Kejayaan pasukan dari Yayasan Sarawak tersebut turut merampas kembali kejuaraan yang pernah dimenangi pada tahun 2018 sekali gus membawa pulang Piala Tuan Yang Terutama (TYT) berserta wang tunai berjumlah RM20,000 selain piala pusingan bagi kategori perahu bidar 30 orang pekayuh lelaki.
Tempat kedua, pasukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala iringan.
Manakala tempat ketiga, menjadi milik Pasukan UDAK dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 dengan piala iringan.
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Tuan Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Tebingan Sungai Kuching.
Perlumbaan Perahu Regata Sarawak berlangsung pada hujung minggu pertama November (4-6 November) mempertandingkan 14 kategori lumba perahu melibatkan perahu balok, bidar dan Kenyalang.
Menariknya tahun ini, satu kategori baharu dipertandingkan iaitu Kategori Perahu Tambang (berdayung) sebagai salah satu usaha mengekalkan warisan dan budaya perahu tambang.