- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kenali Sejarah Long Bedian (Bahagian 2)

Must read

Dalam tempoh lima tahun (2000-2005), Encik Lihan Jok telah dipilih menjadi wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N67 Telang Usan.

Dalam tempoh tersebut juga, kampung Long Bedian telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Ilham Desa Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan.

Turut berlaku dalam tempoh tersebut ialah lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bersama Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong serta Perdana Menteri Malaysia Ke-4 YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 17 Julai 2002.

Selain daripada itu, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) e-bedian ditubuhkan hasil kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) manakala Tenyok Rimba Komuniti Resort diangkat menjadi pusat pelancongan.

Selain itu, TK Laing Jok pula dilantik menjadi Pemanca Kaum Kayan manakala Usung Wan dilantik sebagai Ketua Kampung baharu.

Pada 2006, YB Lihan Jok dipilih semula menjadi wakil rakyat untuk penggal kedua manakala JKKK telah dirombak oleh Pemanca Laing Jok kemudian TK Usung Wan dilantik sebagai Pengerusi JKKK yang baharu.

Walau bagaimanapun, pendaftaran JKKK yang dibentuk pada masa itu tidak diproses sehingga menyebabkan pengurusan JKKK tidak berfungsi dengan sempurna.

Pada 2006 – 2007, kampung Long Bedian telah memenangi Pertandingan Ilham Desa bagi kategori sektor pelancongan.

Pada 2009, Long Bedian dipilih menjadi tuan rumah untuk Kebaktian Irau Easter; Pelantikan komiti besar disempurnakan oleh Temenggong Pahang Deng dan turut diadakan ialah Majlis Kesyukuran pelantikan KK Usung Wan.

Pada 2010, JKKK telah distrukturkan semula kemudian didaftarkan secara rasmi pada bulan Ogos.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada tahun tersebut antaranya kunjungan JKKK ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bekalan Air di Kuching, kunjungan hormat ke pejabat YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dewan serbaguna Daerah Kecil Long Bedian yang telah dinaik taraf dibawah projek RTP

Turut berlangsung pada tahun tersebut ialah Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang di mana kampung Long Bedian telah memenangi tempat kedua peringkat Bahagian seterusnya menjadi Naib Johan Pertandingan Ilham Desa Peringkat Zon di Kuala Lumpur dalam sektor Inap Desa (Homestay) menerusi Tapun Homestay.

Pada tahun tersebut juga, projek pembinaan Sekolah Menengah Komprehensif 9 (K9) dan projek loji air komuniti telah bermula.

Bangunan baharu Sekolah Menengah Komprehensif 9 (K9)
Perpustakaan Desa Kampung Long Bedian digabung dengan Pusat Teknologi Maklumat Long Bedian

Seramai 26 pekedai telah terpilih menyertai Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) dari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bahkan ramai dalam kalangan masyarakat Long Bedian telah mula terlibat dengan projek tanaman getah berkelompok dan tanaman kelapa sawit.

Pada 2011, Cr, Dennis Ngau telah dipilih menjadi wakil rakyat ADUN N67 Telang Usan sementara perkhidmatan KK Usung Wan dilanjutkan dari 2011 hingga 2012.

Dalam tahun tersebut, bangunan baharu SMK (SK9) mula digunakan; tambah baik bangunan gereja dilaksanakan; projek loji air komuniti sedang dalam pencubaan oleh pihak JKR; dan Program Balik Kampung dan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 (1971-2011) Suku Kelabit menetap di Long Bedian.

Stesen Solar Hibrid yang menyediakan bekalan elektrik kepada penduduk di Long Bedian

Pada 1 Ogos 2015, Long Bedian telah dinaik taraf menjadi Daerah Kecil dan kini berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Telang Usan.

Daerah Kecil ini dilengkapi dengan kemudahan asas iaitu sebuah Klinik Desa, Tadika KEMAS, Perpustakaan, Pusat Kesenian dan Loji Air Komuniti Long Bedian.

Tadika KEMAS antara kemudahan asas yang terdapat di daerah Kecil Long Bedian

Walaupun Long Bedian sudah dinaik taraf menjadi Daerah Kecil, sehingga kini, tidak begitu banyak perubahan dari segi pembangunan yang dapat dilihat kerana kawasan ini masih sukar hendak dihubungi disebabkan ketidak sempurnaan infrastruktur asas seperti jalan raya. Salah satu daya tarikan Daerah Kecil Long Bedian ialah replika durian raksasa dengan reka bentuknya yang sangat unik, dan dalam diubahsuai menjadi sebuah bilik khas inap desa untuk tetamu dan pelancong yang datang berkunjung ke daerah ini.

Replika durian raksasa yang diubahsuai menjadi sebuah bilik khas inap desa antara tarikan di Long Bedian
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article