- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Diiktiraf UNESCO Antara Pencapaian Terbesar Pustaka

Must read

Kejayaan yang diraih pada 8 September 2022 itu dilihat sebagai pencapaian terbesar apatah lagi ia merupakan program mendidik masyarakat sekali gus menunjukkan bahawa peranan Pustakawan dan Perpustakaan tidak terhad hanya kepada menyediakan sumber dan koleksi maklumat sahaja.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Tuan Haji Japri Bujang Masli ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Tuan Haji Japri Bujang Masli ketika ditemu bual oleh RAKAN Sarawak

Menurut beliau, PANDei adalah modul pembelajaran literasi digital yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2018 apabila Kerajaan Sarawak memperkenalkan Strategi Ekonomi Digital.

PNS telah diamanahkan untuk melaksanakan program digital inklusiviti atau keterangkuman digital supaya tidak ada masyarakat Sarawak yang tertinggal.

PNS telah dipilih sebagai pemenang hadiah Literasi UNESCO menerusi program PANDei

Meskipun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif ekonomi digital tetapi sekiranya masyarakat tidak tahu hendak menggunakannya, sudah pasti masyarakat tidak akan mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan.

Kerana itu, PNS telah diamanahkan untuk mengadakan program literasi digital untuk mengajar masyarakat menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh agensi-agensi Kerajaan Sarawak seperti S-Pay Global, Sarawak Gov dan sebagainya.

Pada tahun 2018, PNS mula melaksanakan program PANDei secara bersemuka, namun pencapaiannya agak terhad kerana pada satu-satu masa, mereka hanya boleh pergi ke satu tempat untuk mendidik 20 hingga 30 orang peserta sahaja.

Program PANDei yang diadakan secara bersemuka di Rumah Panjang Benjamin Angki, Kanowit

Oleh yang demikian, Pustaka telah membangunkan kaedah pembelajaran dalam talian menerusi e-learning dan setakat ini, lebih 80 ribu peserta telah mendapat manfaat daripada program PANDei menerusi e-learning.

Program PANDei yang dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah diadakan di seluruh negeri Sarawak meliputi kawasan Selatan, Tengah dan Utara dengan memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak

Selain SMA, Pustaka juga turut bekerjasama dengan pihak SAINS yang mengendalikan aplikasi S-Pay Global; Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dan sebagainya.

Program PANDei yang diadakan secara bersemuka di Rumah Panjang Richard Engking, Kapit

Kerjasama ini terjalin apabila berlakunya pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan beberapa Kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menganjurkan program, jadi mereka telah bekerjasama dengan Pustaka dengan memasukkan program mereka ke dalam modul PANDei.

Misalnya Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bekerjasama dengan PNS memasukkan modul latihan ke dalam modul PANDei untuk melatih pemandu-pemandu pelancong melalui pembelajaran dalam talian (e-learning).

Begitu juga dengan KPWK yang turut menyelitkan modul untuk melatih penerima-penerima program kebajikan melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi dan sebagainya ke dalam modul PANDei untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Jelas beliau, kerjasama dengan jabatan lain juga sedang dibincangkan, secara langsung ia telah menggambarkan bahawa program PANDei ini akan terus berkembang dengan adanya kerjasama daripada pelbagai Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Kita sedia maklum bahawa dalam tiga tahun kebelakangan ini, dua (2) tahun daripadanya adalah  tempoh waktu kita berdepan dengan pandemik COVID-19.

Dalam tempoh pandemik tersebut, antara kejayaan PNS yang lain ialah, menerima Anugerah Perpustakaan Paling Aktif daripada Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

Selain itu, Pustaka juga telah memenangi sembilan (9) anugerah lain daripada PPM dalam pelbagai bidang.

Pada awal pandemik COVID-19, PNS telah menggunakan kemudahan ‘makerspace’ untuk mencetak pelindung muka (face shield) menggunakan kemudahan mesin cetak 3D kerana pada masa itu, pelindung muka tersebut sukar didapati.

Pelindung-pelindung muka tersebut disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan seperti pasukan polis, pasukan tentera, bomba, doktor, jururawat dan sebagainya.

Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PNS telah memperkenalkan perkhidmatan ‘Book Bear’ khusus untuk pengguna perpustakaan yang ingin meminjam buku daripada perpustakaan memandangkan pada ketika itu, perpustakaan ditutup.

Perkhidmatan ‘Book Bear’ yang diperkenalkan semasa pandemik COVID-19

Pengguna boleh memilih sama ada untuk mendapatkan bahan dari perpustakaan untuk dihantar ke alamat mereka atau untuk diambil dari perpustakaan.

Perkhidmatan ‘Book Bear’ disediakan eksklusif untuk ahli perpustakaan PNS dan ahli perlu memasang aplikasi “Angka.sa2” daripada Google Play Store atau Appstore.

Pada pandangan Haji Japri, setakat ini, pencapaian yang paling signifikan dan terbesar adalah anugerah UNESCO kerana ia merupakan anugerah peringkat antarabangsa yang melibatkan penyertaan daripada seluruh dunia.

Sehubungan itu, PNS telah membangunkan 42 Pusat Komuniti Digital (DCC) di seluruh Sarawak menggunakan dana operasi.

Menurut beliau, kos untuk membangunkan sebuah DCC adalah sekitar RM300 ribu sehingga RM500 ribu dan kos setiap DCC adalah berbeza kerana ia melihat kepada keadaan perpustakaan tersebut.

Hal ini disebabkan kerana ada sesetengah bangunan mengalami keadaan yang teruk di mana ia perlu diperbaiki seperti atap bocor serta bangunan yang usang terutamanya di kawasan terpencil.

Bangunan perpustakaan desa di kampung-kampung kadang kala tidak kukuh menyebabkan ia perlu ditambah baik sebelum kemudahan-kemudahan ICT dimasukkan ke dalam DCC tersebut untuk menjamin keselamatannya.

Pustaka juga pernah menerima anugerah digital ekonomi daripada Kerajaan Sarawak pada tahun 2021 dan semua yang dinyatakan di atas antara pencapaian PNS semasa pandemik COVID-19.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article