAN BERTUGASBILANGAN CALON
1KUCHING334
2KOTA SAMARAHAN61
3SERIAN86
4BETONG64
5BINTULU39
6KAPIT33
7LIMBANG36
8MIRI105
9MUKAH67
10SARIKEI91
11SIBU78
12SRI AMAN61
JUMLAH KESELURUHAN1055

Tarikh-tarikh program MAKSAK Cares 1.0 dijalankan mengikut Bahagian/Zon

No.Bahagian/ ZonTarikh dilaksanakan
1.Sri Aman/ Betong21 Oktober 2021
2.Samarahan/ Serian26 Oktober 2021
3.Zon Tengah SarikeiSibuKapit Mukah10 November 2021
4.Zon Utara MiriBintulu15 November 2021
5.Kuching/ Limbang02 December 2021
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article