- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pasukan Pengawal Pantai Sarawak

Must read

Penubuhan pasukan Pengawal Pantai Sarawak (SCG) secara rasmi pada 7 April 2021 oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg

Premier Sarawak menyatakan bahawa penubuhan SCG adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang maritim di bawah Ordinan Negeri, khususnya State Fisheries Ordinance 2003, Forest Ordinance 2015, Wildlife Protection Ordinance 1998, National Parks and Nature Reserves Ordinance 1998 dan Oi Mining Ordinance (OMO) 1958 bagi melindungi sumber marin negeri ini.

SCG akan beroperasi di perairan negeri bagi menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli maritim di sepanjang pantai

SCG jelas beliau dapat menangani pelbagai masalah termasuk pencerobohan luar kapal nelayan asing serta memberi kuasa untuk mengawal kawasan pesisir, termasuk menahan nelayan asing yang menceroboh perairan negeri.

Penubuhan SCG dimaktubkan mengikut pindaan Ordinan Perikanan Negeri (2003) untuk mengurus industri perikanan pantai dan sungai di Sarawak dengan lebih baik manakala mengikut Perlembagaan Persekutuan, sungai dan penangkapan ikan di Sarawak berada di bawah kuasa kerajaan negeri.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memeriksa kawalan kehormat semasa merasmikan pelancaran Sarawak Coastguard

Sarawak komited untuk merealisasikan penubuhan SCG yang mana Premier Sarawak mengumumkan peruntukan sebanyak RM90 juta bagi tujuan itu dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020.

Penubuhan SCG cukup signifikan dan dilihat mampu melengkapi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin dalam tugas melindungi perairan Sarawak.

Premier Sarawak juga ada menyentuh tentang SCG sewaktu merasmikan Sarawak Agrofest 2019 tahun lepas yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang pengawal diperlukan dan bot ronda sebagai kemudahan dalam membantu pihak berkaitan.

SCG dapat menangani pelbagai masalah termasuk pencerobohan luar kapal nelayan asing

Menerusi kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan tersebut, enam buah bot pemintas SCG akan beroperasi di perairan negeri bagi menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli maritim di sepanjang pantai.

Bot-bot pemintas berkenaan juga sesuai digunakan untuk operasi bencana banjir besar dan operasi menyelamat dan mencari (SAR).

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) telah ditugaskan untuk menyelaras penubuhan kapasiti SCG termasuk sumber manusia dan pembangunan aset SCG.

Sebuah bot pemintas Sarawak Coastguard, SC Todak 1201 ‘memintas’ kapal yang mencurigakan dalam demonstrasi operasi mengawal perairan Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article