- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pembangunan Kawasan Luar Bandar Sibu Terus Diberi Perhatian

Must read

Kawasan luar bandar, termasuk di Bahagian Sibu terus dibangunkan dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha mempertingkatkan keperluan asas prasarana luar bandar seperti jaringan jalan, bekalan air dan elektrik.

Kerajaan Sarawak telah merancang dan melaksanakan banyak projek pembangunan di Bahagian Sibu yang bermatlamat untuk membolehkan masyarakat di sini menikmati kehidupan yang lebih baik selain dapat menggunakannya bagi menjana peluang dan pendapatan.

Naik taraf pasar tamu Sibu Jaya akan meningkatkan keselesaan para peniaga dan pembeli

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), antara projek pembangunan transformasi luar bandar yang telah dilaksanakan di bahagian Sibu ialah pembinaan Jalan Sungai Bidut/Kampung Tutus/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil sepanjang 38 kilometer di Bawang Assan.

Projek tersebut dibina dalam dua (2) pakej dan menelan belanja sebanyak RM400 juta di mana Pakej A melibatkan pembinaan jalan standard R3 Jabatan Kerja Raya (JKR) sepanjang 22km.

Skop projek pembinaan jalan tersebut merangkumi pembinaan jambatan Sungai Sabang dan Sungai Tutus masing-masing berukuran 12-meter dan 18 meter.

MDLBS akan terus memberi tumpuan terhadap pembinaan serta menaiktaraf jalan akses ke kampung-kampung

Jalan ini bakal menyediakan laluan perhubungan untuk Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Mukah dan Sibu.

Selain itu, pembinaan jalan ini juga akan memberi manfaat kepada sembilan (9) rumah panjang di Kampung Tutus iaitu Rh Semakau, Rh Engkir, Rh Pengabang, Rh Steven Bana, Rh Augustine Meringgai, Rh Ali, Rh Lidiwana, Rh Muja, Rh Ukar; enam (6) rumah panjang di Kampung Sebedil iaitu Rh Henry Barayan, Rh James Ngelayang, Rh Bosco, Rh Balon, Rh Badindang, Rh Brauh; dan Kampung Bungan Kecil.

Projek pembangunan ini dilihat akan dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di kawasan-kawasan sekitar menerusi penyediaan akses yang lebih selamat dan mudah dari bandar-bandar besar ke kawasan luar bandar di negeri ini.

Pakej B pula melibatkan pembinaan Jalan Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil sepanjang 16 kilometer dan jalan ini akan bersambung terus dengan Jambatan Igan.

Dengan membina jalan ini, ia menyediakan cara perhubungan yang lebih baik terutamanya bagi penduduk rumah panjang untuk pergi ke pekan Sibu dengan mudah.

Selain itu, ia juga akan menggalakkan lebih banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian sama ada berskala besar atau berskala kecil untuk tanaman kelapa sawit, sagu, padi dan juga pembinaan kilang-kilang yang pastinya akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Turut dilaksanakan ialah kerja menaik taraf Jalan Pasai Siong Hilir sepanjang 16 kilometer dengan kos RM17 juta.

Kerja menaik taraf Jalan Pasai Siong Hilir sepanjang 16-kilometer

Pembinaan jalan ini amat penting kerana ia akan memberi manfaat kepada 30 rumah panjang, dua sekolah, tadika dan klinik kesihatan di kawasan tersebut.

Naik taraf Jalan Pasai bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu

Siapnya jalan Pasai Siong Hilir itu nanti, tempoh perjalanan penduduk Pasai Siong ke bandar Sibu akan menjadi lebih pendek dan cepat iaitu hanya setengah jam jika dibandingkan mengambil masa sekitar sejam sebelum ini.

Jalan raya itu akan menyediakan cara perhubungan dan pengangkutan yang lebih pantas dan mudah untuk rakyat sekali gus akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu.

Di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) pula, tumpuan terus diberikan terhadap pembinaan serta menaiktaraf jalan akses ke kampung-kampung dan rumah panjang membabitkan kos sebanyak RM2.5 juta.

Pelaksanaan projek ini akan memberikan jalan perhubungan yang selamat dan selesa kepada orang ramai dan dapat meningkat peluang perniagaan kepada penduduk luar bandar kerana lebih mudah untuk mereka menghantar hasil tani/hutan ke pekan/bandar yang terdekat.

Di dalam RMKe-12, antara projek yang dilaksanakan di kawasan MDLBS ialah Pusat Pengumpulan Tong Sampah Bersepadu dan Pembekalan Tong Sampah Bergerak dengan kos sebanyak RM750,000.

Penyediaan sistem pungutan sampah yang berkesan sangat penting terutama sekali di kawasan luar bandar untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit.

Pada 2021, sejumlah RM500,000 telah diperuntukkan kepada MDLBS untuk menaik taraf pasar tamu Sibu Jaya bagi meningkatkan keselesaan para peniaga dan pembeli yang menjalankan aktiviti jual beli di pasar tamu tersebut.

Sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada MDLBS untuk menaik taraf pasar tamu Sibu Jaya

Kerja-kerja menaik taraf tersebut telah bermula pada 14 September 2020 dan siap pada 13 Januari 2021, kini telah menyediakan ruang yang lebih selesa untuk pengunjung dan penjual sekitar bandar Sibu Jaya.

Selain itu, ia juga dapat menggalakkan aktiviti ekonomi kerana apabila ia dapat menarik lebih ramai masyarakat mengambil bahagian dalam perniagaan sekali gus dapat menjadi sumber pendapatan penjaja skala kecil.

Pada tahun ini, antara projek transformasi luar bandar berimpak besar yang telah dilaksanakan ialah pembinaan jalan raya yang menghubungkan Sibu Jaya ke Jalan Kong Yit Khim.

Projek pembinaan jalan raya dua lorong itu bermula pada 25 Mac 2019 dengan kos dianggarkan berjumlah RM80 juta dan dijangka siap pada 31 Disember 2022.

Selain membina jalan raya, projek tersebut turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan untuk merentasi Sungai Salim dan Sungai Belalang.

Apabila projek tersebut siap sepenuhnya kelak, jalan tersebut akan berfungsi sebagai jalan pintas alternatif dari Sibu Jaya ke bandar Sibu dan juga ke Jambatan Durin.

Ini sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menjimatkan penggunaan petrol terutamanya pada waktu kemuncak.

Di samping itu, jalan baru itu juga akan membuka peluang bagi mewujudkan kawasan baru untuk pembangunan komersial, pertanian serta perindustrian.

Dalam masa yang sama, ia juga akan dapat membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup penduduk tempatan.

Di bawah merupakan senarai projek pembangunan transformasi luar bandar yang telah dilaksanakan di Bahagian Sibu pada (2020-2021)

TAHUNNAMA PROJEKAGENSI PELAKSANAPERUNTUKAN
2020Pavement Rumah BungkongMajlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS)RM300,000.00
2020Bina Baru Dewan Rh Francis Kiyai, SingatJabatan Kerja Raya (JKR)RM399,992.55
2020Pembinaan Benteng Hakisan Tebing Sungai Di Rh Mary Sungai Bidut SibuJabatan Saliran dan Pengarian (DID)RM335,000.00
2020Baikpulih Jalan Perkuburan Komuniti Passai Sepanjang 1.5KM di Jalan Teku Passai SibuJabatan Kerja Raya (JKR)RM249,102.95
2020Bina Baru Dataran Kejat di Kem RascomMajlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS)RM350,000.00
2020Menaiktaraf Sistem Perparitan Dan Jalan Raya Di Kampung HijrahMajlis Perbandaran Sibu (MPS)RM250,000.00
2020Penyelenggaraan Titi Belian Dan Jalan Simen Di Kampung-KampungJabatan Saliran dan Pengarian (DID)RM400,000.00
2020Naik Taraf Jalan Gravel Dari Rh Francis Kiyai, Ng. Singat, Sibu ke LadangJabatan Saliran dan Pengarian (DID)RM300,000.00
2021Menaiktaraf Pagar Tanah Perkuburan Islam, SibuMajlis Perbandaran Sibu (MPS)RM300,000.00
2021Membina Culvert di Kawasan DUN NangkaJabatan Saliran dan Pengarian (DID)RM350,000.00
Menara radar cuaca di Sibu
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article