- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Industri Buluh Memperluaskan Ekonomi Sarawak

Must read

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016 untuk memacukan pembangunan industri buluh di Sarawak.

Susulan itu, perjanjian persefahaman telah ditandatangani oleh PUSAKA bersama Jabatan Hutan Sarawak untuk membangunkan tapak semaian dan plot percubaan ladang buluh di Hutan Simpan Sabal.

Hampir 17 spesies jenis buluh ditanam di kebun buluh di Tapak Semaian Sabal untuk dijadikan industri berasaskan buluh

Pada tahun 2019 juga, PUSAKA telah membangunkan “Sarawak Bamboo Industry Development Frameworks yang bermatlamat untuk industri berasaskan buluh.

Antaranya, Engineered Bamboo (papan panel buluh), industri berasaskan arang buluh (bio-char, farmaseutikal, kosmetik serta tekstil), industri makanan serta industri kraf tangan.

Industri ini diteroka dan dimajukan adalah bagi memastikan sumber buluh ini dapat digunakan secara efektif dan optimum untuk dikomersialkan.

Kini di tapak projek seluas 38 hektar telah ditanam dengan lima (5) spesies buluh tempatan dan tujuh (7) spesies buluh import komersial diwujudkan di “Tapak Projek Perintis Tanaman Buluh PUSAKA di Sabal.

Senarai jenis-jenis buluh yang berada di kebun buluh di Sabal dan memiliki potensi dan kegunaannya tersendiri di dalam industri berasaskan buluh

Kolaborasi strategik juga dilakukan bersama IPTA/IPTS di Sarawak seperti dengan UNIMAS, UITM, UPMKB dan Swinburne bagi membangunkan produk nilai tambah bagi tujuan komersial.

Bagi memastikan potensi industri buluh dapat dikomersialkan, tapak plot percubaan dengan kerjasama pihak industri dan lesen ladang hutan juga diwujudkan di mana Sarawak merancang untuk menanam sekurang-kurangnya 18,000 hektar ladang buluh komersial sehingga tahun 2027.

Pada 2019, pihak PUSAKA telah merangka Pelan jangka panjang untuk menjadikan industri buluh ini dapat menjadi salah satu industri yang boleh mendapatkan pendapatan eksport di Sarawak.

Pengurus Besar PUSAKA, YBhg Datu Hj Hashim Hj Bojet serta kumpulan yang mengusahakan projek tanaman buluh di Sabal memakan rebung yang dipetik di kebun Buluh, Sabal

Bagi memperluaskan penanaman buluh dan memastikan sumber benih buluh yang berkualiti mencukupi, PUSAKA juga merancang mewujudkan empat (4) tapak semaian buluh iaitu :

  • tapak semaian Sabal (terkini) sejumlah 45,000 benih ditanamkan setahun untuk komuniti wilayah Selatan Sarawak.
  • tapak Semaian Tanjung Manis dengan kapasiti 450,00 setahun untuk wilayah tengah (merupakan tapak terbesar,
  • Tapak Semaian Niah dengan kapasiti 150,000 anak benih akan dibangunkan di wilayah Utara
  • tapak semaian di Bintulu dan Lawas dengan kapasiti tahunan sebanyak 10,00 anak benih setahun.

Industri buluh ini mampu menyumbang pelbagai manfaat kepada Sarawak bukan sahaja untuk dikomersialkan bagi menguntungkan sektor ekonomi, namun ianya mampu menjaga kelestarian alam. 

Hasil produk daripada buluh ini mampu membantu meningkatkan ekonomi Sarawak dengan sasaran tidak kurang RM200 juta pengeluaran menjelang 2030.

iaitu Jambatan diperbuat daripada buluh merupakan jambatan signifikan dan tradisional di Sarawak terutama untuk menyeberangi sungai
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article