- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

HIITS Hasilkan 178 Projek KIK

Must read

Sejak pelaksanaan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) sehingga ke tahun 2022, telah menghasilkan 178 projek Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang seterusnya di adaptasikan di dalam proses dan prosedur kerja.

Projek-projek KIK ini dibentangkan untuk diaudit dan dianalisis di konvensyen-konvensyen KIK Jabatan, Negeri dan global untuk menguji secara praktikal ke atas realiti jangkaan pelanggan.

Perkara ini dinyatakan Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak  pada 17 September 2022.

Pelancaran Guidebook for Strata Scheme Development in Sarawak
Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi melaporkan beberapa kejayaan dan pencapaian inovasi JTS di peringkat Malaysia dan antarangbangsa

Beliau turut memaklumkan ke semua 13 pasukan KIK kita pada tahun 2022 ini telah berjaya melepasi saringan peringkat negeri yang melayakkan projek mereka dibentangkan di peringkat akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Award (SCSICA) 2022 yang bakal diadakan pada Oktober nanti.

Jelas beliau lagi, 12 daripada 13 projek KIK pada tahun ini ialah mendigitalkan 12 proses manual dan separa manual di dalam kategori pengurusan manakala satu (1) projek hibrid di dalam kategori teknikal.

Lebih membanggakan apabila dua (2) pasukan KIK Jabatan Tanah dan Survei Sarawak  diberi kepercayaan mengibarkan bendera Perkhidmatan Awam Sarawak dan Malaysia pada International Convention on Quality Control Circles 2022 (ICQCC) di Jakarta November nanti.

Bagi projek inovasi tahun lepas 2021, jelas beliau empat (4) pasukan KIK Jabatan Tanah dan Survey, Sassoku Tech Kuching, Lands Tahai Q Hybrid Ta’rom Limbang, Innotech Q9 Bintulu dan Accurate Mukah telah di anugerahkan Pingat Emas Public Innovation Award (PSIA) di Malaysian Technology Expo yang dianjurkan secara dalam talian pada Mac 2022 yang lepas.

Menambah senarai kejayaan tersebut, projek inovasi TEAM InnotechQ9 dari JTS Bintulu dinobatkan Anugerah Khas International Federation of Inventors Association (IFIA) 2022 mengatasi 38 projek lain yang disertai sektor awam dan swasta di konvensyen tersebut.

Ini adalah kali ketiga pengiktirafan IFIA kepada TEAM JTS sebelumnya, TEAM Millenium Sabe pada tahun 2019, produk peg, penanda mesra alam (SARAPEG) dan Projek Power4field Lands Tahai Q pada 2020.

Pada perkara berkaitan, kembara dan usaha mendigitalkan proses kerja  di JTS bermula sejak LASIS diperkenalkan pada 1984 dan mula diaplikasikan melalui LASIS Phase 1 pada tahun 1988 fokus kepada TRS (Title Registration System), SCS, (Survey Computation System) dan RVS, (Revenue System).

Komponen-komponen awal LASIS

Ianya dikembangkan kepada LASIS Phase 2, pada 2010 yang fokus kepada aplikasi sistem merentasi empat (4) perkhidmatan teras, LAAS, VIS, PLIS, dan EIS.

Cetusan Transformasi Digital YAB Premier pada 2017 menyemarakkan lagi inovasi perkhidmatan digital yang ditawarkan oleh LASIS dengan meneroka platform mesra pelanggan Web Base E-LASIS dan aplikasi Telefon Pintar, Mobile LASIS-One Stop Virtual Office, bermaksud semua perkhidmatan yang dulunya hanya ada di kaunter, sekarang ini ditawarkan dalam talian 24/7.

LASIS menurut beliau sekali lagi mendapat pengiktirafan global pada ESRI User Conference 2022 di San Diego, California USA bersaing dengan 100,000 penyertaan pengguna ESRI seluruh dunia yang merupakan  pengiktirafan kedua setelah yang pertama pada tahun 2013.

Berkaitan dengan HIITS, di pentas HIITS inilah kumpulan KIK yang dianggotai pelbagai gred pegawai, merentasi disiplin di dalam jabatan yang dituntut berkongsi inovasi kreatif ke arah menambahbaik perkhidmatan sama ada dengan memperkenalkan kaedah dan pendekatan baharu di dalam proses dan prosedur kerja atau menyemak semula proses dan prosedur yang tidak lagi relevan.

Tema HIITS pada tahun ini 2022 ialah Inovasi Melestari Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan, kesinambungan daripada tema tahun lepas, Transformasi Perkhidmatan memacu Aspirasi 2030.

Pada majlis berkenaan juga menyaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg turut menyampaikan sijil pengiktirafan kecemerlangan pekerja kepada 16 orang pegawai berintegriti, selain menyampaikan anugerah pemenang Kumpulan Inovatif dan Kreatif HIITS 2022 iaitu Montaj Terbaik, Anugerah Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan, Anugerah Inovasi Sosial, Anugerah Inovasi Kelestarian Alam Sekitar, Anugerah Inovasi Transformasi Digital, Anugerah Khas Kepimpinan Inovasi, Pemenang Tempat Ketiga, Naib Johan dan Johan serta Anugerah Pencapaian Khas.

Info Tambahan

Pemenang Kumpulan Inovatif dan Kreatif HIITS 2021

Johan  – Lands Tahai Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

Johan – Lands Tahai Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

Naib Johan  – Infiniti Tri-D (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu)

Naib Johan – Infiniti Tri-D (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu)

Ketiga  – Ruai Vaie D9 (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu)

Ketiga – Ruai Vaie D9 (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu)

Anugerah Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan

Lands Tahai Q Junior (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

Anugerah Inovasi Sosial

Seahorse (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri)

Anugerah Inovasi Kelestarian Alam Sekitar

V-Tech 12 (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian)

Anugerah Inovasi Transformasi Digital

Lands Tahai Q (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

Anugerah Khas Kepimpinan Inovasi

Tuan Haji Mohammad Zunica Bin Mohamad Sa’piee (Penguasa JTS Bintulu)

Montaj Terbaik

Acurate (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah)

Penyampaian Serahan Trofi Anugerah Pencapaian Khas dalam GIS (SAG) sempena Persidangan Pengguna ESRI 2022

Anugerah Pegawai Integriti JTS 2021

Premier Sarawak menyampaikan Anugerah Pegawai Integriti 2021

1.Puan Haslinda Binti Hamdan (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu)

2.Encik Desmond Anak Ngalayang (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong)

3.Encik Vyner Anak Mai (Ibu Pejabat Tanah dan Survei Sarawak)

4.Encik Bornafis Anak Bida (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

5.Encik Awang Ahmad Safri Bin Awang Sanusi (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan)

6.Puan Rawas Anak Yasan (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu)

7.Puan Suraini Binti Marmut (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang)

8.Puan Suraya Binti Karim (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei)

9.Encik Ibrahim Bin Baee (Ibu Pejabat Tanah dan Survei Sarawak)

10.Encik Kepli Bin Suut (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching)

11.Encik Sompian Bin Berjuri (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah)

12.Encik Pauzi Bin Chas (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong)

13.Cik Madeline Anak Ambit (Ibu Pejabat Tanah dan Survei Sarawak)

14.Encik Kuan Vui Kuan (Ibu Pejabat Tanah dan Survei Sarawak)

15.Encik Jesseri Bin Bohari (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan)

16.Encik Redzuan Bin Laili (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article