- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sistem Pengurusan Perkhidmatan Bersepadu (ISM) Lebih Dinamik

Must read

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan pelbagai aplikasi teknologi maklumat (ICT) dalam usahanya meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Inisiatif terkini yang dilancarkan awal tahun ini (2022), memberikan satu lagi pilihan terbaik dan boleh dikatakan menyelesaikan beberapa kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian dan pada masa yang sama mendapat maklum balas daripada agensi berkaitan (perkhidmatan dan agensi kerajaan yang berbeza).

Jika sebelum ini, masyarakat perlu mengakses portal laman sesawang berlainan serta memuat turun aplikasi berlainan milik agensi kerajaan berlainan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan agensi tersebut.

Ketidakseragaman dari segi antara muka  (user interface) dan tiada identiti ID tunggal yang digunakan selain perlu mendaftar masuk (log-in) berulang kali setiap kali beralih dari satu perkhidmatan dalam talian ke perkhidmatan lain antara rungutan yang diterima daripada pelanggan.

Lebih menyukarkan lagi, apabila tiada platform bersepadu untuk orang ramai menyemak status perkhidmatan yang dilanggan daripada pelbagai perkhidmatan yang berbeza.

Bagi menangani keadaan tersebut di samping memberikan “pengalaman baharu” orang ramai  serta sebahagian daripada usaha menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan dan melaksanakan platform bersepadu, platform Pengurusan Perkhidmatan Bersepadu (ISM) pada tahun 2021 yang telah memberi manfaat kepada orang ramai.

Apakah sebenarnya ISM. ISM ialah platform sistem pengurusan perkhidmatan bersepadu, menjadi pusat  sehenti (dalam talian) untuk orang ramai mengakses perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Portal Kerajaan Sarawak, www.sarawak.gov.my yang terdiri daripada empat komponen utama iaitu SarawakID, Katalog Perkhidmatan, Ruang Kerja Awam, dan Sarawak Gov App (SEG App).

Portal Sarawak Government dan Sarawak ID
Katalog Perkhidmatan

Orang ramai boleh mengakses semua perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak di Portal Kerajaan Sarawak.

Semua perkhidmatan yang ditawarkan dalam Portal Kerajaan Sarawak adalah berdasarkan Katalog Perkhidmatan standard di mana perkhidmatan diklasifikasikan mengikut kategori perkhidmatan seperti Perniagaan dan Perdagangan, Sosial dan Komuniti, Perkhidmatan Majlis Perbandaran, Lesen dan Permit, Acara Semasa dan Pendidikan dan Pembelajaran untuk kemudahan awam.

Setiap perkhidmatan juga yang disediakan turut mempunyai maklumat sokongan seperti penerangan perkhidmatan, keperluan, kelayakan, dan beberapa maklumat yang lain sebagai panduan orang ramai.

Portal Kerajaan Sarawak juga mempunyai ciri SarawakID, log daftar masuk tunggal untuk memastikan hanya pengenalan identiti tunggal sahaja boleh mengakses semua perkhidmatan dalam talian.

Satu lagi komponen penting dalam ISM ialah Ruang Kerja Awam (Public Work Space) membenarkan pengguna memeriksa status dan seterusnya membuat Tindakan susulan di bawah satu platform sahaja. Ruang kerja ini mengandungi ciri-ciri seperti senarai langganan perkhidmatan, notifikasi, transaksi pembayaran dan sejarah pembayaran dan urusan.

Ruang Kerja Awam

Ruang kerja ini turut membenarkan pelanggan untuk menilai dan memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan yang dilanggan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan berterusan bersesuaian dengan konsep kerajaan terbuka yang diterima pakai.

Setakat Januari 2022, sejumlah 44 perkhidmatan daripada pelbagai agensi negeri seperti perkhidmatan majlis perbandaran, perkhidmatan lesen dan permit, permohonan kerja agensi kerajaan , permohonan Skim Kredit Mikro Sarawak dan pendaftaran lepasan sekolah ditawarkan di Portal Kerajaan Sarawak.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengakses semua perkhidmatan melalui versi mudah alih dengan menggunakan Aplikasi Sarawak Gov (SEG) yang menyediakan ciri yang serupa seperti versi laman sesawang dengan ciri tambahan seperti Jejak Halal, Paras Hujan & Air, MyCreative Idea dan beberapa lagi. Aplikasi SEG ini sudah tersedia untuk dimuat turun di Apple Store, Google Play Store dan Galeri Aplikasi Huawei.

Daripada 44 perkhidmatan diletak di bawah ISM dan  32 daripadanya  perkhidmatan bersifat end-to-end. Ini berjaya dilaksanakan dengan pengenalan SarawakID dan tandatangan digital untuk menyokong perkhidmatan kerajaan dalam talian sepenuhnya kepada dengan rekod 730,000 pengguna yang berdaftar dengan SarawakID.

Ini bukan sahaja dapat memanfaatkan kepada pengguna malah bagi agensi kerajaan, ISM turut menyediakan persekitaran kerja bersepadu yang menghubungkan semua proses dan perkhidmatan di mana prestasi kerja dirakam dan dipantau datanya melalui papan pemuka (dashboard).

Papan pemuka Prestasi Perkhidmatan

Platform ISM juga terdiri daripada tiga komponen utama lain yang memanfaatkan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) iaitu Ruang Kerja SCS, Papan Pemuka Prestasi Perkhidmatan dan Mudah Alih SCS.

Sebelum pelaksanaan platform ISM, tiada papan pemuka pusat untuk pengurusan tugasan dan aplikasi ICT SCS kebiasaan digunakan . Selain itu, tiada pemantauan berpusat terhadap prestasi perkhidmatan oleh agensi-agensi Negeri.

Ruang Kerja SCS

Justeru, SCS Workspace, www.workspace.sarawak.gov.my menyediakan papan pemuka berpusat untuk penjawat awam mengakses aplikasi ICT SCS biasa digunakan seperti Work From Home (WFH), e-mel, CACTUS, SCS Cloud, GEMS, eMMKN, Staff Self Service dan banyak lagi melalui satu papan pemuka tanpa membuka pelbagai pautan.

Selain itu, SCS Workspace menyediakan fleksibiliti untuk melakukan tugas dan memproses aplikasi perkhidmatan daripada orang ramai di mana-mana sahaja di mana sahaja bila ada liputan akses internet. Ruang Kerja SCS juga boleh didapati  dalam versi mudah alih yang dikenali sebagai SCS Mobile.

Malah lebih daripada itu, agensi negeri juga boleh memantau prestasi perkhidmatan di bawah bidang kuasa mereka melalui maklumat seperti nombor rujukan permohonan, masa yang diambil untuk menyelesaikan perkhidmatan dan status perkhidmatan melalui Papan Pemuka Prestasi Perkhidmatan di bawah platform ISM.

Platform ISM juga direka bentuk dengan tujuan menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih mantap, tangkas, dan berdaya tahan menghadapi pelbagai cabaran termasuk situasi COVID-19.

Ini berjaya dilaksanakan dengan menggabungkan penggunaan Infrastruktur Kunci Awam (PKI) yang membolehkan kakitangan Kerajaan Sarawak mengesahkan diri mereka secara digital dan bekerja dalam persekitaran dalam talian yang lebih terjamin dan selamat untuk menyokong perkhidmatan yang lengkap (end-to-end) sepenuhnya  dalam talian kepada masyarakat.

Selain itu, menyemak semula proses dan peraturan sedia ada melalui penambahbaikan proses melalui Perekayaan Semula Proses Perniagaan (BPR) dan Amalan Baik Peraturan  (GRP) dapat memastikan kecekapan dan keberkesanan proses serta pengalaman pengguna yang cemerlang.

Setakat ini, 15 perkhidmatan telah melaksanakan PKI, seperti perkhidmatan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Unit Pendaftaran Kontraktor dan Jururunding, Kementerian Utiliti Sarawak dan beberapa lagi perkhidmatan akan menggunakan kaedah penyelesaian ini.

Setakat ini terdapat 32 perkhidmatan lengkap (end-to-end) seperti Bantuan Sarawakku Sayang Untuk PKS, permohonan lesen untuk orang yang layak di bawah Sistem e-Utiliti dan beberapa perkhidmatan lain di negeri ini.

Pada masa akan datang, ISM akan terus berkembang, ditambahbaik  dan akan ada dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri baharu dalam usahanya  menyediakan perkhidmatan kerajaan bersepadu yang lengkap menjelang 2030. Sudah pasti,  ISM akan memberi impak positif kepada Kerajaan Sarawak dalam menyediakan perkhidmatan kerajaan dalam talian kepada rakyat serta merealisasikan sepenuhnya aspirasi Sarawak Maju menjelang 2030 yang disokong melalui penggunaan data dan inovasi agar semua masyarakat dapat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article