- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program IBBC Bantu Melonjakkan Prestasi Usahawan

Must read

Seramai 56 orang usahawan tempatan yang mengikuti Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Edisi Sarawak 2022 telah berjaya mencatatkan peningkatan jualan sebanyak RM437,000.

Program IBBC merupakan program bimbingan usahawan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang bertujuan meningkatkan skala perniagaan mengikut industri yang berkaitan.

Program tersebut dijalankan selama empat (4) bulan dengan objektif untuk memberikan panduan kepada usahawan tempatan untuk mengembang dan melonjakkan prestasi perniagaan mereka.

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mempelajari dan menguasai teknik menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan.

Majlis graduasi bagi meraikan kesemua usahawan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dr. Ripin bin Lamat pada 12 Oktober 2022 di Kuching.

Majlis Graduasi Program IBBC Edisi Sarawak 2022 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Dr. Ripin bin Lamat dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin

Usahawan yang berjaya menamatkan program terdiri daripada 29 peserta dalam industri Kafe dan Restoran dan 27 peserta dalam industri Jualan Pasar Raya (Makanan dan Minuman).

Program yang dibahagikan kepada dua (2) kategori industri tersebut dijalankan secara komprehensif hasil kolaborasi strategik INSKEN bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan INSKEN sempena majlis garduasi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin, program IBBC telah Berjaya mencapai KPI (Indeks Prestasi Utama) yang ditetapkan apabila lebih separuh daripada jumlah peserta kedua-dua program telah meningkatkan hasil jualan perniagaan di antara 20% hingga melebihi 100%.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, 15 pekerjaan baharu telah dicipta dalam tempoh empat (4) bulan program berkenaan dijalankan.

Para usahawan program IBBC perlu mengikuti program secara komprehensf yang dijalankan selama empat bulan

Tambah beliau, program IBBC dilengkapi dengan aspek latihan dan bimbingan secara holistik, iaitu para peserta turut dipantau bagi memastikan skala serta kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang.

Bagi program IBBC Edisi Sarawak 2022, Puan Dayang Hartini binti Abang Ismail merupakan antara usahawan IBBC Jualan Pasar Raya yang cemerlang dengan peningkatan hasil jualan sebanyak 174% menerusi Koleksi Alieniey.

Faktor utama kejayaan beliau dicapai apabila bungkusan produk yang lebih menarik telah dihasilkan selain pemasaran secara dalam talian juga giat beliau jalankan.

Beliau yang menjalankan perniagaan pelbagai produk seperti kek lapis, kerepek dan jeruk turut berjaya menambah bilangan pekerja.

Untuk program IBBC Industri Kafe dan Restoran, Puan Florina binti Ariffin @ Jelebat dari Isna Corner telah berjaya mencatat hasil jualan tertinggi, iaitu sebanyak 57%.

Kejayaan beliau disumbang oleh aspek penekanan pengurusan perniagaan dan pekerja, pengiraan kos modal dan bahan makanan seperti Laksa Sarawak, bakso, ayam penyet dan lain-lain.

Kenyataan media tersebut juga memaklumkan sehingga September 2022, INSKEN telah melaksanakan 21 program IBBC pada tahun ini yang telah memasuki tahun keenam program tersebut dianjurkan.

Maklumat lanjut mengenai program anjuran INSKEN boleh diperolehi melalui laman web rasmi www.insken.gov.my.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article