- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkhidmatan Komuniti Bergerak Platform Bantu Kumpulan Sasaran Luar Bandar

Must read

Inisiatif kerajaan dengan adanya Perkhidmatan Komuniti Bergerak kini telah memudahkan pengguna termasuk pengguna luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan awam secara terus.

Berkesempatan menemu ramah beberapa komuniti yang berada di Simunjan bagi memperoleh maklumat pembangunan kemudahan perkhidmatan kerajaan di Daerah Simunjan sewaktu di Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak di Simunjan.

Encik Baki ak Lemu merupakan KK Kampung Sual, Simunjan dan beliau berpendapat Simunjan jika dibandingkan dengan dahulu, kini jauh berubah terutama dari segi infrastruktur jalan yang terdapat di Simunjan.

Encik Baki ak Lemu, KK Kampung Sual, Simunjan seorang bekas pencen tentera di Semenanjung memaklumkan Simunjan kini lebih banyak kemudahan daripada zaman dahulu

Tambah, Encik Baki lagi, dari segi perkhidmatan kerajaan pula, berurusan dengan pihak kerajaan kini lebih mudah jika dibandingkan dengan dahulu jika yang perlu menggunakan pengangkutan yang sukar diakses.

Dengan adanya kemudahan dalam talian, pemprosesan dokumen mengambil masa hanya beberapa minit.

Pada pandangan Encik Baki, perancangan penambahbaikan hospital di Simunjan wajar dinaiktaraf kerana hospital Simunjan merupakan hospital lama dan ia perlu untuk keselesaan pengguna dan penduduk Simunjan yang semakin bertambah.

Simunjan memiliki akses yang terhad untuk pengambilan wang dengan jumlah penduduk Simunjan yang ramai mereka hanya bergantung pada Agrobank dan e-bank rakyat.

Menurut Encik Reni b. Yusup (70), merupakan bekas pegawai pertanian di pejabat pertanian Simunjan dan kini Ketua Kaum Kg Sekundu Melayu, Simunjan, berpendapat, kemudahan mesin ATM perlu ditambah di Simunjan.

Penduduk di sini hanya bergantung kepada dua (2) buah mesin ATM berkenaan sahaja di mana, bank ini akan sesak pada ketika hari gaji serta musim perayaan.

Tambah Encik Reni, sekiranya sudah kehabisan wang di bank Simunjan, mereka perlu turun ke Kota Samarahan jika terdesak ataupun perlu tunggu dalam dua (2) ke tiga (3) hari untuk mengambil wang di mesin ATM di sini.

Encik Reni b. Yusup (70), merupakan pesara dan pernah bertugas di Pejabat Pertanian Simunjan dari Kampung Sekundu Melayu menyatakan kemudahan yang ada di Simunjan adalah baik termasuk sistem air dan perparitan namun perlu diusahakan untuk penambahan perbankan

Di samping itu, pendidikan perlu dititikberatkan untuk menjamin masa depan anak muda di Simunjan bukan sahaja dari pendidikan berbentuk teori malah dari segi pendidikan teknikal juga penting mengikut kesesuaian tempat.

Kerajaan perlu merancang menubuhkan pusat pendidikan vokasional yang spesifik mengikut kesesuaian dengan pertumbuhan ekonomi di sini.

Bagi Encik Shebli bin Taib (57) yang merupakan seorang anggota RELA yang berasal dar Kampung Nanas, Simunjan, beliau menyatakan, Simunjan perlu juga mewujudkan pusat pendidikan vokasional seperti Giat Mara untuk anak-anak belia mereka.

Tambahnya lagi, anak-anak belia di luar bandar juga perlu diambil perhatian untuk pendidikan mereka di sini dan mereka boleh memajukan tempat kelahiran mereka sendiri dengan pendidikan dan kemahiran yang bersesuaian.

Katanya lagi, jika semua anak belia ke bandar, siapakah lagi yang akan meneruskan kelangsungan hidup dan pembangunan di kampung dan sekiranya ramai anak belia di sini mahu meneruskan dalam pekerjaan di ladang sawit, mereka juga perlu memiliki sijil yang diiktiraf untuk masa depan mereka.

Encik Shebli b. Taib (57) merupakan anggota RELA dari Kampung Nanas, Simunjan telah berkhidmat sebagai anggota Rela selama 27 tahun yang mencadangkan pusat Giat Mara perlu wujud di Simunjan untuk anak belia

Di sini dapat dilihat betapa perhatiannya ibu bapa di luar bandar terhadap pendidikan anak-anak mereka untuk masa depan anak-anak mereka mengikut kesesuaian dan kehendak sosioekonomi di Simunjan.

Aspek perkhidmatan di Simunjan kini semakin baik, menurut puan Forzarita bt Ambi (38) ibu kepada Putera Shaahmin Najrul b. Jamdiar (13) dan Puteri Ellizhsya Hasna (2) kebaikan adanya platform ini di Luar Bandar adalah memudahkan urusan komuniti untuk berurusan terutama sekali urusan dokumentasi untuk membuat kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Forzarita bt Ambi (38) ibu kepada Putera Shaahmin Najrul bin Jamdiar (13) dan Puteri Ellizhsya Hasna (2) yang telah mendapatkan perkhidmatan Bas Jabatan Pendaftaran bergerak untuk urusan MyKAD dan sijil kelahiran
Putera Shaahmin Najrul bin Jamdiar (13) pengunjung di Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak di Simunjan untuk membuat MyKAD

Tambah beliau, urusan kad pengenalan anaknya begitu mudah dan cekap dilakukan di platform ini dan hanya perlu menunggu ke pejabat Daerah Simunjan untuk mengambil dokumen yang telah siap sahaja dalam masa satu (1)  atau dua (2) minggu.

Beliau memaklumkan, platform ini amat bagus untuk diteruskan kerana ianya diusahakan pada hujung minggu di mana ramai penduduk di kawasan seperti ini hanya terluang pada hujung minggu sahaja dan masa ini juga jika diberikan kesempatan untuk mereka selesaikan urusan peribadi pada hujung minggu.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan bergerak ini perlu ditambah baik lagi dengan kelengkapan yang lebih lengkap dan sistematik untuk kemudahan pengunjung.

Menurut beliau lagi, perkhidmatan bergerak ini perlu dilakukan di seluruh daerah di Sarawak bagi memudahkan penduduk luar bandar berkunjung dan membawa dokumen bersama untuk mendapatkan khidmat secara terus.

Seterusnya, impak terbesar boleh lihat adalah kesedaran komuniti, terutama terhadap kesihatan wanita, di mana ramai wanita di luar bandar sudah mulai mengambil berat tentang kesihatan wanita terutama sekali isu kanser wanita seperti kanser payudara serta kanser pangkal rahim.

Menurut pegawai LPPKN yang bertugas Puan Norfaezah bt Alias (42) perkhidmatan yang diberikan oleh LPPKN selain pap smear, termasuk juga memperkenalkan dan memberi perhatian kepada isu wanita.

Beliau juga memaklumkan ramai wanita di luar bandar kini ramai peka tentang kesihatan wanita bukan sahaja kesihatan pap smear, malah mendaftar juga untuk membuat mammogram serta HPV/DNA dan program ini di bayar sepenuhnya oleh kerajaan sekiranya mendaftar di LPPKN.

Pengunjung yang mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai LPPKN tentang perkhidmatan dan nasihat yang ditawarkan oleh LPPKN

Tambah beliau, atas usaha dan inisiatif perkhidmatan awam bergerak ini, ramai komuniti luar bandar kini peka akan kesihatan wanita mereka di mana, dari sekitar 8:30 -11 pagi pada 26 Feb 2023 pada hari Program Khidmat Bergerak di Simunjan, seramai tujuh (7) orang wanita telah mendaftar untuk perkhidmatan HPV/DNA di reruai LPPKN.

Puan Faezah bt Alias (42) (tiga dari kiri), pegawai LPPKN Sarawak menyatakan kini ramai komuniti luar banda peka akan kesihatan wanita untuk pencegahan awal seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim dan pap smear

Puan Nor Faezah seterusnya menambah bahawa antara skala 1-50, hanya dalam skala satu (1) dikesan mempunyai simptom kanser pangkal rahim di peringkat awal di luar bandar setakat ini.

Pengunjung yang mendaftar untuk mendapatkan rawatan HPV/DNA, Puan Margaret Tien (52) memaklumkan program seperti ini amat bagus sekiranya pihak ini (LPPKN) memperluaskan lagi perkhidmatannya bukan sahaja di reruai seperti di dewan komuniti, namun perlu diusahakan juga ada pegawai kesihatan masuk ke kampung-kampung yang jauh dari pekan.

Puan Margaret Tien (52) dari Kampung Sekundu, Simunjan yang telah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan HPV/DNA dan menurut beliau rawatan ini adalah bagus untuk ibu-ibu yang telah lama bersalin dan untuk mendapat tahu kesannya di usia 50-an

Hal ini demikian kerana, masalah pengangkutan adalah merupakan kesukaran bagi mereka serta kampung-kampung yang terdapat jauh dari pekan sukar untuk mendapatkan informasi tentang program yang bagus seperti ini kerana masih ramai lagi yang tidak tahu akan hal ini.

Kesimpulannya, dengan adanya platform ini membolehkan  bantuan kerajaan disalurkan kepada kumpulan sasaran serta berkaitan perkhidmatan awam di luar bandar ini perlu diteruskan untuk kesejahteraan komuniti agar semua pihak tidak kira di mana jua dapat merasai kemudahan perkhidmatan awam dengan mudah dan cekap.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article