- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perancangan Pembangunan Spaoh Mengambil Kira Maklum Balas Komuniti Setempat

Must read

Perancangan pembangunan adalah proses interaktif antara pelbagai pihak berkepentingan, termasuklah kementerian dan agensi, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Maklum balas termasuk input daripada pihak komuniti setempat turut diambil kira dengan proses perancangan pembangunan sosioekonomi dilaksanakan melalui pendekatan “atas ke bawah” dan “bawah ke atas” bertujuan untuk memastikan dasar dan strategi direalisasikan melalui mengoptimumkan sumber serta pembangunan seimbang dalam segenap aspek.

Perkara diperjelaskan oleh Pegawai Tadbir Menguasa, Spaoh, Encik Lester Clement Guwie kepada  RAKAN Sarawak sewaktu tinjauan kami ke Daerah Kecil Spaoh baru-baru ini.

Pegawai Tadbir Menguasa, Spaoh, Encik Lester Clement Guwie

Menurut Encik Lester, bagi mengerakkan usaha ke arah itu  Jawatankuasa Pembangunan Sosioekonomi Daerah Kecil Spaoh akan menjadi badan yang akan mengumpulkan input di peringkat akar umbi untuk memastikan pembangunan yang dirancang bertepatan dengan aspirasi komuniti setempat.

Jelas Encik Lester, Pejabat Daerah Kecil akan bertindak sebagai urusetia manakala dipengerusikan oleh wakil rakyat DUN N37 Bukit Saban iaitu YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang juga Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru (II) dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

Daerah Spaoh akan menjadi sebuah daerah pesat membangun terutama apabila sektor pertaniannya sepenuhnya

Keahlian Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Jurutera Bahagian atau wakil dari Jabatan Kerja Raya Bahagian Betong dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong.

Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Giat MARA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ketua Polis Daerah Betong, Pertubuhan Peladang Bahagian Betong dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Spaoh Waterfront menyediakan kemudahan untuk beriadah bagi penduduk setempat

Antara objektif penubuhan Jawatankuasa tersebut adalah untuk merangka perancangan pembangunan  Daerah Kecil Spaoh (mengikut kawasan), Mengenal pasti potensi sektor-sektor tertentu atau peluang-peluang pembangunan di Daerah kecil Spaoh, Membuat penilaian dan perakuan terhadap cadangan-cadangan pembangunan yang melibatkan Daerah Kecil Spaoh, Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan dan Membincangkan isu-isu pembangunan di Daerah Kecil Spaoh.

Kompleks Sukan Spaoh yang sedang dalam peringkat akhir penyiapan
Komponen lain Kompleks Sukan Spaoh tertutup turut memiliki gelanggang sukan badminton

Menurut Encik Lester, jawatankuasa ini akan memastikan agenda pembangunan Daerah Kecil Spaoh dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan mesyuarat perlu diadakan tiga (3) kali setahun ataupun mengikut keperluan yang telah diputuskan bersama di kalangan ahli Jawatankuasa yang dilantik.

Pada perkara berkaitan pembangunan Daerah Kecil Spaoh, Encik Lester memaklumkan beberapa projek telah dan sedang dilaksanakan yang bakal mengubah wajah Spaoh beberapa tahun akan datang antaranya pembinaan Lapangan Terbang Bebuling Spaoh (dijadikan pusat pengumpulan dan penghantaran produk hasil pertanian), perancangan pembinaan pasar konkrit 14 unit (dengan pusat perniagaan dan perbankan) dan projek pembinaan Jambatan Ikonik Sungai Paku bernilai RM30 juta.

Selain itu, Projek pembinaan pasar jualan basah bernilai RM5 juta, Penyediaan Pusat Giat Mara (golongan belia untuk mengambil kursus teknikal), pembinaan dan penyediaan pusat internet Digital Community Centre (menaiktaraf Pejabat Daerah Lama Daerah Kecil Spaoh)

Pasar Baharu Spaoh sedang dalam pembinaan sebahagian daripada projek pembesaran Pekan Spaoh yang baharu

Bagi projek yang telah siap ialah Pejabat Daerah Kecil Baharu – pembinaan bangunan baharu RM5 juta dan Projek Skim Tanaman Tanjung Sebekut (di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran).

Pejabat Daerah Kecil baharu meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Spaoh
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article