- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MYSED Anjur Konvensyen Mini KIK

Must read

Buat Pertama Kali

Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) telah menganjurkan Mini Konvensyen ICC MYSED buat julung kalinya pada 10 hingga 11 Ogos 2022.

Sebanyak 15 buah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang mewakili pejabat cawangan MYSED dari setiap Bahagian tampil dengan pelbagai projek inovatif pada konvensyen yang dilangsungkan di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching.

Kumpulan MYSED Pro Max dari ibu pejabat MYSED, Kuching muncul johan menerusi projek bertajuk ‘VolYouth Care’.

Kumpulan MYSED Pro Max, johan Mini Konvensyen ICC MYSED memperagakan hadiah yang dimenangi (Foto Facebook MYSED)

Secara ringkas, projek yang dipertandingkan berfungsi membenarkan sukarelawan di seluruh Sarawak mendaftar diri di bawah MYSED dan persatuan-persatuan belia dan pada masa yang sama dapat mempromosi persatuan dan aktiviti masing-masing.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan Energy (KYC) yang mewakili Kem Belia Kemuyang, Sibu menerusi projek bertajuk ‘DIY Portable Wall Climbing’.

Tempat ketiga dimenangi kumpulan Cili Padi dari Pejabat MYSED Bahagian Sibu dengan projek bertajuk ‘Portable Field Sprinkler POFIS’.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YBhg Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah hadir merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Mini Konvensyen ICC MYSED pada 11 Ogos 2022.

Antara panel penilai Mini Konvensyen ICC MYSED yang telah berlangsung dari 10 hingga 11 Ogos 2022 (Foto Facebook MYSED)

Yang turut hadir ialah Pemangku Setiausaha MYSED, Puan Nancy binti Haji Jolhi, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, YBhg Dato Dr. Jamil bin Hamali dan Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, Encik Michael Ronnie Langgong.

Menurut Dato Sri Abdul Karim, konvensyen yang diadakan buat pertama kali itu diyakini menjadi penggerak kepada usaha memupuk budaya inovasi khususnya, dalam kalangan warga kementerian berkenaan.

Salah sebuah kumpulan membentangkan projek KIK yang dipertandingkan pada Mini Konvensyen ICC MYSED (Foto Facebook MYSED)

Jelas beliau, usaha penganjuran konvensyen tersebut juga akan dapat meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya meningkatkan sistem penyampaian berasaskan kualiti.

Pertandingan inovasi dan kreativiti pada pandangan beliau memerlukan kreativiti dan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu yang baharu atau menambah baik sesuatu yang sedia ada.

Sehubungan itu, beliau berbangga dengan kreativiti dan bakat inovatif yang ditunjukkan para peserta sama ada projek dalam bentuk kaedah mahupun dalam bentuk produk.

Sesi bergambar selesai Majlis Penyampaian Anugerah Mini Konvensyen ICC MYSED pada 11 Ogos 2022 (Foto Facebook MYSED)

Mini Konvensyen ICC MYSED turut dianjurkan dengan kerjasama daripada UPPS.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article