- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jejambat Batu 10 Kini Boleh Digunakan

Must read

Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) yang merupakan sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak  telah dibuka hari ini (22 Mei 2022) dengan pelancaran disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Jejambat Batu 10 adalah salah satu jejambat di bawah jajaran Seksyen Kuching Serian Road (KSR) yang merupakan satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah Pakej Kerja 02 dari Sematan ke Kuching Serian Road (KSR).

Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof merasmikan pembukaan Jejambat Batu 10 Seksyen Kuching Serian Road (KSR) (foto : KKR)

Projek ini telah bermula pada 1 November 2016 dengan kos keseluruhan pembinaan berjumlah RM323 juta termasuk jejambat Batu 4 ½, Batu 6 dan Batu 7.

Menerusi pembukaan Jejambat Batu 10 ini, ia secara tidak langsung akan membantu memudahkan aliran trafik antara Kuching ke Padawan dan Siburan. Projek ini juga menjadi pemangkin kepada pembangunan di sepanjang jajaran contohnya Puncak Borneo, Mambong, Landeh, Kampung Panchor, Tapah dengan akses jalan raya yang lebih baik.

Jejambat Batu 10 langsung akan membantu memudahkan aliran trafik antara Kuching ke Padawan dan Siburan (foto : KKR)

Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, pemandu dinasihati mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan iaitu 60 kilometer sejam dan tidak dibenarkan untuk berhenti mengambil gambar, beriadah dan berehat di atas jejambat ini.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article