- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

RTP Bawa Perubahan Dalam Kehidupan Harian Masyarakat

Must read

Pembinaan dan naik taraf infrastruktur asas di luar bandar seperti jalan raya, jambatan, jeti, gelanggang sukan, dewan serba guna, rumah kediaman dan sebagainya amat memberi manfaat kepada penduduk.

Malah juga, kemudahan-kemudahan tersebut dapat merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dengan luar bandar dan yang paling penting, mewujudkan kehidupan sejahtera dan berkualiti.

Program Transformasi Luar Bandar atau ringkasnya RTP (Rural Transformation Programme) merupakan antara agenda pembangunan yang memberi impak kepada kehidupan masyarakat luar bandar mahupun di pinggir bandar.

Perubahan dalam kehidupan harian yang lebih baik telah dirasai penduduk sejak RTP dilaksanakan pada 2015.

RAKAN Sarawak berpeluang mengetahui perkembangan pelaksanaan projek RTP di Daerah Bintulu untuk tempoh 2020 dan 2021 menerusi temu bual bersama Pegawai Daerah Bintulu, Encik Muhammad Dino bin Amid.

Pegawai Daerah Bintulu, Encik Muhammad Dino bin Amid

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bahagian Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) adalah agensi-agensi teknikal yang terlibat dalam pelaksanaan projek RTP di Daerah Bintulu sepanjang tempoh dua (2) tahun tersebut.

Encik Dino memaklumkan, sebanyak 26 projek RTP yang diluluskan untuk Daerah Bintulu pada 2020 telah siap sepenuhnya. Projek-projek tersebut ialah:

  • Bina Baharu Gelanggang Sepak Takraw di Taman Riadah Jepak
  • Bina Baharu Parit Konkrit di Kampung Kemunting
  • Bina Baharu Jalan Menuju ke SK Kampung Baru
  • Bina Baharu Laluan Pejalan Kaki di SK Sungai Selad Bintulu
  • Bina Baharu Parit Konkrit di Rh Sam ak Sumbang dan Culvert di Rh Jungan ak Mitoh, Jalan Bintulu-Tatau
  • Bina Baharu Parit di Rh James Brooke ak Mibang, Jalan Bintulu-Tatau
  • Bina Baharu Jeti Kayu Kampung Baru Laut
  • Bina Baharu Gelanggang Sukan Bocce di Kampung Baru Bintulu
  • Bina Baharu Pasar Tamu Kampung Penan Muslim, Batu 10 Jalan Bintulu-Miri
  • Bina Baharu Jalan Berbatu Menuju ke Rh Sagoh ak Munyang Pangkalan Selangan, Nyalau
  • Naik Taraf Pendawaian Elektrik di Dewan SK Kampung Jepak
  • Naik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Kuala Segan
  • Naik Taraf Jalan di Rh Egoh ak Entala, Jalan Samarakan
  • Naik Taraf Jalan di Taman Riadah Jepak dan Gelanggang Petanque Jepak
  • Naik Taraf Pagar di SMK Kemena Bintulu
  • Naik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Baru Bintulu
  • Naik Taraf Rh Mew ak Juman, Batu 28, Jalan Bintulu-Miri
  • Merata Tapak dan Parit Konkrit di Rh Lampoh ak Dana, Jalan Bintulu-Tatau
  • Merata Tapak untuk Membina Baharu Rh Keristoper Kesing, Batu 14, Jalan Bintulu-Miri
  • Merata Tapak dan Parit Konkrit Rh Lampoh ak Dana, Jalan Bintulu-Tatau
  • Merata Tapak untuk Membina Baharu Rh Sura ak Jinal, Batu 39, Jalan Bintulu-Miri
  • Merata Tapak untuk Membina Baharu Rh Ngelambong ak Jarak, Batu 26
  • Merata Tapak Halaman Rh Nyalong ak Mangie, Batu 28, Jalan Bintulu-Miri
  • Merata Tapak Rh Jemat Ochou, Batu 32, Jalan Bintulu-Miri
  • Menurap Jalan Ulu Sepadok dari Jalan Bintulu-Sebauh Menuju ke Rh Linggi ak Enteba
  • Baik Pulih Bumbung Rh Chali ak Ugu Batu 16, Jalan Bintulu-Miri
Dewan Serba guna Kampung Kuala Segan, Bintulu merupakan salah sebuah daripada kemudahan yang telah dinaik taraf di bawah projek RTP untuk tahun 2020
Ruang dalam Dewan Serba guna Kampung Kuala Segan, Bintulu yang telah dinaik taraf

Setakat April 2022, sebanyak 36 daripada 58 buah projek RTP yang diluluskan untuk tahun 2021 telah siap sepenuhnya seperti berikut:

  • Bina Baharu Titi Pejalan Kaki Kayu Dan Jeti Di Kampung Jepak Hulu
  • Bina Baharu Parit di Rh. Gemat Ak. Lebun, Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau
  • Bina Baharu Pejalan Kaki Konkrit Dan Kayu di Kampung Baru Laut
  • Bina Baharu Pejalan Kaki Konkrit Dan Kayu di Kampung Jepak Hulu
  • Bina Baharu Pejalan Kaki Konkrit Dan Kayu di Kampung Sebuan Besar
  • Bina Baharu Jalan Tambahan di Rh. Febian Jembu Ak. Tangi, Sg. Setiam, Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau, Bintulu
  • Bina Baharu Pejalan Kaki Konkrit di Kampung Baru Sebuan Besar
  • Bina Baharu Pejalan Kaki Konkrit di Kampung Masjid Jepak
  • Bina Baharu Pelana, SK Tanjung Batu, Bintulu
  • Bina Baharu Bumbung Untuk Menyambung Dewan Bunga Raya Dengan Blok Kelas Kolej Vokasional Bintulu
  • Bina Baharu Laluan Pejalan Kaki Berbumbung SK Kidurong, Bintulu
  • Bina Baharu Sistem Perparitan Rh. Sating Anak Bundan, KM67, Jalan Bintulu-Miri
  • Bina Baharu Tempat Letak Kereta di Rh. Bajing Ak Anom, Jln Ulu Sebauh
  • Bina Baharu Parit Konkrit Fasa 2 di Kampung Kemunting, Bintulu
  • Naik Taraf di SK Kampung Jepak
  • Naik Taraf di SK Kampung Baru
  • Naik Taraf Jalan Gravel di Tanah Perkuburan Jepak, Kampung Jepak Hulu
  • Naik Taraf Padang Bolasepak Kampung Kuala Segan
  • Naik Taraf Jalan dan Persekitaran Dewan Serbaguna Kampung Baru
  • Naik Taraf Jeti di Kpg Kuala Segan
  • Naik Taraf Jalan Premix di Rh. Uchong Ak. Nyalipan, Sg. Sebemban, Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau, Bintulu
  • Naik Taraf Jalan Menuju Ke Rh. Philip Ak. Bagong, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu
  • Naik Taraf Rumah Panjang, Rh. Mujah, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri
  • Naik Taraf Jalan Rumah Ke Rumah di Kampung Hulu Nyalau
  • Naik Taraf Dewan Teratak Kampung Kuala Nyalau
  • Naik Taraf Dewan SK Kidurong II, Bintulu
  • Naik Taraf Pelana Rh. Kepalin Anak Omar, KM52, Jalan Bintulu-Bakun
  • Naik Taraf Jalan Rumah Ke Rumah, Rh. Manchan/Rh. Francis, Batu 8, Jalan Bintulu-Miri
  • Naik Taraf Rumah Panjang, Rh. Anchit, Batu 27, Jalan Bintulu-Miri
  • Naik Taraf Rumah Panjang Rh. Lau Anak Janteng, Batu 20, Jalan Bintulu-Miri
  • Naik Taraf Rumah Panjang, Rh. Sigah Anak Ligu, Batu 32, Jalan Bintulu-Miri
  • Baik Pulih Jalan di Kampung Masjid, Bintulu
  • Merata Tapak di Kampung Baru Darat, Bintulu
  • Merata Tapak di Pusat Pengumpulan Sawit Sebemban, Bintulu
  • Merata Tapak Rumah Panjang, Rh. Empam Anak Gutak, Batu 29, Jalan Bintulu-Miri
  • Merata Tapak Penempatan Baru Rumah Panjang, Rh. Galin Anak Andam, Batu 8, Jalan Bintulu-Miri

Encik Dino berpandangan, projek-projek infrastruktur di bawah RTP dilihat sangat memberi impak yang ketara kepada penduduk, khususnya di Daerah Bintulu.

Menurut beliau, pembinaan kemudahan seperti gelanggang sukan dan dewan serba guna misalnya, boleh dimanfaatkan oleh penduduk untuk bersukan dan mengadakan pelbagai aktiviti di kampung masing-masing.

Beberapa jalan menuju ke kampung termasuk laluan pejalan kaki ke sekolah di Daerah Bintulu turut dinaik taraf di bawah RTP untuk tempoh 2020 hingga 2021

Penyediaan kemudahan-kemudahan berkenaan jelas beliau, secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan serta kerjasama di antara penduduk dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang seterusnya dapat membentuk masyarakat yang aktif dan sihat.

Mengulas mengenai projek-projek RTP yang telah diluluskan pada 2021 yang masih dilaksanakan hingga kini, pihak Pejabat Daerah Bintulu menjangkakan kesemua projek berkenaan siap pada 2022.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article