- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PUSAKA Giat Bangunkan Industri Berasaskan Buluh

Must read

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) giat membangunkan industri berasaskan buluh serta produk hilirannya setelah melihat potensi besar masa depan industri tersebut di Sarawak.

Tidak ramai yang mengetahui tentang potensi buluh yang boleh menghasilkan papan, menghasilkan baju dan rebungnya boleh diproses untuk dijadikan tepung untuk membuat kuih muih, produk farmaseutikal, kosmetik dan banyak lagi produk hiliran

Malah industri berasaskan buluh tersebut adalah  tiga (3) penekanan utama selain industri perabot dan industri kejuruteraan kayu (Engineered Wood) dan Glulam (Glued Laminated Timber) bagi menyokong Strategi Pembangunan Post COVID 2030.

Demikian menurut Pengurus Besar PUSAKA, YBhg. Datu Haji Hashim Haji Bojet ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai perancangan dan persiapan PUSAKA menghadapi era pasca COVID-19.

Pengurus Besar PUSAKA, YBhg. Datu Haji Hashim Haji Bojet

Buat masa kini, jelas beliau PUSAKA turut menggalakkan orang ramai menanam buluh dan menyokong industri berasaskan buluh.

Menurut beliau, tidak ramai yang mengetahui potensi  daripada buluh yang boleh menghasilkan papan, menghasilkan baju dan rebungnya boleh diproses untuk dijadikan tepung untuk membuat kuih muih, produk farmaseutikal dan kosmetik.

Terdapat juga beberapa spesies buluh yang rebungnya boleh dimakan sebaik sahaja dipetik daripada ladang.

Antara spesis buluh ditanam di Hutan Simpan Sabal seperti a. Bambusa vulgaris b.Dendrocalamus asper dan c.Gigantochloa atter

Pihak PUSAKA juga jelas beliau masa ini sedang bekerjasama dengan Universiti untuk membuat pembangunan dan penyelidikan (R &D) terutama bagaimana arang daripada buluh ini dapat digunakan menjadi produk kosmetik, farmaseutikal dan juga fiber untuk membuat baju dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, arang daripada buluh (nano charcoal)  juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai tapisan air dan tapisan udara.

Perkembangan terkini pihak PUSAKA sedang membuat prototype  membina basikal buluh yang kini sedang dihasilkan (4 model) di Kota Samarahan dengan melatih 15 orang anggota untuk membuat basikal daripada buluh yang kita tanam.       

Bagi tujuan tersebut juga dan perancangan jangka panjang, pihak PUSAKA jelasnya telah berkolaborasi dengan sebuah syarikat dari Shanghai, China (mempunyai kepakaran lebih 10 tahun) untuk mengeluarkan basikal buluh di Sarawak.

Malah katanya, jika ditinjau negara luar sudah banyak yang mengeksport basikal daripada buluh dengan harganya kebanyakan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM30,000 sebuah.

Pada masa yang sama, pembuatannya (basikal) yang 60 hingga 50 peratus daripada buluh turut menyokong kepada pengurangan penggunaan besi dan aluminium yang sering dikaitkan dengan pemanasan global.

PUSAKA juga bersedia ke arah pembangunan industri buluh dengan ladang perintis berkeluasan 25 hektar telah pun dibangunkan di Sabal Agroforestry Centre, Simunjan.

Pada perkara berkaitan, pihak PUSAKA juga sedang berbincang dengan dua (2) buah syarikat dari China yang mengeluarkan produk pembungkusan dan syarikat yang mengeluarkan pulpa (kertas) terbesar di dunia.

Ia  turut menyokong usaha ke arah penggunaan mesra alam tidak lagi menggunakan plastik dan polisterin, dengan menggalakkan pembungkusan ini menggunakan kertas yang diperbuat daripada buluh.

Pembungkusan makanan menggunakan kertas yang diperbuat daripada buluh juga sedang menunjukkan trend di kebanyakan negara luar dan ini adalah potensi besar yang boleh kita terokai pada masa hadapan.

Sebanyak 10,000 anak pokok buluh daripada 13 spesies ditanam sejak Disember 2018 di Hutan Simpan Sabal, Simunjan di tanah seluas 25 hektar yang mengandungi 29 plot
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article