- Advertisement -spot_img
4,771
published news
and counting

Mentransformasi Perniagaan Ke Arah Digitalisasi

Must read

Perkembangan teknologi dan perubahan zaman yang berlaku pada hari ini membolehkan teknologi digital digunakan secara meluas termasuklah dalam pemasaran perniagaan.

Kebanyakan masyarakat pada zaman ini menggunakan internet dalam pelbagai cara, sama ada untuk perbankan dalam talian, membeli-belah, bersosial, berkomunikasi, menyelidik dan sebagainya.

Untuk memohon geran GO Digital, sila layari pautan berikut : bit.ly/godigitalswk22

Namun begitu, penggunaan digital ini harus difahami dan digunakan sepenuhnya termasuklah oleh golongan penjaja, peniaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar ia dapat membantu memperluas dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Sehubungan itu, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg telah memberi Amanah kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) untuk melaksanakan Program Go Digital Sarawak.

Program GO Digital Sarawak (inisiatif ke-6) di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 diumumkan Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada tahun lepas (2021)

Program Go Digital Sarawak merupakan satu inisiatif untuk mentransformasikan perniagaan ke arah digitalisasi, dan di bawah program ini, Kerajaan akan menyediakan bantuan maksimum RM10,000 untuk membeli peralatan dan keperluan digital seperti komputer riba, kamera digital, drone dan sebagainya.

Melalui program ini, usahawan akan dibimbing dan dipantau selama enam (6) bulan untuk memastikan mereka boleh menggunakan peralatan digital dengan lebih efektif.

Usahawan MSME boleh mendapatkan perkakas digital dengan percuma melalui Program Go Digital Sarawak

Semasa Majlis perasmian Program Jum Regista Bisnes di Dewan Suarah Bintulu pada 1 Mac 2022, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak telah menyediakan bantuan sebanyak RM1 juta kepada 100 orang usahawan untuk pembelian peralatan dan keperluan digital.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa, 100 orang usahawan tersebut kini sedang dibimbing dan dipantau bagi memastikan mereka boleh menggunakan peralatan digital dengan efektif.

Semasa program Jum Regista Bisnes yang di Serian pada 30 Mac 2022, Datuk Amar Awang Tengah telah memaklumkan bahawa MINTRED dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) sedang mencari seramai 500 usahawan yang layak untuk menyertai Program Go Digital Sarawak 2022.

Para usahawan yang terpilih kelak akan berpeluang mendapat bantuan peralatan dan keperluan digital dengan bantuan keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Di bawah program Go Digital Sarawak, Kerajaan menyediakan bantuan maksimum RM10, 000 untuk membeli peralatan dan keperluan digital seperti laptop

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, YB Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

Program Go Digital Sarawak ini merupakan inisiatif keenam di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0, yang diumumkan oleh Datuk Amar Awang Tengah pada tahun lepas (2021).

Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak yang diperkenalkan oleh MINTRED menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ini bertujuan untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dalam mendigitalkan perniagaan mereka di samping membantu mereka yang terkesan daripada COVID-19.

Melalui geran ini, para usahawan MSME yang terjejas akibat pandemik boleh mempercepatkan peralihan perniagaan mereka ke mod digital dengan lebih pantas dan efisien.

Inisiatif ini juga selaras dengan agenda Kerajaan Sarawak untuk membina rakyat yang celik digital serta bersedia mengaplikasikan kaedah ekonomi digital dalam kehidupan seharian.

Usahawan PKS Sarawak yang berminat boleh membuat permohonan bermula 4 April sehingga 4 Mei 2022 secara dalam talian

Seorang usahawan boleh memohon beberapa perkakas elektronik dengan jumlah tidak lebih RM10,000

Usahawan MSME yang terpilih bakal menerima geran berjumlah sehingga RM10,000 bagi membeli peralatan digital seperti barangan elektronik dan perisian untuk menaiktaraf mutu perniagaan digital mereka.

Usahawan yang berminat boleh mendaftar dan terus memilih seberapa banyak produk yang mereka perlukan melalui katalog yang disediakan, dengan syarat jumlah keseluruhan perkakas yang dimohon hendaklah tidak melebihi RM10,000.

Produk yang tersedia untuk para usahawan adalah perkakas digital seperti Macbook Air/Pro, iPad Air/Pro, iMac, komputer meja, komputer riba berspesifikasi tinggi dan sederhana, tablet, monitor, kamera, sistem ePOS dan banyak lagi.

Usahawan MSME yang ingin memohon Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak ini mestilah mempunyai lesen perniagaan sah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai permit perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Secara ringkasnya, perniagaan yang boleh memohon geran ini adalah seperti berikut;

  • Kedai runcit
  • Kedai perisian
  • Usahawan fotografi dan videografi
  • Restoran, kafe dan perniagaan berasaskan makanan dan minuman
  • Pencipta kandungan (Content Creator)
  • Usahawan bidang pendidikan (inovasi dan STEM)
  • Pereka grafik
  • Kedai bakeri
  • Perniagaan dari rumah/jualan online/e-dagang
  • Sektor pertanian
  • Pengurusan majlis/perancang perkahwinan

Untuk rekod, permohonan pertama bagi geran ini telah dibuka pada bulan September 2021 manakala  permohonan kedua telah mula dibuka pada 4 April sehingga 4 Mei 2022 dan proses permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang di https://go.sarawak.digital.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article