- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Yayasan Sarawak Terus Memperkasakan Pembangunan Modal Insan

Must read

Yayasan Sarawak genap 50 tahun pada 27 Mei 2021 dan baru-baru ini telah menyambut Ulang Tahun ke-50 di Kuching, pada 7 Jun 2022 (ditangguhkan sebelum ini berikutan pandemik COVID-19).

Kini, Yayasan Sarawak terus memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan modal insan di Sarawak selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Sepanjang 50 tahun kewujudan Yayasan Sarawak yang bermula dengan penubuhannya sehinggalah ke masa ini, Yayasan Sarawak telah pun melalui pelbagai fasa kepimpinan dan penambahbaikan dalam perkhidmatannya.  

Logo Ulang tahun ke 50 Yayasan Sarawak

Bermula dengan hanya berharap kepada sumbangan dan derma daripada masyarakat dan rakyat Negeri Sarawak untuk membantu anak-anak Sarawak dalam pendidikan, Yayasan Sarawak kini telah pun memiliki aset dengan nilai RM1.8 bilion.  

Pelbagai bentuk bantuan dan program pendidikan telah diwujudkan yang semuanya untuk anak dan rakyat Negeri Sarawak. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1971, seramai lebih kurang 1.83 juta rakyat Sarawak telah pun menerima bantuan dan manfaat daripada pelbagai bentuk bantuan yang disediakan serta menerusi pelbagai program yang dianjurkan oleh Yayasan Sarawak.

Ia tidak hanya terhad kepada golongan pelajar sahaja, malah turut melibatkan golongan ibu bapa, guru, komuniti dan institusi pendidikan.

Semua ini adalah hasil kebijaksanaan perancangan kepimpinan Kerajaan Negeri dari dulu sehinggalah sekarang.

Dalam ucapan Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs, Tuan Haji Mersal Bin Abang Rosli turut menekankan penglibatan Yayasan Sarawak dalam pembangunan pendidikan di Negeri Sarawak tidak lagi hanya tertumpu kepada pembangunan modal insan semata-mata, malah lebih daripada itu.

Ini termasuklah dalam membangunkan enam (6) institusi latihan kemahiran iaitu CENTEXS – Centre of Technical Excellence Sarawak, di Kuching, Lundu, Betong, Mukah, Dalat dan Lawas.  Dan juga membina lima (5) buah sekolah swasta iaitu Sarawak International School, masing-masingnya di Petra Jaya, Kuching/Serian, Sibu, Bintulu dan Miri. 

Malah kini, Yayasan Sarawak juga telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri mengambil alih empat (4) buah institusi pengajian tinggi swasta di Negeri Sarawak iaitu Swinburne University of Technology Sarawak Campus, University of Technology Sarawak (UTS), Curtin University Malaysia dan Kolej Laila Taib, Sibu. 

Manakala, dua (2) lagi institusi masih dalam proses untuk diambil alih (dalam proses due diligent) iaitu ICATS University College dan Sarawak Maritime Academy (SMA) Sibu.  Ini bermakna kesemua sekali ada enam (6) buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Negeri Sarawak adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab Yayasan Sarawak.  

Semua ini merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Yayasan Sarawak untuk memastikan Negeri kita Sarawak tidak keterbelakang dalam arus pembangunan pendidikan dan kemajuan modal insan. 

Majlis Ulang tahun ke 50 Yayasan Sarawak dirasmikan oleh Premier Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, diiringi YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Acara memotong kek ulang tahun ke 50 Yayasan Sarawak

Sempena ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak, Premier Sarawak melancarkan video Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sarawak, memaparkan sejarah penubuhan serta perjalanan sepanjang 50 tahun penubuhan Yayasan Sarawak selain sebagai simbolik kepada sambutan Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sarawak.

Di samping itu, Premier Sarawak turut melancarkan Yayasan Sarawak Hall of Fame, merupakan paparan bekas penerima-penerima bantuan pendidikan dan biasiswa daripada Yayasan Sarawak yang telah pun mencapai kejayaan dalam profesion dan bidang kepakaran masing-masing, termasuklah dalam bidang politik mahupun dalam bidang sukan.

Premier Sarawak merakamkan gambar kenangan bersama Penerima Anugerah Khas

Pengarah Yayasan Sarawak menyifatkan usaha tersebut adalah suatu penghargaan dimasukkan di dalam Hall of Fame dan pada masa yang sama Premier Sarawak yakin pencapaian bekas-bekas penerima tajaan Yayasan yang berjaya akan terus memberi inspirasi kepada rakyat Sarawak.

Selain itu, 31 orang kakitangan Yayasan Sarawak menerima Anugerah Khas Khidmat Lama sebagai sumbangan kepada mereka yang telah berkhidmat selama 25 tahun atau lebih.

Penyampaian Anugerah Khas Sempena Ulang tahun ke 50 Yayasan Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article