- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Daerah Kecil Spaoh Semakin Pesat Membangun

Must read

Daerah Kecil Spaoh di Bahagian Betong merupakan sebuah daerah kecil yang diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Betong. Dahulunya kawasan ini lebih dikenali penduduk tempatan sebagai Daerah Saribas.

Kedudukan Daerah Kecil Spaoh ialah di antara Daerah Kecil Debak di sebelah utara/ barat, daerah Sri Aman di sebelah selatan dan daerah Betong di sebelah timur

Pusat pentadbiran dan pengurusan Daerah Kecil Spaoh terletak di Pekan Spaoh dan di bawah Pegawai Tadbir Sarawak, Spaoh yang kini disandang Pegawai Tadbir Menguasa, Spaoh, Encik Lester Clement Guwie.

Pegawai Tadbir Menguasa, Spaoh, Encik Lester Clement Guwie

Pekan Spaoh boleh dihubungi melalui jalan raya, kira-kira 11 km dari jalan utama Pan Borneo.

Sementara itu, jarak dari Pekan Betong ke Pekan Spaoh ialah kira-kira 49 kilometer iaitu melalui jalan darat.

Pejabat Daerah Spaoh baharu yang telah siap sepenuhnya tahun lepas (2021)
Dewan Masyarakat Spaoh yang telah dinaiktaraf

Daerah Kecil Spaoh mempunyai keluasan 529.12 km persegi dan mempunyai 4 kawasan di bawah pentadbirannya iaitu

  • Pekan Spaoh dan kampung-kampung yang berhampiran meliputi Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Hulu, Nanga Bangkit dan Kampung Kebun Cina
  • Kampung Paku Hulu, Rumah Panjang
  • Kampung Paku Hilir, Rumah Panjang
  • Kawasan Hilir Perairan Sungai Saribas yang meliputi Kampung Balingan (di hulu Sungai Saribas), Kampung Bungin, Kampung Sebemban, Seruai, Kampung Tanjung Assam, Terusan, Kampung Serembang, Kampung Manggut, Kampung Buda, Kampung Supa dan Kampung Medang (di hilir Sungai Saribas)

Jumlah penduduk di Daerah Kecil Spaoh ialah seramai 19,614 orang yang terdiri daripada kaum Melayu (13,990 orang), Kaum Iban (5,125 orang) dan Kaum Cina (499 orang)

Kompleks Sukan Spaoh turut dilengkapi dengan empat (4) buah gelanggang badminton

Majoriti penduduk di kawasan ini bekerja sebagai petani manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan berniaga

Dari sudut pelancongan Daerah Kecil Spaoh yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi seperti Permainan Tradisional Pangka Gasing (Kaum Melayu Spaoh), MTB Jamboree Mountain Bike Challenge-Penom Ulu Paku, Pesta Buntal (Pertandingan Lumba Perahu) dan 3 Rumah Panjang Tradisional Lama -bertiang panjang dan binaan tanpa paku (Rumah Panjang Samu, Matop dan Penom)

Hari ini, Daerah Kecil Spaoh semakin pesat membangun hasil daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan  yang dilaksanakan oleh kerajaan dari semasa ke semasa

Menurut Pegawai Tadbir Menguasa, Spaoh, Encik Lester Clement Guwie yang ditemu bual RAKAN Sarawak baru-baru menyatakan dalam beberapa tahun akan datang wajah daerah kecil Spaoh bakal berubah dengan pembangunan yang semakin rancak dan pesat.

Mercu tanda baharu Spaoh

Antara projek yang sedang dalam pembinaan seperti Lapangan Terbang Bebuling Spaoh (dijadikan pusat pengumpulan dan penghantaran produk hasil pertanian), perancangan pembinaan pasar konkrit 14 unit (dengan pusat perniagaan dan perbankan) dan projek pembinaan Jambatan Ikonik Sungai Paku bernilai RM30 juta.

Daerah Spaoh turut mempunyai Pusat Giat MARA

Selain itu, Projek pembinaan pasar jualan basah bernilai RM5 juta, Penyediaan Pusat Giat Mara (golongan belia untuk mengambil kursus teknikal), pembinaan dan penyediaan pusat internet Digital Community Centre (menaiktaraf Pejabat Daerah Lama Daerah Kecil Spaoh)

Gerai Makan Spaoh yang baharu siap
Pejabat Daerah Spaoh lama akan diubahsuai dan dijadikan Digital Community Centre

Bagi projek yang telah siap ialah Pejabat Daerah Kecil Baharu – pembinaan bangunan baharu RM5 juta dan Projek Skim Tanaman Tanjung Sebekut (di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran).

Kebanyakan kampung di Pekan Spaoh sudah memiliki infrastruktur perparitan yang sempurna
Sistem pengairan dan saliran termasuklah pembinaan ban turut dibina

Berkaitan dengan signifikan projek di atas, menurut Encik Lester pertumbuhan ekonomi yang mana aktiviti pertanian,  aktiviti perniagaan dan keperluan modal insan telah berkembang pesat di Pekan Spaoh turut menuntut kepada perancangan projek-projek tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article