- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program BizFrancais Menggalak Usahawan Menceburi Perniagaan Francais

Must read

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia.

Francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran berdasarkan hubungan dua pihak iaitu francaisor (pemilik dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak).

PNS juga berperanan di dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais.

Salah satu objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkan produk tersebut hingga ke luar negara.

Sehubungan itu, PNS dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menganjurkan Program BizFrancais di Sarawak pada tahun 2019.

ntara agensi kerajaan yang menjadi peneraju dalam perniagaan francais di Malaysia

Program tersebut bertujuan untuk mengenal pasti dan menggalakkan usahawan serta bakal usahawan bumiputera Sarawak untuk menceburi perniagaan francais selain menjadi platform sebagai pemuda cara perniagaan yang bakal dijalankan pada masa hadapan.

Melalui program ini, PNS akan mengenal pasti, mewujudkan dan membangunkan usahawan-usahawan yang mempunyai produk dan perkhidmatan dengan menggunakan pendekatan pemasaran moden, kos pembangunan yang rendah serta teknologi baharu dan terkini.

Program sebegini adalah satu bentuk program transformasi perniagaan untuk para usahawan kecil menjadi lebih kompetitif dan sistematik dalam menjalankan perniagaan agar dapat menjana lebih keuntungan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif.

Program ini juga turut melatih para usahawan agar mampu berdaya saing di pasaran dan seterusnya akan mendorong mereka untuk membangunkan perniagaan mereka ke arah francais.

Ezora Biz telah melebarkan perniagaan dengan membuka cawangan di Kota Samarahan

Program yang disertai 500 orang peserta itu turut membawa 16 jenama francais sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PNS.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pembiayaan perniagaan, taklimat perniagaan, pameran jualan, forum perniagaan, klinik perniagaan, sesi perkongsian bersama jenama-jenama francais terkenal dan sebagainya.

Program sebegini sudah pastinya akan memberi impak positif kepada rakyat Sarawak khususnya usahawan bumiputera dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article