- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

ILP Miri Peluang Terbaik Kebolehpasaran Kerjaya Dalam Bidang Industri

Must read

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri telah ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan dalam sektor perindustrian.

Menurut Pengarah ILP Miri, Encik Mustal bin Makmud, ILP Miri merupakan satu-satunya institusi latihan kemahiran di Malaysia yang menawarkan pentauliahan sijil kemahiran profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat industri terkemuka.

Hasil jalinan kerjasama tersebut telah membantu meningkatkan kebolehpasaran kerja para pelajar lepasan institusi berkenaan.

Berdasarkan pada pencapaian ramai bekas pelajar ILP Miri yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam bidang berkaitan, Encik Mustal percaya bahawa ILP Miri adalah institusi latihan kemahiran yang menawarkan peluang terbaik untuk pelajar meneruskan kerjaya dalam sektor perindustrian.

RAKAN Sarawak berpeluang menemu bual beliau bagi mengetahui latar belakang, perkembangan serta pencapaian ILP Miri sejak kebelakangan ini.

Kampus ILP Miri yang terletak di Bandar Baru Permyjaya, Kuala Baram, Miri dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) di atas tanah seluas 60 ekar dan mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar. ILP Miri menumpukan pada tiga (3) bidang kemahiran utama, iaitu Mekanikal Pengeluaran, Elektrik Elektronik dan Teknologi Maklumat. Sebanyak enam (6) kursus sepenuh masa peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ditawarkan di ILP Miri, iaitu Teknologi Komputer Rangkaian, Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Elektrik, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamaan Udara, Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas dan Teknologi Kimpalan. ILP Miri turut menawarkan empat (4) kursus sepenuh masa peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, merangkumi diploma dalam Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Komunikasi, Teknologi Elektrik (Kuasa) dan Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.
Kursus dalam bidang elektrik dan elektronik merupakan antara kursus yang menjadi pilihan utama pelatih berdasarkan peluang membina kerjaya dan kebolehpasaran kerja yang meluas dalam bidang berkenaan. Kelihatan dua orang pelatih ILP Miri sedang menjalankan amali pemasangan dan pendawaian elektrik untuk kegunaan domestik.
Selain menawarkan kursus sepenuh masa, ILP Miri juga menawarkan kursus jangka pendek (KJP). Untuk tahun 2022, ILP Miri menawarkan tiga (3) KJP, iaitu Bengkel Teknologi Kimpalan, Bengkel Teknologi Komputer (Rangkaian) dan Bengkel Pemasangan Paip Minyak dan Gas.
Antara kemudahan peralatan yang terdapat di bengkel Juruelektrik dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ILP Miri. Pihak RAKAN Sarawak turut dibawa meninjau beberapa kemudahan yang terdapat di bengkel Teknologi Maklumat ILP Miri.
Pegawai Latihan Vokasional Bidang Kimpalan, Encik Yangkut bin Dungol (tengah) menerangkan sesuatu kepada penulis RAKAN Sarawak mengenai hasil kerja kimpalan para pelatih kursus kimpalan ILP Miri.
ILP Miri turut menerapkan pembudayaan inovasi dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar. Produk ‘Welder Arm V1.0’ merupakan cetusan idea inovatif pelajar dan tenaga pengajar kursus kimpalan ILP Miri yang telah pun memasuki pasaran sejak beberapa tahun lepas. Produk berkenaan membantu pengimpal membuat kimpalan dengan posisi lengan yang berada pada sudut darjah yang lebih tepat seterusnya menghasilkan kimpalan yang lebih kemas. Gambar menunjukkan Encik Mustal yang dibantu oleh Penolong Pengarah ILP Miri, Encik Meialagan A/L Nadarajan membuat demonstrasi penggunaan Welder Arm V1.0.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article