- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

LANDAS Summit 2023, Ketengahkan Pencapaian dan Pendekatan Memperkasakan  Perancangan

Must read

Landas Summit merupakan program di dalam kalendar tahunan Jabatan Tanah dan Survei yang dianjurkan setiap suku tahun pertama untuk dijadikan platform pertemuan pegawai-pegawai kanan demi memantapkan kapasiti serta mengutuhkan kerjasama.

Premier Sarawak menegaskan skop tugas Jabatan Tanah dan Survei perlu seiring dengan perubahan polisi Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi baharu (Foto : LANDAS (Land and Survey Sarawak)

Paling penting, LANDAS Summit turut membincangkan pencapaian tahun sebelum serta memperkukuhkan perancangan dan pelaksanaan untuk tahun berikutnya, bersesuaian dengan saranan perkhidmatan awam Sarawak ke arah  3R iaitu Revisit, Rethink, Recharge.

Demikian jelas Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi sewaktu menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023.

Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi memperincikan pencapaian Jabatan Tanah dan Survei sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023 (Foto : LANDAS (Land and Survey Sarawak)
Beberapa acara sampingan turut diadakan pada majlis tersebut yang merupakan platform pertemuan pegawai-pegawai kanan demi memantapkan kapasiti serta mengutuhkan kerjasama (Foto : LANDAS (Land and Survey Sarawak)

Mengenai pencapaian Jabatan Tanah dan Survei, menurut beliau pada tahun 2022, seluas 77,993 hektar tanah telah diukur merangkumi 22,627.58 kilometer jaraknya.

Jumlah tersebut melibatkan projek-projek infrastruktur jalan raya, jajaran bekalan elektrik dan air, jajaran ART, serta pewujudan tapak bagi menara-menara komunikasi.

Manakala bagi pengukuran tanah NCR khususnya Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, seluas 1.154 juta hektar (2,853,701 ekar) telah diukur secara kumulatif sehingga 31 Januari 2023 bulan lepas.

Beliau menekankan bahawa kerja-kerja pengukuran ini penting sebagai langkah pemula yang penting di dalam mana-mana pembangunan infrastruktur asas dan untuk mengimbangi permintaan rakyat agar kerja pengukuran tanah NCR untuk Seksyen 6 dan Seksyen 18 dipercepatkan.

Bagi menanganinya, kumpulan kerja ukur lapangan masing-masingnya 120 pasukan dari Jabatan Tanah dan Survei dan 120 daripada juruukur berlesen yang terdiri daripada 1200 personel (dengan nisbah 1:5) bergabung untuk menyelesaikan agihan tugas pengukuran berdasarkan keutamaan-keutamaan yang telah ditetapkan.

Hasilnya, melalui pendekatan 3C, (i) communicate with fact and figure, (ii), communicate with the clear understanding and agreement on the needs and priority and (iii), communicate with follow up action and fast implementation with respect telah merekodkan pencapaian 99% pengukuran dan pengambilan balik tanah yang dipantau melalui LAPI (land acquisition progress indicator).

Pada tahun 2022 sahaja, tidak kurang daripada 575 projek infrastruktur bernilai dana lebih kurang RM1.5 bilion diuruskan oleh Jabatan.

Jika ditinjau dari segi infrastruktur telekomunikasi, menurut beliau sejumlah 2,124 tapak menara diluluskan merangkumi 636 projek JENDELA, 600 SMART, 140 projek clawback, dan 748 struktur 5G.

Sejumlah 2,124 tapak menara diluluskan merangkumi 636 projek JENDELA, 600 SMART, 140 projek clawback, dan 748 struktur 5G

Kelulusan tersebut jelas beliau merangkumi kebenaran untuk memulakan pembinaan awal dengan memastikan development control standard dipatuhi.

Menurut beliau setakat ini tahun 2023, sebanyak 729 projek sudah ada di dalam tangan dengan nilai projek lebih kurang RM1.785 bilion.

Pihak Jabatan Tanah dan Survei menyedari bahawa keperluan untuk menambah tenaga teknikal ukur amat mendesak untuk menyempurnakan amanah kerja pengukuran ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak kerana telah meluluskan 467 personel pelbagai peringkat untuk direkrut bersama sebagai penyelesaian jangka pendek kepada cabaran kekurangan sumber manusia.

Sebagai perancangan jangka panjang ialah menggabungkan strategi bersama Jabatan Tanah dan Survei, Land Surveyors Board, The Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS), Centex, Yayasan Sarawak dan Pejabat Premier untuk mewujudkan lulusan sijil juruteknik ukur bagi menampung keperluan berkenaan di pasaran kerja tempatan dengan bermula Mac ini seramai 30 orang pelajar akan memulakan pengajian mereka di Centex.

Premier Sarawak dan tetamu kenamaan ‘dibawa’ menaiki replika ‘Autonomous Rail Rapid Transit’ (ART) yang dibina khas semasa majlis tersebut (Foto : LANDAS (Land and Survey Sarawak)
Acara simbolik pemotongan kek sempena Ulang tahun 105 Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Foto : LANDAS (Land and Survey Sarawak)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article