- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jambatan Batang Saribas dan Sungai Krian Melengkapkan Jaringan Pesisir Pantai

Must read

Pembinaan Jambatan Saribas sepanjang 1.55 kilometer dengan kos RM496 juta dan Jambatan Sungai Krian sepanjang 300 meter dengan kos RM174 juta bakal melengkapkan jaringan yang terputus sepanjang jalan pesisir termasuk kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Maludam, Kabong, Bintulu dan Miri.

Dengan siapnya kedua-dua jambatan berkenaan kelak, tiada lagi perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan pesisir pantai dari Kuching ke Sibu menjelang tahun 2024.

Menurut Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari in Tun Datuk Abang Haji Openg, projek pembangunan infrastruktur tersebut ialah usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memantapkan lagi sistem perhubungan utama di negeri ini seterusnya memberi keselesaan kepada masyarakat di kawasan pesisir pantai.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari in Tun Datuk Abang Haji Openg ketika meninjau perkembangan pProjek Jambatan Batang Saribas dan Batang Krian di Spaoh, Saratok

Kerajaan Sarawak telah berjaya membina dan menyiapkan tiga buah jambatan (Jambatan Batang Sadong RM231 juta, Jambatan Sungai Rimbas RM48 juta dan Jambatan Batang Samarahan RM120 juta) di sepanjang jalan ini yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM399 juta.

Pembinaan jambatan di sepanjang jalan pesisir ini telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 (Sg Rimbas 60,728, Batang Sadong 50,000 dan Batang Samarahan 70,000) orang.

Jelas Premier Sarawak, Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Sungai Krian juga merupakan usaha positif Kerajaan Sarawak dalam misi melonjakkan lagi taraf sosioekonomi penduduk kawasan pesisir pantai.

Pembinaan projek Jambatan Batang Saribas dan Jambatan Batang Krian dijangka siap dalam tempoh empat (4) tahun.

Perkhidmatan feri merupakan antara pengangkutan penting yang menghubungkan kawasan pesisir
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article