- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Anugerah Inovasi Premier Sarawak 2022, Pengiktirafan Paling Berprestij SCSICA

Must read

Anugerah Inovasi Premier Sarawak 2022 merupakan Anugerah paling tinggi dan berprestij dan kemuncak dalam penganjuran Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2022.

Anugerah ini diperkenalkan adalah bagi  mengiktiraf projek atau produk inovasi Kumpulan Innovative and Creative Circle (ICC)  yang telah dipertandingkan semasa konvensyen (SCSICA 2022) peringkat akhir. Semua projek/produk finalis akan dinilai menerusi penarafan bintang.

Hanya kumpulan ICC yang mendapat skor penarafan bintang tertinggi sekurang-kurangnya 90% dan atas layak sebagai penerima anugerah berprestij ini dengan pengiktirafan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak mengulangi kejayaan tahun lepas apabila sekali lagi menjadi johan Anugerah Inovasi Premier Sarawak SCSICA 2022

Pada SCSICA 2022 yang diadakan pada 17 hingga 19 Oktober 2022 lepas, Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sekali lagi menjadi johan Anugerah Inovasi Premier Sarawak pada majlis SCSICA 2022.

Kumpulan tersebut membentangkan projek bertajuk ‘Permohonan Loss of Title Yang Mengambil Masa Yang Lama’ berjaya membawa kumpulan berkenaan mengulangi kejayaan sama yang diraih pada SCSICA tahun lepas.

Tajuk Projek Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Naib johan dimenangi kumpulan FIVE’02 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dengan projek bertajuk ‘Kelewatan Proses Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam Negeri Sarawak.’

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan LABOUR ULTRA dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak dengan projek bertajuk ‘Pengurusan Kes Buruh Yang Kurang Sistematik’.

SCSICA 2022 telah berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2022 yang menyaksikan pembentangan projek oleh 43 buah ICC dari jabatan dan agensi negeri dan persekutuan di seluruh Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, 38 kumpulan telah mewakili jabatan dan agensi negeri dan lima (5) kumpulan mewakili jabatan dan agensi persekutuan.

Objektif SCSICA adalah bagi berkongsi idea dan cadangan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sedia yang lebih inovatif dan cekap.

Sepanjang “SCS Transformation Journey” sejak 2010 sehingga terkini 2022 sebanyak sejumlah 809 projek / produk inovasi telah dihasilkan oleh Kumpulan ICC dalam kalangan Agensi Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan Sarawak.

Sesi bergambar kesemua pemenang anugerah SCSICA 2022 bersama tetamu-tetamu kehormat

Fakta Menarik

Kumpulan SASSOKU TECH dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah meraih Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak bagi Kategori Agensi Negeri untuk dua (2) tahun berturut-turut pada SCSICA 2021 melalui projek bertajuk ‘Kaedah Penentuan dan Pemantauan Isi Padu Tanah Untuk Lesen Memindah Bahan Batuan Tanah Yang Kurang Efisyen’ dan menjadi Johan pada SCSICA 2022 melalui projek ‘Permohonan Loss of Title Yang Mengambil Masa Yang Lama.’

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article