- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PUSAKA Bangunkan Industri Perabot dan Kejuruteraan Kayu

Must read

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) akan membangunkan industri perabot untuk eksport dan industri kejuruteraan kayu (Engineered Wood) dan Glulam (Glued Laminated Timber) untuk pembinaan kediaman bagi menyokong Strategi Pembangunan Post COVID 2030.

Demikian menurut Pengurus Besar PUSAKA, YBhg. Datu Haji Hashim Haji Bojet ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai perancangan dan persiapan PUSAKA menghadapi era pasca COVID-19.

Demikian menurut Pengurus Besar PUSAKA, YBhg. Datu Haji Hashim Haji Bojet ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai perancangan dan persiapan PUSAKA menghadapi era pasca COVID-19.

Pengurus Besar PUSAKA, YBhg. Datu Haji Hashim Haji Bojet

Jelas Pengurus Besar, bagi tujuan tersebut, pertama pihak PUSAKA menyasarkan pencapaian eksport Sarawak untuk industri dalam RM8 bilion  dan kita berusaha mendapat pelaburan dalam negara dan luar negara untuk merealisasikan angka tersebut.

Usaha kita untuk membangunkan industri perabot untuk eksport juga seiring dengan perkembangan yang berlaku di Semenanjung Malaysia yang sudah mengeksport RM12 bilion jumlah eksport perabot dan mereka menyasarkan menjelang  2030, sebanyak RM26 hingga RM28 bilion.

Industri perabot salah satu industri tambah nilai untuk Sarawak
Usaha kerajaan membangunkan industri perabot untuk eksport juga berdasarkan permintaan tinggi seluruh dunia

Terdapat peningkatan berganda daripada 12 bilion kepada RM26 bilion (peningkatan RM14 bilion) dan kita juga telah membuat lawatan ke Semenanjung Malaysia berbincang dengan pemain industri ini untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran mereka di Sarawak.

Bagi tujuan tersebut juga, jelas beliau Sarawak bercadang untuk membangunkan dua (2) Taman Perabot (Furniture Park) untuk membolehkan pelabur-pelabur ini bekerjasama dengan industri tempatan kita untuk mengeluar perabot untuk eksport.

Keduanya, pihak PUSAKA sedang membuat promosi industri baharu contohnya (Engineered Wood) dan Glulam) digunakan untuk pembinaan rumah dan kediaman.

Gabungan teknologi dalam perkayuan turut meningkatkan nilai pasaran untuk produk perkayuan

Menurutnya di kebanyakan negara luar termasuk Australia dan New Zealand seperti pembinaan bangunan tinggi di negara terbabit sudah menggunakan kayu (100 peratus) dan potensi ini ada pada kita (Sarawak) kerana mempunyai sumber kayu yang boleh dibangunkan.

PUSAKA juga telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU), usahasama dengan sebuah syarikat besar  dari Australia iaitu Tiling Timber Private Limited (Syarikat ini menguasai tidak kurang daripada 60% pengedaran, penjualan dan eksport, produk kejuruteraan kayu di Australia) dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan kita.

Satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC) yang diwakili pengurusnya Datu Hashim Bojet dan Woodsfield Glulam Manufacturing Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Eddie Ling Lee Tee dan Australia’s Tilling Timber Pty Ltd diwakili Pengarah Urusannya Glenn Tilling

Sebuah lagi syarikat tempatan yang beroperasi di Johor iaitu Woodfield Manufacturing Sdn Bhd yang mana kita akan bawa mereka ke Sarawak tidak lama lagi. Syarikat tersebut mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengeluarkan Engineered Wood dan Glulam.

Jelas beliau, kita telah membuat perbincangan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Tiling Timber Private Limited akan membangunkan kilang di Sarawak dan kita akan mengeluarkan Engineered Wood dan Glulam untuk dieksport ke Austrialia.

Syarikat tersebut akan menjadi sebagai pembeli barangan kita nanti dan pada masa yang sama kita bercadang untuk menggunakan sendiri Engineered Wood dan Glulam untuk industry pembinaan dan perumahan.

Kita juga akan membuat percubaan untuk membuat komponen perumahan rakyat menggunakan Engineered Wood dan Glulam.

Jika kita tinjau dari segi tradisi rakyat kita pun, jelas beliau sebelum ini membina rumah menggunakan kayu yang kemudiannya menukar kaedah membina menggunakan konkrit dan besi.

Penggunaan konkrit dan besi yang berleluasa boleh menyumbang kepada pemanasan global sebab itu di kebanyakan negara sudah beralih pendekatan menggunakan sepenuhnya kayu (100%) dan kita pun mencadangkan kaedah yang sama dipraktikkan di Sarawak sebab kita masih mempunyai banyak hutan dan hutan baharu (spesies tanam).

Dari satu sudut lagi, jelas beliau jika dibandingkan dari segi harga, membina rumah lebih murah menggunakan kayu berbanding menggunakan konkrit dan besi.

Kerajaan Sarawak komitmen melaksanakan pelan transformasi untuk mempromosikan produk bernilai tambah tinggi daripada produk hutan selaras dengan Strategi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article