- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

ADTEC Bintulu Pilihan Utama Melanjutkan Latihan Kemahiran Peringkat Tinggi

Must read

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu yang diwujudkan bertujuan menyediakan latihan kemahiran pra pekerjaan dan juga kursus naik taraf (upskilling) merupakan laluan latihan kemahiran terbaik bagi mereka yang ingin melanjutkan kemahiran mereka daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (dari Institut Latihan Perindustrian ataupun Institut Latihan awam yang setaraf) ke Peringkat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM Tahap 5).

Institusi ini turut memberikan peluang kepada lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk mengikuti latihan kemahiran daripada SKM Tahap 1 sehinggalah ke DLKM Tahap 5. Laluan kerjaya bagi yang telah selesai mengikuti DLKM Tahap 5, mereka boleh terus bekerja di bidang pekerjaan berkaitan seperti juruteknik, penyelenggara, ahli teknologi dan sebagainya.

Ada yang memilih untuk terus menjadi usahawan selain mereka boleh melanjutkan pengajian ke Peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan PHD di Universiti Teknikal Malaysia yang terpilih.

ADTEC Bintulu menawarkan persijilan Diploma Teknologi dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dengan kelayakan am untuk memohon ke ADTEC Bintulu ialah warganegara Malaysia berumur 17 hingga 35 tahun di samping lulus SPM dan Bahasa Melayu selain mempunyai SKM Tahap 3.

Teknologi Kimpalan salah satu daripada kursus yang agak popular di sini

Kursus -kursus yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas, Diploma Teknologi Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Mekatronik, Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Diploma Teknologi Kimpalan dan Diploma Teknologi Automotif.

Komponen pendawaian adalah sebahagian daripada modul dalam Kursus Teknologi Elektrik selain penjana kuasa

RAKAN Sarawak baru-baru ini sempat meninjau ADTEC Bintulu untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus berkenaan.

Antaranya Terry Tubak yang berasal dari Nanga Entawau, Baleh Kapit mengambil Kursus Mekatronik sebagai lanjutan daripada pengajiannya sebelum ini di ILP Kota Samarahan dalam  SKM 2 (Kimpalan), SKM3 (Mekatronik). ADTEC menjadi pilihannya disebabkan kemudahan pembelajaran yang lengkap, selain turut menyediakan kemudahan hostel dan makanan.

Terry Tubak

Dia begitu meminati bidang mekatronik ini bercita-cita ingin menjadi seorang juruteknik dan bekerja di syarikat konglomerat apabila keluar kelak dan sudah cukup pengalaman bekerja.

Bagi Adilson Ningkan dari Kampung Sampun Tebun, Asajaya yang kini pelajar semester 5 Teknologi Kimpalan juga dari ILP Kota Samarahan memilih ADTEC Bintulu disebabkan akses dekat di samping kawan-kawannya mengesyorkan tempat tersebut.

Adilson Ningkan

Adilson yang meminati bidang Teknologi Kimpalan bercita-cita ingin berkhidmat di Syarikat Minyak dan Gas dan juga syarikat berkaitan teknologi kimpalan.

Manakala Ives Christinson dari Batu Kawa, Kuching yang sebelum ini di Pusat Giat MARA  Santubong memilih kursus teknologi Kimpalan sebab memang minat dari Tingkatan 2 terutama yang ada kaitan dengan saluran paip selain memberikan semangat kepada ahli keluarganya yang lain.

Ives Christinson

Ives yang bercita-cita ingin menjadi pegawai penyedia dan penyelia kimpalan mengetahui tentang tempat ini daripada carian internet dan antara faktor ke sini disebabkan yuran yang murah, kemudahan yang lengkap dengan asrama dan makanan disediakan.

Bagi Delterious Braoh dari Pakan, Sarikei yang sedang mengikuti kursus  Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara berkata salah satu faktor memilih kursus ini sebab minatnya sejak dari Tingkatan 2 lagi selain bapanya sebelum ini juga mahir dalam bidang penyelenggaraan penyaman udara.

Delterious Braoh

Delterious bercita-cita ingin menjadi jurutera adalah contoh lepasan SPM (SMK Pakan) yang mengikuti kursus ini pada peringkat awal (SKM 1) menyifatkan ADTEC mempunyai kemudahan yang lengkap dan proses pembelajaran lancar.

Manakala bagi Mohd Hakim Hafifuddin dari  daerah Keningau, Sabah memilih ADTEC (kursus Automotif) setelah mendapat tahu melalui iklan-iklan di media sosial dan terus membuat pilihan disebabkan selain bidang kemahiran, aspek pengurusan turut diajar di sini.

Mohd Hakim Hafifuddin

Mohd Hakim, sebelum ini di  ILP Kota Kinabalu (SKM 3) berkata minatnya dalam bidang automotif timbul dari mula minat permainan komputer berkaitan dengan enjin kenderaan dan perancangan masa depannya untuk bekerja dalam bidang automotif.

Bagi Harryson Tuah dari Sungai Pelan, Bintulu, yang kini dalam semester 5 melanjutkan pengajian dari Kolej Vokasional Bintulu mendapat tahu tentang ADTEC dari portal online dan meneruskan pengajian di sini disebabkan minatnya dalam bidang automotif (terutama aksesori kereta).

Harryson Tuah

Harryson berkata minatnya dalam teknologi automotif tercetus sejak di peringkat sekolah menengah apabila seronok melihat youtube berkaitan automotif. Dia memilih di sini disebabkan tenaga pengajar yang bagus (sentiasa memberikan motivasi).

Bagi Andrew Nick Ivan Pius, dari Keningau Sabah pula, mendapat tahu tentang ADTEC dari tenaga pengajar lama di ILP Kota Kinabalu dan terus memilih tempat ini.

Andrew Nick Ivan Pius

Andrew yang sejak dari kecil minat dengan bahagian elektronik kenderaan terutama sistem bunyi dan sensor bercita-cita ini bekerja dalam bidang automotif di Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Manakala bagi Arron Samuel dari Tambunan, Sabah berkata minatnya dalam teknologi automotif daripada cadangan abang sepupunya dan lama-kelamaan minat itu timbul.

Arron Samuel

Arron bercita-cita ingin mendapatkan sebanyaknya kemahiran dan pengalaman dan selepas di ADTEC akan cuba melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia dan mungkin bekerja di kilang yang memerlukan kemahiran berkaitan dengan kereta (automotif).

Bagi Norain Fatihah Mohd Zin dari Kedah, yang menyertai kursus Teknologi Minyak dan Gas ingin membuktikan bahawa kaum Wanita juga setanding dengan kaum lelaki dalam bidang tersebut.

Norain Fatihah Mohd Zin

Norain berkata minat tercetus dari inspirasi seorang Wanita di Terengganu juga dalam bidang yang sama dan setelah mendapat tahu ada kursus sambungan ketika di ILP Kuala Terengganu.

Manakala Merylin ak Jimmy berasal dari Marudi, Miri berkata dia mencabar dirinya untuk menceburi bidang ini dan lama-kelamaan minat itu timbul, Merrylin bercita-cita ingin menjadi pegawai penyelia keselamatan.

Merylin ak Jimmy

Merylin memilih ADTEC sebab berhampiran dengan tempatnya (Miri) selain memiliki kemudahan yang lengkap.

Bagi Chang Lee Ming dari Taman Permaisuri, Bintulu memilih kursus teknologi elektrik sebab minat yang mendalam dalam komponen jana kuasa dan pendawaian.

Chang Lee Ming

Chang bercita-cita ingin menimba sebanyak mungkin pengalaman setelah tamat pengajian nanti merancang untuk berpindah ke Kuching kerana banyak peluang pekerjaan di sana berkaitan bidang ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article