- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pasukan Penyelamat Pantai Telok Melano

Must read

Pasukan Penyelamat Pantai Telok Melano mula beroperasi pada 1 Januari 2023.

Pasukan ini terdiri daripada Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam dari penduduk Kampung Telok Melano di bawah seliaan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Lundu/Sematan.

Pasukan Penyelamat Pantai Telok Melano akan memantau keselamatan perairan Telok Melano

Lokasi Telok Melano merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancongan sama ada dari dalam atau di luar Daerah Lundu/Sematan.

Dengan adanya kehadiran petugas Penyelamat Pantai ini juga dapat memastikan keselamatan orang awam yang berkunjung di sini selamat dan selesa.

Rondaan sebahagian daripada rutin Pasukan Penyelamat Pantai

Pada masa yang sama, orang awam yang berkunjung di Pantai Telok Melano juga dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa peka dengan arahan petugas penyelamat pantai.

Dengan memiliki kekuatan 12 orang anggota, kumpulan Pasukan Penyelamat Pantai Telok Melano ini akan memulakan tugas dari jam 8 pagi hingga 6 petang dengan empat (4) orang petugas setiap hari.

Pemilihan anggota petugas pasukan ini perlu memenuhi beberapa kriteria seperti mestilah seorang anggota sukarelawan awam yang telah  mengikuti Kursus Asas Pertahanan Awam.

Pasukan Penyelamat Pantai telah melepasi saringan kemahiran dan fizikal yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh jurulatih semasa latihan/kursus penyelamat pantai
Salah satu sesi latihan petugas Pasukan Penyelamat Pantai
Petugas yang telah pun melengkapkan latihan/kursus penyelamat pantai selama lima (5) hari di Telok Melano

Anggota tersebut juga mestilah tamat dan melepasi saringan kemahiran dan fizikal yang berkaitan yang telah di tetapkan oleh jurulatih semasa Latihan/kursus penyelamat pantai selama lima (5) hari.

Para petugas yang telah dipilih untuk bertugas akan di beri taklimat SOP PENYELAMAT PANTAI sebelum memulakan penugasan sebagai penyelamat pantai.

Selain Pasukan Penyelamat Pantai Telok Melano merupakan Pasukan Penyelamat Pantai ketiga yang ditubuhkan, dua lagi pasukan penyelamat juga telah ditubuhkan di Damai Beach dan Esplanade, Miri.

Sentiasa bersiapsiaga untuk sebarang kemungkinan yang berlaku

Berdasarkan statistik yang diperolehi oleh Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, pada tahun lepas (2022), bagi Pasukan Penyelamat Pantai Damai Beach telah menyelesaikan 9 kes. Kes tersebut merangkumi kemalangan sukan pantai (KSP) (1 kes) dan Rawatan Luka Ringan (8 kes) dengan sumber maklumat daripada orang ramai.

Bagi Pasukan Penyelamat Pantai Esplanade, Miri pula telah menyelesaikan tujuh (7) kes iaitu lima (5) kes sengatan obor-obor, masing-masing satu (1) kes Rawatan Luka Ringan dan lain-lain kes. Sumber kejadian diperolehi daripada orang awam.

Orang ramai yang berkunjung ke pantai perlulah berhati-hati dan berwaspada dengan perubahan cuaca dan arahan daripada petugas pantai
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article