- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SAINS : Memperteguhkan Proses Pembangunan Digital

Must read

SAINS telah memenangi tempat ketiga di dalam Anugerah Key Focus Acitvity(KFA) pada tahun 2021 dengan projek “To Implement a Security Monitoring Centre for the Sarawak State Government”.

Projek KFA ini memperteguhkan proses pembangunan digital dalam sistem Kerajaan Sarawak dengan menyediakan perkhidmatan “security monitoring center.” 

Perkhidmatan ini bagi mengawal dan melindungi aset digital Kerajaan Sarawak dengan lebih cekap dan sistematik dengan teknologi baharu yang berfungsi sebagai “Monitor, Detect and response.”

Pelaksanaan projek ini selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan PCDS 2030 dengan menjadikan ekonomi digital antara penggerak utamanya dan kerana itu adalah wajar keutamaan diberikan dalam mempertingkatkan keselamatan siber.

Menurut Ketua bagi projek ini, Encik Dan Fadalini, dengan penghasilan projek ini, SAINS telah berupaya mengenal pasti tiga (3) ancaman keselamatan siber terhadap Sarawak dalam tempoh dua (2) tahun ini (2020-2021) iaitu pada Disember 2020, Web Defacement Attack on MyGOV*NET agencies, manakala, Januari 2021 “Anonymous Malaysia Cyberattack Against Malaysian Government Websites” dan Mei 2021, “Cyber Threats To Online Systems in Malaysia opsbedil £opsisrael.

Encik Dan Fadalini merupakan Ketua Kumpulan KFA untuk Projek “To Implement a Security Monitoring Centre for the Sarawak State Government ”

Kejayaan diperoleh oleh SAINS dalam projek ini adalah difokuskan dengan enam (6) faktor utama iaitu penggunaan teknologi yang terkini, menekankan pemindahan data secara efektif, mengutamakan kepentingan keselamatan siber dalam pembangunan sumber manusia, penyepaduan yang mudah untuk kemudahan pengguna.

Pelan hala tuju Security Monitoring Center yang memiliki tiga komponen yang perlu dititik beratkan dari sudut kualiti dan peningkatan teknologi

Lebih menarik, sistem yang diterapkan untuk Kerajaan Sarawak ini adalah seiring dengan piawaian ISO 27001 yang merupakan sistem persijilan bertaraf antarabangsa yang boleh menjamin kelestarian dan keselamatan pengurusan maklumat dan informasi.

Encik Dan juga menambah, peningkatan mahupun pembaharuan di dalam sistem ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana untuk mempertingkatkan dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tertentu dalam sistem yang perlu diinovasikan selari dengan keadaan semasa.

Hasilnya, dapat dilihat melalui empat (4) kategori pada sistem Kerajaan Sarawak pada masa kini iaitu dengan produktiviti yang disediakan oleh pihak SAINS bagi memastikan melindungi dan mengurangkan gangguan daripada serangan siber.

Di antara sistem yang dihasilkan oleh pihak SAINS dalam membantu mempertingkatkan sistem kerajaan selain daripada Projek KFA, ini adalah seperti Integrated Service Management (ISM) yang berupaya untuk menyatukan rakyat dan kerajaan di dalam sistem untuk kemudahan masing-masing

Selain itu, menurut COO, Encik Busiai Seman, SAINS amat komited untuk menyediakan sistem terbaik dan berkualiti untuk kepuasan pengguna, seperti mana  dapat dilihat dengan projek ini.

Hal ini demikian kerana, SAINS sentiasa mengkaji dan membuat peningkatan yang berterusan untuk memastikan sistem berjalan dengan lancar seiring dengan keperluan industri dan situasi semasa.

Di samping itu, kemudahan untuk pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk mengukur dan memantau urusan teknikal dalam metering berbentuk aplikasi iaitu Advanced Metering Infrastructure
Usaha SAINS berkolaborasi bersama Majlis Bandaraya Miri bagi aplikasi Miri Smart City yang bertujuan untuk mempertingkatkan sistem pelancongan dan menjadi bandar pintar yang boleh diakses dengan satu aplikasi sahaja

Sistem ini akan sentiasa dipertingkatkan kualitinya untuk memudahkan pengguna. Pihak SAINS juga  menyediakan tindakan lanjut ke atas projek ini dengan menyediakan pelan hala tuju untuk sistem.

Menurut Encik Mohd Zaki Yamani, ahli bagi kumpulan ini, pelan hala tuju sistem ini pada masa akan datang dibahagikan dalam tiga (3) komponen iaitu untuk sentiasa mengemaskini teknologi dalam sistem mengikut kesesuaian peringkat dan masa.

Encik Mohd Zaki Yamani merupakan ahli kumpulan KFA untuk Projek “To Implement a Security Monitoring Centre for the Sarawak State Government ” menerangkan proses perjalanan sistem ini dipantau dan dipertingkatkan

Dalam pada itu, Encik Dan menyatakan strategi atau prosedur projek ini masih dikekalkan kerana sistem ini masih baharu dan teknologi yang digunakan masih beroperasi dengan lancar.

Namun begitu, sekiranya terdapat perubahan ataupun isu yang timbul di dalam projek ini, strategi atau prosedur yang diinovasikan oleh pihak Sains mengikut lapan (8) turutan proses teras yang disediakan.

Lapan proses teras yang perlu dijalani sekiranya terdapat isu mahupun berlaku perubahan pada sistem bagi memastikan sistem ini sentiasa selamat digunakan oleh pengguna
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article