- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Literasi Maklumat PNS, Miri Dapat Sambutan Menggalakkan

Must read

Literasi maklumat adalah satu kemahiran dan keupayaan yang diperlukan bagi mencari maklumat tertentu dalam pelbagai format serta menggunakan maklumat yang diperolehi secara aktif.

Literasi maklumat juga ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mengakses dan menilai maklumat yang dapat membantu dalam membuat pilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Menyedari hal ini, Bahagian Perkhidmatan Maklumat Pustaka Negeri Sarawak (PNS), Miri mengambil inisiatif dengan mengadakan sesi Literasi Maklumat bersama ahli-ahli Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) pada Februari lepas bertempat di Galeri Multimedia, Pustaka Miri.

Seramai 15 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur yang mewakili masjid dan surau seliaan LAKMM, iaitu Masjid At-Taqwa Miri, Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya, Masjid Miri Jalan Merbau, Surau Darus Salam Taman Bumiko dan Surau Al-Hidayah Tab Cinaq telah menghadiri sesi berkenaan.

Beberapa orang peserta mewakili masjid dan surau seliaan LAKMM menghadiri sesi Literasi Maklumat anjuran PNS, Miri

Sesi dikendalikan oleh Penolong Pustakawan PNS Miri, Encik Mohd Awis bin Abu Bakar yang dibantu oleh yang Cik Jamilah binti Juli dari Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Cik Norfaezan binti Abdul Jalil dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal serta pelatih GETS.

Encik Awis ketika mengadakan sesi Literasi Maklumat PNS, Miri bersama LAKMM bertempat di Galeri Multimedia, Pustaka Miri

Menurut Encik Awis yang ditemu bual RAKAN Sarawak secara dalam talian, program tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum perkhidmatan yang ditawarkan oleh PNS.

Peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis bahan rujukan yang terdapat di Pustaka Miri dan penggunaan perkhidmatan pangkalan data dalam talian.

“Para peserta diberi pengenalan tentang PNS dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada ahli seperti pendaftaran keahlian, peminjaman bahan bacaan, komputer dan percetakan, fotokopi serta pinjaman antara perpustakaan.

“Pada sesi literasi maklumat, peserta diberi pendedahan tentang asas pencarian maklumat dan mempelajari cara-cara mengakses pangkalan data dalam talian seperti Pressreader, CJ Law, Emerald Insight dan pelbagai lagi.

“Selain itu, peserta turut diajar tentang teknik mengenal pasti maklumat dalam talian yang sahih dan tidak sahih,” jelas beliau.

Peserta diajar tentang asas pencarian maklumat dan mengenal pasti maklumat sahih dan tidak sahih dalam talian

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, Encik Awis memaklumkan pihak PNS Miri akan mengadakan dua lagi sesi literasi maklumat yang seterusnya, iaitu bersama Pejabat Pendidikan Daerah Miri di Galeri Multimedia, Pustaka Miri pada 10 Mei 2022 dan bersama Institut Perguruan Miri secara dalam talian pada 18 Mei 2022.

Beliau menjangkakan lebih ramai peserta akan mempelajari asas kemahiran mencari maklumat dan bahan dalam talian serta berkongsi ilmu yang dipelajari dengan orang lain.

En Awis (kiri) menyampaikan cenderamata daripada PNS Miri kepada salah seorang peserta
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article