- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Catalyst 3.0 Johan Konvensyen KIK Peringkat Persekutuan Sarawak 2022

Must read

Usaha membudayakan inovasi dan kreativiti perlu diterap dengan lebih pantas dan menyeluruh menerusi penjanaan lebih banyak idea baharu untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Secara dasarnya, penganjuran konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dapat mewujudkan budaya kerja yang mantap, berinovasi, kreatif dan berpandangan jauh bagi meningkatkan kualiti kerja dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.

Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato’ Amir bin Omar, bagi memastikan inovasi yang dihasilkan kekal lestari, penganjuran konvensyen KIK tidak harus dilihat sebagai satu pertandingan semata-mata.

Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Dato’ Amir bin Omar (duduk, dua kiri) serta tetamu-tetamu kehormat yang lain bergambar bersama kumpulan-kumpulan KIK pada Majlis Penutupan Konvensyen KIK Peringkat Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2022

Sebaliknya, KIK harus dijadikan satu mekanisme yang melibatkan penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja dan piawaian sedia ada atau memperkenalkan sesuatu yang baharu.

KIK juga seharusnya menerapkan konsep ‘knowledge-based dan creativity driven’ bagi membolehkan jabatan atau agensi menghasilkan inovasi yang memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan.

Kumpulan Catalyst 3.0 dari Jabatan Kimia Malaysia Sarawak muncul sebagai johan Konvensyen KIK Peringkat Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2022
Naib johan dimenangi kumpulan Labour Ultra dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Ketua kumpulan SET-3 dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok menerima hadiah tempat ketiga yang disampaikan oleh Dato’ Amir

Beliau yakin bahawa pelbagai dimensi inovasi mampu menjadi penyumbang solusi atau menjadi sebahagian daripada ‘solution provider’ terhadap ekosistem persekitaran supaya dapat mengangkat perkhidmatan awam terus relevan selari dengan keperluan perkhidmatan dan amalan kerja semasa yang semakin mencabar.

Menerusi gabungan cetusan idea kreatif dan inovatif setiap peserta, projek-projek KIK turut mengaplikasikan teknologi terkini yang mampu memberi solusi terbaik terhadap persekitaran yang lebih mesra dan kondusif, secara langsung dapat menyumbang kepada tahap kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Oleh yang demikian, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara, pembangunan sosial serta kesejahteraan rakyat akan lebih berkesan dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

Dato’ Amir mengulas mengenai perkara tersebut ketika merasmikan penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2022 yang diadakan di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada 2 Ogos.

Dato’ Amir bersama-sama ahli-ahli kumpulan Catalyst 3.0 dari Jabatan Kimia Malaysia Sarawak meraikan kemenangan mereka setelah dinobatkan johan Konvensyen KIK Peringkat Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Tahun 2022

Sebanyak 17 kumpulan terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi persekutuan di Sarawak menyertai konvensyen yang juga diadakan sebagai platform saringan kelayakan untuk ke peringkat Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA 2022).

Kumpulan Catalyst 3.0 dari Jabatan Kimia Malaysia Sarawak muncul sebagai johan melalui projek bertajuk ‘Easy Vial Cleaner (Ez-3.0)’ diikuti naib johan, iaitu kumpulan Labour Ultra dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak menerusi projek ‘Pengurusan Kes Buruh yang Kurang Sistematik’ dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan SET-3 dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dengan projek bertajuk ‘Tangga Penyelamat Serbaguna (TPS)’.

Kemenangan tersebut telah melayakkan ketiga-tiga kumpulan bertanding di SCSICA 2022 kelak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article