- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

KBF Platform Subur Minat Membaca

Must read

Pustaka Negeri Sarawak (PNS) dengan kerjasama Majlis Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR) akan mengadakan Pesta Buku Kuching 2022 (KBF 2022) pada 24 hingga 27 November 2022 bertempat di PNS.

Sebanyak 11 pempamer akan berada di KBF tersebut iaitu My Bookstore Sdn. Bhd; Budding Readers Sdn. Bhd.;  Popular Book Co. (Malaysia) Sdn. Bhd.; Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); University Bookstore Malaysia Sdn. Bhd.; Buku Fixi Sdn. Bhd.; Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.; Peliti Dhihin; Bundasan Bookstore; PTS Media Group; dan Gale Publishing Company (Antrabangsa).

Perkara ini dimaklumkan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn pada sidang media yang diadakan di pejabat beliau di Bangunan LCDA pada 6 November 2022 (Selasa).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn mengadakan sidang media KBF 2022

Sidang Media tersebut turut dihadiri Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli.

Menurut Datuk Roland Sagah, objektif utama KBF ini diadakan adalah untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat setempat di samping menyediakan platform untuk berinteraksi antara penerbit dan penulis serta menyokong industri buku khususnya di Sarawak.

Beliau menyifatkan bahawa membaca itu adalah satu aktiviti yang sangat penting bukan sahaja untuk pendidikan tetapi juga sebagai hiburan atau keseronokan.

YB Datuk Roland Sagah (tengah), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Tuan Haji Japri Bujang Masli menunjukkan poster KBF 2022 selepas sidang media

Hal ini kerana, membaca boleh membuatkan kita ketawa, menangis, sedih bahkan membimbing kita terutama golongan usahawan atau peniaga yang sedang mencari tips atau strategi untuk menjana pendapatan mereka kerana banyak bahan bacaan berkisar tentang cara “membuat” duit.

Kerana itu, beliau sangat menggalakkan orang ramai untuk hadir ke program KBF ini bagi mendapatkan bahan bacaan khususnya peminat buku.

Beliau mengingatkan bahawa kepentingan membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan perlu dipupuk dari peringkat awal lagi.

Dalam masa sama, amalan membaca mampu menarik minat seseorang yang cenderung ke arah penulisan sekali gus berupaya melahirkan lebih ramai penulis tempatan.

Tambah beliau, Sarawak masih kekurangan penulis dan penerbit buku, oleh itu kita mahu menggalakkan rakyat untuk membaca keran minat yang mendalam dalam bacaan pasti menimbulkan satu keinginan untuk menulis sekali gus akan meningkatkan jumlah penulis di negeri ini.

Beliau berharap agar Sarawak dapat menghasilkan lebih ramai penulis yang tidak hanya terikat kepada penulisan buku cerita sebaliknya memberi tumpuan kepada bidang tertentu termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dengan itu katanya, ia mungkin dapat memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang pentingnya dan kelebihan menguasai bidang STEM yang akan digunakan dalam kehidupan masa depan.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti dan program menarik akan turut berlangsung serentak bersempena Kuching Bookfair ini antaranya adalah Special Needs Open Day; Bacaan Kegemaran Saya; Kupasan Buku BACA; Secangker The Setapak banding, Mengapa Membac; Makersmeet 2022; Movie Under The Star: Raya And The Last Dragon dan banyak lagi.

Poster KBF 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article