- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

KIK HIITS 2022: Lima Anugerah Khas Diperkenalkan

Must read

Sebanyak lima (5) Anugerah Khas telah diperkenalkan untuk mengiktiraf sumbangan pasukan-pasukan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan yang telah memberikan cadangan penyelesaian terhadap isu-isu semasa di Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

Pertama ialah Anugerah Khas Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan sebagai mengiktiraf projek yang telah mendatangkan impak yang besar kepada perkhidmatan penyampaian Jabatan dan meningkatkan transformasi proses kerja secara manual dan digital bagi memastikan perkhidmatan diberikan nafas baharu serta penambahbaikan pencapaian KPI.

Penerima anugerah ini adalah kumpulan Lands Tahai Q Junior dari JTS Limbang dengan projek mereka yang bertajuk, “Proses Pengeluaran Pembaharuan Surat Hak Milik Tanah (RLL) yang Diluluskan oleh Pejabat Bahagian Mengambil Masa yang Panjang”.

Penerima Anugerah Khas Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan: Kumpulan Lands Tahai Q Junior (JTS Limbang)

Proses pengeluaran surat hak milik tanah (RLL) yang diluluskan oleh pejabat bahagian mengambil masa yang panjang akibat proses kerja yang kurang komprehensif dan tiada mekanisme pemantauan yang efektif merupakan antara punca permasalahan yang terjadi di pejabat bahagian.

Dengan terciptanya inovasi yang dikenali sebagai Renewal of Land Lease Monitoring System (RLLMS), ianya telah mempercepatkan proses pengeluaran pembaharuan RLL menjadi lebih mudah dan sistematik melalui automasi pendigitalan proses kerja sekali gus membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan.

Kedua ialah Anugerah Khas Inovasi Sosial sebagai mengiktiraf projek KIK JTS yang memberikan impak terus kepada masyarakat dari segi sosial dan boleh digunakan oleh agensi lain dalam usaha meningkatkan kehidupan sosial masyarakat.

Penerima anugerah khas ini telah diberikan kepada kumpulan SEAHORSE dari JTS Miri Hibrid Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri dengan projek bertajuk, “Sistem Pengurusan Maklumat Kampung dan Rumah Panjang di Daerah Miri Kurang Efisien”.

Penerima Anugerah Khas Inovasi Sosial: Kumpulan SEAHORSE dari JTS Miri Hibrid Pejabat Pentadbiran Bahagian Miri

Kumpulan SEAHORSE telah mendapati maklumat bagi penduduk kampung dan rumah panjang hanya diperolehi secara manual melalui Ketua Kampung atau Tuai Rumah.

Namun begitu, maklumat penduduk kampung dan rumah panjang yang diperoleh itu kadang kala tidak tepat sehingga menyebabkan proses kerja menjadi lambat.

Oleh itu, SEAHORSE telah mencipta proses kerja baharu dalam mendapatkan maklumat serta menambahbaik sistem pengurusan melalui Sistem eKRP dan akhirnya ia telah dapat membantu meningkatkan kecekapan peranan Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) dalam meningkatkan kebolehpercayaan data.

Kolaborasi ini telah berjaya menghasilkan sistem maklumat kampung dan rumah panjang dengan mudah dan pantas.

Pelaksanaan sistem eKRP akan memantapkan kerjasama antara agensi lain dalam kesiapsiagaan dalam pengurusan KMKK dan bencana selain dapat merancang pembangunan kepada kampung dan rumah Panjang.

Ketiga ialah Anugerah Khas Inovasi Kelestarian Alam Sekitar bagi mengiktiraf projek KIK JTS yang memberikan impak yang besar kepada pemeliharaan alam sekitar dan mengubah kaedah kerja lebih menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar dan meminimumkan kerosakan alam semula jadi.

Penerima anugerah khas ini telah diberikan kepada kumpulan V-Tech 12 dari JTS Serian dengan projek mereka yang bertajuk “Kelewatan Proses Kerja-Kerja Ukur Di Lapangan Disebabkan Penggunaan Peralatan Ukur Yang Kurang Efisien”.

Penerima Anugerah Khas Inovasi Kelestarian Alam Sekitar: Kumpulan V-Tech 12 dari JTS Serian

Sebagai agensi pemudah pembangunan, JTS merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam membantu dan menjadi agensi pemangkin dalam pembangunan dan pentadbiran tanah.

Kerja ukur di lapangan adalah sangat penting dan merupakan tunjang utama sebelum mendapat pemilikan hak milik tanah dan menyempurnakan sesuatu projek pembangunan.

Dalam usaha merealisasikan misi tersebut, jabatan tidak terlepas menghadapi masalah terutama dalam kerja-kerja pengukuran di lapangan.

Konsep ‘design thinking emphatize’ diterapkan di mana kumpulan telah menyelami masalah yang hendak diselesaikan dengan menemu bual pasukan ukur di lapangan dan mendapati punca-punca mungkin yang dikenal pasti menyebabkan kelewatan proses kerja ukur adalah seperti berikut :

  1. Peralatan sokongan ukur kurang efisien
  2. Faktor persekitaran
  3. Kaedah penyediaan atau mendirisiap peralatan ukur dan alat sokongan
  4. Kekurangan sumber sebagai peralatan sokongan seperti kayu
  5. Kekangan tenaga kerja dan kurang mahir

Selepas beberapa uji cuba dan analisis pelaksanaan projek di lapangan, sasaran kumpulan untuk mengurangkan punca masalah sebanyak 80% telah tercapai.

Selain itu, projek inovasi ini telah dapat menambah keyakinan dan tanggapan positif masyarakat terhadap proses penyukatan tanah di Sarawak, meningkatkan kecekapan dan mutu penyampaian perkhidmatan oleh jabatan.

Secara tidak langsung inovasi ini juga dapat membantu kerajaan negeri di dalam pengurangan kos operasi serta mempertingkatkan kualiti dan mempergandakan produktiviti kerja-kerja pengukuran.

Keempat ialah Anugerah Khas Inovasi Transformasi Digital bagi mengiktiraf projek KIK JTS yang berjaya mengubah sistem permit daripada manual kepada sepenuh digital sehingga berjaya memberi impak yang besar kepada perkhidmatan yang diutarakan kepada masyarakat.

Penerima anugerah khas ini telah diberikan kepada kumpulan Land Tahai Q dari JTS Limbang dengan projek mereka yang bertajuk, “Bilangan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) yang Tidak Diperbaharui Adalah Tinggi.

Penerima Anugerah Khas Inovasi Transformasi Digital: Kumpulan Land Tahai Q dari JTS Limbang

TOL merupakan lesen yang dikeluarkan kepada penerima lot (alottee) bagi Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) yang perlu diperbaharui setiap tahun namun, didapati 983 lot (82.88%) TOL Bahagian Limbang tidak diperbaharui.

Oleh yang demikian, pendekatan yang kreatif perlu dicari untuk menyelesaikan masalah tersebut sehingga akhirnya kumpulan ini telah mencipta inovasi yang dikenali sebagai MySmartTOL.

Dengan MySmartTOL, sejumlah 391 TOL (92%) diperbaharui, RM116,063 (90.5%) tunggakan TOL dikutip dan 100% tahap kesedaran alottee ditingkatkan.

Manakala TOL aktif meningkat 3.23 kali ganda iaitu 566 TOL telah aktif, mengurangkan 89.4% TOL tamat tempoh melebihi tiga (3) tahun , 88% tempoh sah TOL dilanjutkan dan penjimatan 105 minit (77.7%) masa proses pembaharuan TOL

Seterusnya ialah Anugerah Khas Kepimpinan Inovasi yang memberi pengiktirafan khas kepada individu yang telah menunjukkan kepimpinan yang baik dan konsisten dalam memastikan projek KIK di bawah pimpinan beliau berjaya mengupas permasalahan tajuk KIK dengan terperinci dan memberi cadangan penyelesaian projek yang sangat fleksibel dan berhasil serta berimpak tinggi.

Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Inovasi: (wakil kepada) Tuan Hj Mohammad Zunica Bin Mohamad Sa’piee

Berkat kesungguhan kepimpinan dalam projek KIK ini telah membawa banyak kejayaan kepada kumpulan yang dipimpinnya dan penerimaan ini ialah Tuan Hj Mohammad Zunica Bin Mohamad Sa’piee, Penguasa JTS Bintulu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article