- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

61 SPK dan SPS Diluluskan Dalam RMKe-12

Must read

Dalam Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12), sebanyak 61 Skim Pembesaran  Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) dengan anggaran 7,100 lot kediaman telah pun diluluskan untuk pelaksanaan di Sarawak yang akan menelan belanja RM954 juta .

Skim Pembesaran Kampung Nelayan, Mukah 1

Manakala bagi tahun 2022 sahaja, sebanyak 17 SPS dan SPK diluluskan dengan anggaran 2,328 lot kediaman melalui projek rakyat dengan dana RM435 juta.

Demikian jelas Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi sewaktu menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023.

Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi sewaktu menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Makan Malam LANDAS Summit 2023.

Sambil menegaskan bahawa terdapat peningkatan tiga (3) kali ganda siling peruntukan bagi melaksanakan jumlah projek tersebut jika dibandingkan sejak permulaan pelaksanaan SPS dan SPK ini di dalam RMK-9.

Ini menurut beliau adalah kerana polisi baharu cetusan YAB Premier Sarawak dengan menambah baik spesifikasi infrastruktur asas SPS dan SPK kepada jalan berturap, parit konkrit dan lot yang dibersihkan dan ditembok.

Skim Pembesaran Kampung Sadong Jaya, Samarahan 1
Skim Pembesaran Kampung Tebakang (Fasa 1), Serian A1

Bukan itu sahaja dari segi pelaksanaan Jabatan Tanah dan Survei dengan agensi pelaksana yang lain iaitu HDC dan LCDA serta Mutiara Mortgage and Credit melancarkan satu pendekatan baharu dikenali sebagai  3 in 1, iaitu lot + rumah + pinjaman kewangan.

Majlis Menandatangani MoU di antara JTS yang diwakili oleh Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, YBhg Datu Abdullah bin Julaihi dan MYSA yang diwakili oleh Ketua Pengarah MYSA Azlikamil
Acara simbolik pemotongan kek sempena Ulang tahun 105 Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article