- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

JPN Kapit Anjur Program MEKAR di Sang Anau

Must read

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bahagian Kapit telah melaksanakan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Uma Baha, Sang Anau.

Program lima (5) hari iaitu mulai 20  sehingga 24 Februari itu bertujuan memudahkan urusan kira-kira 300 orang penduduk di kampung berkenaan dalam urusan dokumen pengenalan mereka.

Menurut wakil Pegawai JPN Bahagian Kapit, Encik Morrison Sunex, antara urusan yang disediakan oleh kaunter bergerak adalah penukaran alamat serta permohonan kad pengenalan kali pertama bagi kanak-kanak yang telah berusia 12 tahun ke atas.

Petugas Pejabat Pendaftaran, Morrison Sunex ketika memberikan taklimat berkaitan tugas Pejabat Pendaftaran dan Perkhidmatan yang diberikan semasa program MEKAR

Ketua Kampung Uma Baha, Encik Enyonmos Ngang menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat dalam program ini kerana telah menawarkan perkhidmatan kepada penduduk di kampung beliau.

Ketua Kampung Uma Baha, Sang Anau Enyonmos Ngang ketika memberikan ucapan aluan pada program MEKAR

Beliau mewakili penduduk kampung menyatakan rasa syukur dan gembira kepada agensi yang telah bersusah-payah datang tempat mereka kerana penduduk kampung dapat menjimatkan kos dan masa untuk ke bandar Kapit bagi menyelesaikan urusan rasmi mereka.

Ketua Masyarakat setempat, Penghulu Robinson Oyo Lawai juga menyeru penduduk Sang Anau agar terus memberikan kerjasama kepada kerajaan agar pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah.

Penghulu Robinson Oyo memberikan ucapan dan penjelasan berkaitan perjalanan program MEKAR

Dalam pada itu, Jabatan Penerangan Kapit turut mengadakan pameran mini dan ceramah ringkas mengenai pencegahan penyakit rabies, pendaftaran pengundi secara automatik serta kepentingan menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Kakitangan JaPen Kapit mengedarkan risalah kepada penduduk Kampung Uma Baha, Sang Anau

Turut hadir bersama-sama dalam program itu bagi menjelaskan isu-isu berkaitan pentadbiran pejabat daerah ialah wakil Pegawai Daerah Bukit Mabong, Encik Ricky Endu.

Artikel dan foto dikongsikan oleh Jabatan Penerangan Kapit

Petugas JPN sedang memeriksa dokumen penduduk Kampung Uma Baha, Sang Anau
Petugas JPN menyemak dan memproses maklumat penduduk Kampung Uma Baha, Sang Anau
Petugas JPN membantu mengambil cap jari secara imbasan digital
Salah seorang penduduk kampung Uma Baha, Sang Anau yang hadir untuk memperbaharui kad pengenalannya teruja mengambil gambar kad pengenalan baharu
Antara sorotan gambar semasa Program MEKAR JPN
Kakitangan JaPen Kapit mengedarkan risalah kepada penduduk Kampung Uma Baha, Sang Anau
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article