Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengadakan kunjungan ke Kuching selama dua hari bermula 21 hingga 22 April 2022.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri telah disambut oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta dif-dif kenamaan yang lain.
Sepanjang berada di Kuching, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri berkenan mencemar duli ke Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kota Utara (DBKU) Satok pada 21 April 2022 (Khamis) selain berkenan berangkat ke Masjid Jamek Negeri untuk Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib Berjemaah.
Baginda dan Raja Permaisuri dijangka berangkat pulang dari Kuching ke Melaka menaiki pesawat khas pada 22 Februari 2022 (Jumaat), pukul 10 pagi.