- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tebingan Sungai Batu Kawah Produk Pelancongan Baharu Sarawak

Must read

RAKAN 4Q2021-7

Projek Tebingan Sungai Pekan Batu Kawah yang dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak telah siap dan mula dibuka kepada orang awam setelah dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 8 November 2021.

Tebingan Sungai Batu Kawah adalah salah satu produk pelancongan baharu di sekitar Kuching sekaligus akan menarik lebih ramai pelancong tempatan untuk berkunjung ke situ.

Pemandangan pada waktu Batu Kawa Riverbank Park pada waktu malam

Selain itu, Tebingan Sungai Batu Kawah juga akan menjadi tempat perhentian bagi pelancong yang hendak menggunakan bot dari Tebingan Sungai Kuching dan ke Tebingan Sungai Siniawan.

Projek Tebingan Sungai Batu Kawah adalah sepanjang 800 meter dan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM10 juta secara keseluruhannya.

Selain tebingan sungai, Batu Kawah Riverbank Park juga merupakan mercu tanda ikonik baharu serta menjadi taman yang kondusif untuk masyarakat tempatan menikmati keindahan pemandangan Sungai Sarawak dan pekan lama Batu Kawah.

Ketua Menteri menyifatkan ia adalah sebuah taman persisiran sungai Sarawak yang terbesar di kawasan Padawan sekali gus akan memacu peluang ekonomi di pekan lama Batu Kawah dan untuk masyarakat berhampiran.

Ketua Menteri berucap semasa Majlis Perasmian Projek Tebingan Sungai Pekan Batu Kawah

Secara ringkas, Batu Kawah adalah kawasan pinggir bandar meliputi kawasan batu tiga hingga ke Pekan Batu Kawah, Moyan dan Malihah dan ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Batu Kawah telah berkembang pesat dalam dekad yang lalu, namun masih banyak yang boleh dilakukan untuk menjadikan Batu Kawah sebagai kawasan komersial yang meriah serta kawasan perumahan yang boleh didiami untuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat.

Mengenai kemajuan dan pembangunan di Batu Kawah, sebelum pembinaan Jambatan Datuk Chong Kiun Kong, untuk sampai ke Bandar Batu Kawah, seseorang itu perlu menaiki bot untuk merentasi Sungai Sarawak.

Pemandangan pada waktu Batu Kawa Riverbank Park pada waktu malam

Jika seseorang itu ingin menggunakan jalan raya, dia perlu memandu dari Bandar Kuching ke Petra Jaya dan menggunakan Jalan Matang untuk sampai ke pekan Batu Kawah.

Justeru, pembinaan dan penyiapan Jambatan Datuk Chong Kiun Kong pada tahun 1994 bukan sahaja telah memberi manfaat kepada penduduk Batu Kawah, malah menjadi pemangkin pembangunan ekonomi di Batu Kawah termasuk Bau, Lundu, Sematan dan Matang.

Berikutan peningkatan jumlah trafik, Jambatan Datuk Chong Kiun Kong yang dikenali sebagai Jambatan Batu Kawah telah dinaik taraf menjadi jambatan dua gerabak pada tahun 2010.

Batu Kawa Riverbank Park mercu tanda ikonik baharu dan diiktiraf sebagai sebuah taman pesisiran sungai Sarawak yang terbesar di kawasan Padawan

Sejak itu, Batu Kawah telah maju dan berkembang pesat dengan pembangunan bandar baharu Batu Kawah, sebuah bandar bersepadu yang dibina sendiri dengan pelbagai kemudahan moden dan kemudahan awam.

Pada hari ini, kita dapat menyaksikan lebih banyak pembangunan komersial dan kediaman di Batu Kawah seperti P’Residence, Pasaraya eMart, Stapok, Moyan Square, Genesis Walk Mall dan pelbagai pusat komersial telah dibina.

Menurut Ketua Menteri semasa berucap pada majlis perasmian Tebingan Sungai Batu Kawah, pelancongan merupakan salah satu strategi pembangunan transformasi ekonomi utama kawasan luar bandar dengan penglibatan komuniti tempatan yang mempunyai peranan penting dalam pengurusan pelancongan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak sudah mempunyai pelan induk untuk menjadikan Batu Kawah sebagai ‘Bandar Satelit’ di Sarawak.

Pelan induk tersebut akan memacu pertumbuhan di sekitar kawasan Batu Kawah sekali gus akan membawa limpahan pembangunan hingga ke Daerah Bau.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak tidak mengalami kesukaran untuk melaksanakan projek pembangunan kerana Sarawak adalah negeri yang aman dan stabil, justeru kerajaan berkeupayaan membangunkan Sarawak walaupun mempunyai latar belakang pelbagai etnik.

Batu Kawa Riverbank Park yang sudap siap dan dirasmikan pada 8 November 2021
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article