- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Komitmen Penuh Penjawat Awam Untuk Laksana RMKe-12

Must read

Komitmen Penjawat Awam dituntut bagi mencapai sasaran dan objektif Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Dato’ Amir bin Omar mengulangi dan mengingatkan penjawat awam di Sarawak supaya berkhidmat sebagai satu pasukan ‘Keluarga Perkhidmatan Awam bagi mencapai sebahagian sasaran dan objektif RMKe-12 yang telah ditetapkan.

Menurut beliau, berdasarkan RMKe-12 (Rolling Plan ke-2) bagi Negeri Sarawak terdapat keseluruhan 940 projek iaitu 414 projek baharu dan 526 projek sambungan.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Amir bin Omar menyampaikan ceramah

Merujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Persekutuan Negeri Sarawak (JPPNg) yang beliau mempengerusikan, telah dimaklumkan mengenai Prestasi perbelanjaan RP2 RMKe-12 Peruntukan Persekutuan bagi Sarawak pada 26 Jun 2022 adalah sebanyak 24.86% berbanding peratusan perbelanjaan nasional 39.24%.

Justeru itu, beliau menyeru supaya setiap jabatan atau agensi persekutuan di Sarawak yang mempunyai projek-projek pembangunan supaya melaksana dan memantau pelaksanaan kerja-kerja pembangunan fizikal setiap projek pembangunan agar pelaksanaan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, terlaksana dan mengikut jadual.

Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi perbelanjaan, tetapi akan mempercepatkan pelaksanaan pembangunan yang secara langsung akan membantu kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Jelas beliau lagi, RMKe-12 merupakan satu usaha sangat mencabar demi kelangsungan pembangunan negara. Inilah masanya kita sebagai penjawat awam perlu benar-benar berkorban dengan menumpukan seluruh keringat kebijakan dan hening cipta masing-masing.

Dato’ Amir berkongsi trend semasa dunia yang memberikan impak kepada Malaysia

Penjawat awam juga harus mengembalikan semula kepercayaan kerajaan dan rakyat dengan menunjukkan prestasi bersungguh-sungguh dalam memastikan segala perancangan dalam RMKe-12 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semua ini demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik agar segala kemakmuran dapat dinikmati bersama.

Seperti yang penjawat awam sedia maklum RMKe-12 telah dirangka berdasarkan asas kukuh yang dibina, sejak pelaksanaan pelan pembangunan negara yang pertama serta mengambil kira pengalaman sepanjang lima dekad yang lepas.

Antara peserta yang mengambil bahagian

RMKe-12 juga, adalah bahagian pertama Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dengan menyasarkan Malaysia yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Berdasarkan objektif untuk mencapai Malaysia yang Makmur, Inklusif dan Mampan berlandaskan semangat Keluarga Malaysia, RMKe-12 telah memperkenalkan beberapa langkah yang akan membolehkan negara menjana semula pertumbuhan ekonomi berikutan cabaran pandemik COVID-19 serta keperluan untuk membina ekonomi yang lebih berdaya tahan.

Pada masa yang sama, RMKe-12 juga bertujuan mencapai pertumbuhan yang inklusif untuk semua rakyat merentas wilayah dan negeri serta memastikan pertumbuhan tidak mengabaikan alam sekitar.

Langkah untuk membangunkan bakat masa hadapan, mempercepat penerima gunaan teknologi dan inovasi, menambah baik ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan serta memperkukuh perkhidmatan awam adalah pemangkin yang penting untuk merealisasikan aspirasi jangka panjang negara.

Dato’ Amir menyampaikan perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan oleh penjawat awam

Ini adalah beberapa penekanan diberikan Setiausaha Persekutuan Sarawak sewaktu menyampaikan ceramah kepada para penjawat awam di ‘Seminar Executive Talk: Komitmen Penjawat Awam Pemangkin Ke Arah Malaysia Makmur, Inklusif dan Mapan’ di INTAN Kampus Wilayah Sarawak pada 15 Ogos 2022.

Objektif Executive Talk ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam berkenaan peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam membantu memajukan negara dan juga meningkatkan kesedaran penjawat awam akan kepentingan yang dimainkan dalam menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

Penerimaan daripada penjawat awam juga penting agar setiap tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya

Selain itu, memberi maklumat kepada penjawat awam perkara yang harus setiap agensi rancangkan dalam menguruskan modal insan selari dengan dasar kerajaan. Beliau berharap agar perkongsian ilmu ini dapat memberikan motivasi kepada semua penjawat awam Persekutuan di Negeri Sarawak khususnya dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia serta berintegriti tinggi dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato’ Amir bin Omar menerima cendera hati dari Pengarah INTAN Sarawak, Encik Mahathir bin Bujang
Bergambar kenangan dengan peserta yang mengikuti Executive Talk
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article