- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

ADTECS Bintulu Menyokong Pembangunan Industri

Must read

Bangunan ADTEC Bintulu

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu yang merupakan satu-satunya di Wilayah Timur (Sabah, Sarawak dan Labuan) akan terus menyokong pembangunan industri di Bintulu khususnya dalam bidang minyak dan gas dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Demikian menurut Pengarah ADTEC Hj Ab Rahman Bin  Hj Mohd Said, ketika ditanya RAKAN Sarawak sewaktu lawatan baru-baru ini sejauh mana peranan ADTEC Bintulu sejak kewujudannya.

Pengarah ADTEC Hj Ab Rahman Bin Hj Mohd Said

ADTECS Bintulu menurut beliau diwujudkan untuk menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan dan melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dengan bermatlamat membantu ke arah penggunaan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan perindustrian.

Menurut Pengarah , sebagai contoh bidang minyak dan gas ada ditawarkan di sini berkait rapat dengan Bintulu melalui bidang teknologi pemasangan paip minyak dan selain bidang berkaitan teknologi kimpalan.

Kursus Sepenuh Masa ditawarkan oleh ADTEC Bintulu

Bagi memantapkan kedudukan ADTEC beberapa Perjanjian Persefahaman ataupun Nota kerjasama telah dilaksanakan dengan pihak industri untuk melatih pelajar antaranya seperti Syarikat Sakura Ferroalloys Sdn Bhd, Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Regas Sdn Bhd, MKI Engineering Sdn Bhd yang menawarkan penempatan pra-pekerjaan pelajar (termasuk Latihan Industri & tawaran kerja).

Bagi Syarikat Sakura Ferroalloys Sdn Bhd turut menghantar pekerja untuk menghadiri kursus jangka pendek. Bengkel yang terlibat Chargeman, Mekatronik dan Kimpalan. Selain itu, Syarikat Mubadala Petroleum (MP) turut memberikan tajaan Yuran Dan Kursus OGSP kepada pelajar ADTEC Bintulu.

Pada perkara berkaitan, sejak 2014 hingga 2022, terdapat seramai 205 telah mengambil kursus pemasangan paip minyak dan gas.

Mengikut penarafan dan kursus yang popular di sini pula dalam tempoh tersebut, Teknologi Elektrik (228 pelajar), Mekatronik (185 pelajar), Teknologi Kimpalan (158 pelajar), Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (154 pelajar) dan Teknologi Automotif (145 pelajar).

ADTEC Bintulu secara amnya jelas beliau menawarkan 6 kursus peringkat diploma teknologi iaitu kursus Teknologi pemasangan paip dan gas, teknologi automotif, teknologi kimpalan, teknologi mekatronik, teknologi elektrik kuasa, teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara.

Teknologi Kimpalan sebahagian daripada Kursus yang agak popular di sisi selain Teknologi Pemasangan Paip Minyak dan Gas

Menariknya, kesemua kursus tersebut melayakkan mereka mendapat dua (2) sijil secara serentak iaitu Diploma Teknologi (Jabatan Tenaga Manusia) dan Diploma Kemahiran (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Sebagai tambahan, sijil profesional  teknologi elektrik kuasa (turut ditauliahkan Electrical Inspectorate Unit, Sarawak) bagi Chargemen L1/ L3 dan Wireman G1/G2 manakala teknologi penyejukbekuan dan penyaman udara pun ditauliahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (bagi Pusat Latihan Bertauliah RACS).

Pengambilan pertama seramai 172 orang pelajar pada sesi Januari 2014 dengan kapasiti Pelajar yang diluluskan oleh JPK adalah seramai 360 orang pelajar. Kini keseluruhan pengambilan pelajar (2014-2022), seramai 1,083 pelajar dan telah pun menghasilkan 904 graduan.

Dari segi kebolehpasaran kerja graduan pula, berdasarkan statistik 79% graduan mendapat tawaran kerja dalam tempoh 6 bulan tamat latihan, selebihnya menyambung pengajian dan mencari pekerjaan.

Berdasarkan maklum balas daripada pelajar, selain ada yang memilih untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi,  kebanyakannya ada yang memilih untuk bekerja di tempat yang mempunyai peluang pekerjaan yang tinggi dan tidak terhad di Bintulu sahaja, malah ada yang bekerja di luar negara, ada yang membuka bengkel sendiri dan ada yang menjadi usahawan.

Mengambil contoh beberapa kejayaan pelajarnya, antaranya Mcquiston Ak Tony Jilat bekerja di Heerema Marine Contractor (Juru Kimpalan) , Atobelli Layar, bekerja di Press Metal Sarawak Mukah, (Juru Teknik), Yugendiran A/L Jagadesan berkerja di POLYCOOL H.T.E (Jurutera). Hendra Hidayat Bin Rosli (Usahawan – Double H Ent. Airconditioning). Pendapatan mereka ini adalah antara RM3,500 hingga RM7,000.

Mcquiston Ak Tony Jilat
Atobelli Layar
Yugendiran A/L Jagadesan
Hendra Hidayat Bin Rosli
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article