- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Rancang Lebih Awal Agar Pelaksanaan Lebih Teratur : SuPS

Must read

Satu Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sarawak Bilangan 1 Tahun 2022 telah diadakan pada 23 Mac 2022 di Kuching yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato’ Amir Bin Omar.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat secara bersemuka yang pertama selepas lebih dua tahun menghadapi situasi pandemik COVID-19.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato’ Amir Bin Omar menyampaikan amanat

Mesyuarat sebelum ini kali terakhir diadakan pada 10 November 2021 diadakan secara dalam talian, yang menjadi platform untuk semua membincangkan isu dan mengutarakan pendapat masing-masing serta masalah yang dihadapi oleh jabatan/agensi untuk dicari  jalan penyelesaian  yang terbaik.

Antara amanat dalam mesyuarat kali ini, Setiausaha Persekutuan turut menyeru supaya setiap Kementerian, Jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini merancang dengan lebih awal, teliti dan terancang agar pelaksanaan projek pembangunan kelak akan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Mesyuarat bersemuka pertama setelah dua (2) tahun diadakan secara dalam talian

Beliau yang banyak mengadakan lawatan di seluruh Sarawak bagi melihat projek-projek pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak, mendapati alasan seperti projek yang lewat jadual dapat dielak sekiranya perancangan dibuat dan dilaksanakan dengan teliti, teratur dan terancang.

Selain itu, setiap Kementerian, Jabatan dan agensi Persekutuan di Sarawak juga perlu mengambil tindakan proaktif dalam menjalinkan hubungan kerjasama erat di samping melibatkan diri di dalam program-program anjuran Kerajaan Sarawak bagi memperlihatkan komitmen dan kesepaduan dalam sama-sama membangun dan memajukan negeri Sarawak ini.

Mesyuarat ini bertindak sebagai platform untuk semua membincangkan isu dan mengutarakan pendapat masing-masing

Beliau turut menyarankan supaya mulai tahun ini, tahun 2022 setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan menghantar penyertaan bagi memeriahkan lagi program antara program tahunan dan dwi tahunan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Sarawak.

Ini menurut beliau termasuklah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak (AKPANS) setiap tahun, Anugerah Ketua Menteri Sarawak (AKMS) dua kali setahun, Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) setiap tahun dan Program Bulan Inovasi (yang dianjurkan secara bersama antara Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Suasana sekitar mesyuarat

Berkaitan dengan Peningkatan Perlaksanaan Pembangunan di Luar Bandar, beliau berharap semoga setiap agensi Persekutuan berkaitan program-program luar bandar dapat (jika boleh) mendapatkan peruntukan pembangunan terutamanya pembangunan luar bandar supaya projek-projek pembangunan dapat dijalan dan dilaksanakan dengan lebih banyak/seimbang antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Berdasar tinjauan dan lawatan beliau ke kawasan luar bandar mendapati bahawa terdapatnya keperluan bagi meningkatkan lagi pembangunan luar bandar terutamanya dalam sektor kesihatan, pendidikan dan juga infrastruktur luar bandar.

Suasana sekitar mesyuarat

Begitu juga dengan liputan talian internet juga amat kurang baik akan menjejaskan peluang anak-anak kita yang berada di pedalaman untuk mengikuti peluang pembelajaran secara maya seperti di kawasan bandar.

Beliau menekankan betapa penting agensi persekutuan selaku pemegang Amanah di negeri ini untuk menunaikan Amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang demi kelangsungan pembangunan dan kemajuan negeri Sarawak.

Sesi pembentangan turut diadakan pada mesyuarat ini

Pada mesyuarat tersebut juga, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan terutamanya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota penguatkuasa yang telah bekerja keras dalam mengekang dan merawat pesakit COVID-19 dan dalam usaha mengawal penularan wabak selama 2 tahun ini sehingga kita beralih ke fasa endemik.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima (Agensi Persekutuan) Anugerah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2022 yang telah diadakan pada 14 Januari 2022 dan turut mengalu-alukan kedatangan kepada Ketua-ketua Jabatan Agensi Persekutuan yang baru bertukar dan berkhidmat di Sarawak.

Mesyuarat ini turut memberi peluang kepada untuk mengutarakan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan awam
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article