- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

MEITD Terus Beri Tumpuan Terhadap Pembangunan Bakat

Must read

Di bawah program Upskilling for Deeptech and Future Skills, kumpulan sasar adalah individu yang sedang mencari kerja, pekerja yang kehilangan kerja, graduan universiti dan mereka yang tiada pendapatan tetap.

MEITD turut memberi tumpuan kepada pelajar untuk menguasai bidang kemahiran teknikal dan vokasional

Antara objektif program ini ialah;

  • Membantu industri mendapatkan pekerja yang berkredibiliti dan mempunyai kemahiran yang kompeten;
  • Memanfaatkan sumber tenaga kerja tempatan dalam pembangunan modal insan masa akan datang;
  • Membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan yang stabil dan menyumbang kepada ekonomi negara; dan
  • Membangunkan kapasiti pekerja melalui pendedahan kepada keperluan sebenar di industri.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) telah bekerjasama dengan MOSTI bagi melaksanakan Program tersebut di Sarawak dengan geran bernilai RM3 juta bagi melatih 500 peserta  dengan menyasarkan pewujudan sekurang-kurangnya 5,000 pekerjaan baru pada tahun 2022.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn ketika membentangkan penggulungan MEITD dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada 22 November 2022 (Selasa).

Menurut beliau, MEITD telah bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skill) untuk melaksanakan program tersebut.

MEITD bekerjasama dengan CENTEXS melaksanakan program Upskilling for Deeptech and Future Skills

Program tersebut telah dijalankan dari Ogos hingga Oktober 2022 melibatkan 500 peserta dan 141 syarikat tempatan dalam bidang latihan yang ditawarkan seperti berikut:

  1. Kemahiran Digital untuk Perniagaan (Digital Skills for Business);
  2. Aplikasi IOT dan Dron Asas (Basic IOT and Drone Application);
  3. Bangunan Pintar – Integrasi Sistem KNX (Smart Building – KNX System Integration);
  4. Keselamatan Siber (Cybersecurity);
  5. Teknologi Penyelenggaraan Kluster Elektronik Hibrid Automotif (Automotive Hybrid Electronic Cluster (HEC) Maintenance Technology);
  6. Kimpalan (Welding);
  7. Pakar Pemasangan Perkakasan Telekomunikasi (Telecommunication Hardware Installation Specialist);
  8. Pengenalan kepada Media Sosial dan Pemasaran Kandungan (Introduction to Social-Media and Content Marketing);
  9. Penerokaan & Pengeluaran Kejuruteraan Penggerudian (Exploration & Production (Upstream), Drilling Engineering); dan
  10. Pengenalan kepada Teknologi Imersif (Introduction to Immersive Technology).
Infografik yang menunjukkan secara ringkas tentang aplikasi IOT dan Dron Asas

Menyentuh tentang program pembangunan bakat, beliau memberitahu bahawa CENTEXS telah menawarkan 64 program dengan 81% daripada program ini turut menawarkan pensijilan industri antarabangsa.

Sejak penubuhan CENTEXS pada 1 Oktober 2014, CENTEXS telah melahirkan 3,155 graduan sehingga 2021 dan 94 peratus daripada graduan bekerja serta Akademi Digital CENTEXS telah dilantik sebagai Hab Kerjasama TVET di Sarawak untuk Ekonomi Digital oleh Majlis TVET kebangsaan.

Antara kursus kemahiran yang ditawarkan di CENTEX

Sehubungan itu, Akademi Digital CENTEXS telah dilantik sebagai Hab Kolaborasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sarawak untuk Ekonomi Digital oleh Majlis TVET Kebangsaan.

Memandangkan CENTEXS akan menjadi peneraju kepada institusi lain dalam latihan digital, beliau mengalu-alukan semua institusi untuk bekerjasama dengan CENTEXS dalam bidang TVET ini.

CENTEXS juga telah menceburi bidang baharu kelestarian alam sekitar dan dalam proses untuk mencapai pensijilan Bangunan Elektrik Pintar bagi kategori penjimatan tenaga.

Antara kursus kemahiran yang ditawarkan di CENTEX

Sementara itu, Sarawak Skills pula, yang merupakan sebuah institusi yang komited terhadap Pembangunan Bakat, mempunyai lapan kampus di seluruh Sarawak dengan jumlah enrolmen semasa seramai 2,600 pelajar.

Beliau memaklumkan bahawa MEITD sedang dalam perancangan membina pusat dan institusi latihan baharu, iaitu Kolej Latihan Automotif Lanjutan (AATC) di Kuching, Pusat Latihan Sri Aman Sarawak Skills dan Akademi Latihan Automotif Sibu (SATA).

MEITD bekerjasama dengan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skill) Upskilling for Deeptech and Future Skills

Pada tahun ini sahaja, Sarawak Skills telah berjaya melatih 2,300 pekerja di bawah program Peningkatan Kemahiran dan Kemahiran Semula.

Selain itu, Sarawak Skills juga telah berjaya mendaftarkan 450 graduan menganggur untuk Program Kemahiran Semula dan mengambil 1,500 lepasan SPM untuk mengikuti pelbagai program bermula dari Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga peringkat Sarjana Muda.

Berdasarkan rekod Sarawak Skills, kadar kebolehpasaran graduannya ialah 91 peratus dan baru-baru ini Sarawak Skills telah menerima dua anugerah sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam pembangunan modal Sumber Manusia iaitu;

  1. Anugerah Komuniti Sumber Manusia (HR), daripada Asia HRD Anugerah 2022; dan
  2. Anugerah Penyedia Latihan TVET Terbaik (Latihan Industri Kategori) daripada Anugerah Pendidikan dan TVET Malaysia 2022.

Beliau menyifatkan CENTEXS dan Sarawak Skills telah menunjukkan prestasi yang boleh dicontohi dan beliau berharap, akan lebih banyak permintaan untuk membangunkan institusi TVET sama ada dalam menubuhkan kampus cawangan mereka di seluruh Negeri atau memperkenalkan lebih banyak kursus kandungan setempat.

Kedua-dua institusi ini akan terus menjalankan program mendekati komuniti untuk memenuhi keperluan masyarakat luar bandar.

Bagi memenuhi keperluan semasa latihan teknikal di kalangan belia, beliau menyeru belia untuk mendaftar di institusi awam yang berhampiran seperti GiatMARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran MARA, Kolej Komuniti dan sebagainya.

Lawatan Delegasi MEITD Sarawak ke Yayasan Inovasi Malaysia
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article