- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SCSICA 2022

Must read

Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sekali lagi menjadi johan Anugerah Inovasi Premier Sarawak pada majlis Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2022.

Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mengulangi kejayaan tahun lepas apabila sekali lagi menjadi johan Anugerah Inovasi Premier Sarawak SCSICA 2022

Kali ini, projek bertajuk ‘Permohonan Loss of Title Yang Mengambil Masa Yang Lama’ berjaya membawa kumpulan berkenaan mengulangi kejayaan sama yang diraih pada SCSICA tahun lepas.

Naib johan dimenangi kumpulan FIVE’02 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dengan projek bertajuk ‘Kelewatan Proses Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam Negeri Sarawak’ manakala tempat ketiga pula dimenangi kumpulan LABOUR ULTRA dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak dengan projek bertajuk ‘Pengurusan Kes Buruh Yang Kurang Sistematik’.

Premier Sarawak menyampaikan Anugerah Inovasi Premier Sarawak SCSICA 2022 kepada naib johan, iaitu kumpulan FIVE’02 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
Kumpulan LABOUR ULTRA dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak menerima hadiah tempat ketiga Anugerah Inovasi Premier Sarawak SCSICA 2022 daripada Premier Sarawak

Bagi Anugerah Khas SCSICA, pemenangnya ialah kumpulan Engkabang dari Majlis Daerah Maradong dan Julau menerusi projek bertajuk ‘Sawetro Alangan’.

Penyampaian Anugerah Khas SCSICA 2022 daripada Premier Sarawak kepada kumpulan Engkabang dari Majlis Daerah Maradong dan Julau

Anugerah Inovasi Digital dimenangi oleh kumpulan SHARKS dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) yang mempertandingkan projek bertajuk ‘Proses Kerja Penilaian dan Penetapan Keputusan Kes Penguatkuasaan Tidak Efisien, Penilaian Siasatan Mengambil Masa Yang Lama’.

Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyampaikan Anugerah Inovasi Digital SCSICA 2022 kepada kumpulan SHARKS dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA)

Anugerah Inovasi Premier Sarawak adalah anugerah berprestij yang bertujuan mengiktiraf projek atau produk inovasi yang telah dipertandingkan pada SCSICA yang merupakan acara kemuncak dan peringkat akhir pembentangan projek setiap Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang menjadi johan konvensyen KIK mini di peringkat jabatan dan agensi masing-masing sepanjang bulan inovasi perkhidmatan awam Sarawak diadakan setiap tahun.

Setiap projek KIK yang berjaya ke peringkat SCSICA juga layak untuk dinilai menerusi penarafan bintang dari satu (1) hingga tujuh (7) bintang.

SCSICA 2022 telah berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2022 yang menyaksikan pembentangan projek oleh 43 buah KIK dari jabatan dan agensi negeri dan persekutuan di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, 38 kumpulan telah mewakili jabatan dan agensi negeri dan lima (5) kumpulan mewakili jabatan dan agensi persekutuan.

Objektif SCSICA adalah bagi berkongsi idea dan cadangan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sedia yang lebih inovatif dan cekap.

Sesi bergambar kesemua pemenang anugerah SCSICA 2022 bersama tetamu-tetamu kehormat

Selain itu, penganjuran SCSICA juga mampu menjadi pemangkin yang dapat menggalakkan pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan penjawat awam negeri dan persekutuan supaya lebih berdaya saing.

Kesemua kategori anugerah SCSICA 2022 yang dipertandingkan telah disampaikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada majlis yang telah diadakan pada 21 Oktober 2022 di salah sebuah hotel di bandar raya Kuching.

Yang turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof. Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Pemangku Setiausaha Persekutuan Sarawak, Encik Banges Munga, Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak, Encik Michael Ronnie Langgong serta beberapa orang menteri kabinet negeri dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article