- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MYSED Capai Pelbagai Kejayaan Sejak Ditubuhkan Pada 2019

Must read

Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) adalah sebuah kementerian yang paling dinamik di Sarawak dengan mempunyai 542 personel serta pelbagai fasiliti termasuk Ibu Pejabat, 10 Pejabat Bahagian, 12 Dewan Suarah dan 3 Kem Belia.

Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak adalah agensi yang diselia oleh MYSED terutama dalam pembangunan sukan kompetitif Sarawak dengan berteraskan visi ‘The Nation’s Sport Power House’.

Perkara ini dinyatakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap MYSED, Puan Nancy Haji Jolhi ketika ditemu ramah RAKAN Sarawak.

Pemangku Setiausaha Tetap MYSED, Puan Nancy Haji Jolhi

Mengulas tentang pencapaian MYSED, beliau menyifatkan pendekatan profesional yang diterapkan dalam pengurusan telah membantu MYSED mencapai organisasi berprestasi tinggi serta mencapai pelbagai kejayaan di dalam penyampaian perkhidmatan.

Kejayaan tersebut dihuraikan berdasarkan bahagian utama serta pengiktirafan utama yang telah diperolehi pihak Kementerian.

Bahagian utama tersebut terdiri daripada Khidmat Pengurusan dan Kewangan; Integriti; Pembangunan Belia; Pembangunan Sukan; Pembangunan Projek; serta Dasar, Kualiti dan Inspektorat.

Antara pencapaian MYSED di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan ialah;

  • Pengiktirafan 5 Bintang Treasury Inspection (Financial Management) seluruh Sarawak
  • Johan Kategori Pentadbiran dan Tempat Ketiga Keseluruhan Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Jadi Ke-83 Yang Dipertua Negeri Sarawak 2019
  • 95% pegawai atau staf MYSED seluruh Sarawak berjaya memenuhi jam latihan (5 Star Training Indication)

Antara Pencapaian MYSED di Bahagian Integriti ialah kejayaan melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di Sarawak

Di Bahagian Pembangunan Belia, MYSED telah diiktiraf sebagai Kementerian pertama di Malaysia yang telah memperkenalkan konsep outreach kepada belia di seluruh kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Jelajah Belia Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM3.15 juta.

Selain itu, MYSED juga merupakan Kementerian pertama di Malaysia yang menawarkan geran kepada belia mahupun persatuan untuk mengembangkan bakat melalui Sarawak Youth creative Industry Fund (SYCIF) dengan peruntukan berjumlah RM9 juta.

Program Pembiayaan Mikro untuk Penjaja dan Usahawan Belia Sarawak

Di Bahagian Pembangunan Sukan, MYSED merupakan Kementerian pertama di Malaysia yang melaksanakan pertandingan E-GAMES semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ia di tanda aras oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM).

MYSED juga telah berjaya melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia di mana 26 atlet telah berjaya memenangi pingat di peringkat antarabangsa seperti Sea Games, Asia dan Dunia manakala, 35 orang atlet telah berjaya menyertai Kejohanan Peringkat Antarabangsa.

Sarawak X-Tive menjadi fokus strategi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak selari dengan visi ‘Sport For All By 2030’

Sehubungan itu, MYSED telah mewujudkan Program Atlet Pelapis di mana 42 atlet Sarawak telah menyumbang pingat emas semasa Sukan Malaysia Perak 2018 serta melahirkan 47 atlet berpotensi mewakili Sarawak dan Malaysia melalui sukan teras, sukan wajib dan sukan khas selain berjaya melaksanakan 13 kejohanan sukan antarabangsa di Sarawak semenjak 2017.

Di Bahagian Pembangunan Projek, MYSED telah berjaya melaksanakan 85 projek dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion di bawah Rancangan Malaysia (RMK) dan Projek Rakyat.

MYSED juga telah menerajui Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Projek Bahagian Samarahan dengan 1,700 projek.

Juga dianggap kejayaan terbesar MYSED ialah apabila ia diiktiraf sebagai Kementerian pertama di Sarawak yang telah menubuhkan Bahagian Dasar, Kualiti dan Inspektorat.

Sebagai usaha holistik dalam pembangunan belia dan sukan di Sarawak, sejumlah RM366 juta telah diperuntukkan kepada MYSED di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk melaksanakan 43 projek pembangunan di seluruh Sarawak.

Peruntukan tersebut juga termasuk projek bukan fizikal iaitu Kajian Indeks Belia dengan peruntukan RM1.2 juta di dalam usaha mengukur tahap kesejahteraan belia dan penemuan kajian telah menjadi teras utama kementerian merangka strategi dan hala tuju pembangunan belia.

Majlis Penyampaian Geran Sukan

Keberkesanan projek RMK-11 diteruskan melalui kesinambungan RMK-12 dengan keseluruhan 42 projek berjumlah RM674 juta.

Bertemakan ‘Sarawak as Sport Powerhouse’, beberapa fasiliti sukan berprestasi tinggi akan dibina bagi membangun atlet Sarawak bertaraf dunia menjelang 2030.

Antaranya, Pusat Kecemerlangan Sukan Sarawak (Sarawak High Performance Centre) berhampiran dengan Kompleks Sukan Negeri di Petra Jaya.

Di dalam usaha melahirkan belia bertaraf dunia, sejumlah RM9 juta diperuntukkan untuk Sarawak Youth Creative Industry Fund bagi mengembangkan bakat seni dan kreativiti belia Sarawak.

Sarawak X-Tive adalah satu gerakan membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article