- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

PMS Menyantuni Warga Sadong Jaya dan Simunjan

Must read

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya, Pejabat Daerah Simunjan dan Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya telah mengadakan Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) di Sadong Jaya dan Simunjan.

MCS merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan-perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di suatu lokasi yang dikenal pasti.

Inisiatif ini amat sesuai bagi menyantuni penduduk setempat sejajar dengan inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyampai dan menyebarluas perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diperlukan khususnya kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman.

Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) telah di Dataran Panggung Sadong Jaya pada 24 Februari 2023 (Jumaat) dan di Dewan Mesra Simunjan pada 26 Februari 2023 (Ahad)

Program MCS merangkumi empat (4) komponen utama iaitu;

  1. Menyediakan perkhidmatan utama kerajaan (program asas pertanian, kesihatan dan kerjaya).
  2. Menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika (pendaftaran syarikat).
  3. Menyediakan platform untuk membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran (kemudahan pinjaman, bantuan ibu tunggal dan warga emas).
  4. Memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan.
Penduduk di Sadong Jaya memanfaatkan bank bergerak Agro Bank yang disediakan semasa berlangsungnya Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) untuk mengeluarkan duit masing-masing

Antara agensi yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat semasa program MCS di Sadong Jaya dan Simunjan ialah;

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak; Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak; Jabatan Perangkaan Sarawak; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak; Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Sarawak dan sebagainya.

Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan turut mengambil bahagian dalam Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak yang diadakan di Sadong Jaya dan Simunjan bagi memperkenalkan perkhidmatan berkenaan program asas pertanian kepada para pengunjung
Pelbagai agensi hadir untuk memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menyediakan saringan kesihatan secara percuma seperti Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI); Pemeriksaan Tekanan Darah; Pemeriksaan Darah Kolesterol; dan Pemeriksaan Darah Glukosa
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menyediakan Perkhidmatan Saringan Kesejahteraan iaitu kaunseling serta perkahwinan kepada orang ramai sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS)
Jabatan Pertanian Bahagian Samarahan turut mengambil bahagian dalam Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak yang diadakan di Sadong Jaya dan Simunjan bagi memperkenalkan perkhidmatan berkenaan program asas pertanian kepada para pengunjung
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu (LDL, CDL, GDL, PSV); Memperbaharui Cukai Jalan (LKM); Pemeriksaan Motosikal (LKM) tamat tempoh lebih daripada tiga (3) tahun; Pembayaran saman (tidak termasuk senarai hitam); Pertanyaan maklumat kenderaan dan lesen memandu; dan Urusniaga secara tanpa tunai
Pengunjung MSC diberi penerangan tentang pemeriksaan kesihatan (tekanan darah) di reruai Jabatan Kesihatan
Amanah saham Nasional Berhad (ASNB) turut membuka kaunter bagi memberi perkhidmatan kepada orang ramai
Pegawai Amanah saham Nasional Berhad (ASNB) membantu pengunjung menyemak penyata ASNB mereka
Wajah ceria kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sempena Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article