Inovasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah mendapat pengiktirafan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 dengan meraih tiga (3) pingat emas bagi kategori Public Service Innovation Award (PSIA).
Tiga inovasi tersebut adalah Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian, e128 Loss of Land Title Online System oleh Sassoku-Tech dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dan MySmartTOL oleh Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang. Disamping itu juga satu inovasi yang bertajuk Intelligent Recovery System (i-Recovery) oleh RUAI VAIE D9 dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu telah memenangi pingat perak.
Projek Smart Target Accurate Reference Solution (STARS) oleh VTECHXII dari JTS Serian juga telah diberikan pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas daripada The International Alliance of Innovation & Invention Associations (IAIA) 2023.
Antara kriteria yang dinilai bagi penentuan pencapaian ini adalah kepentingan dan signifikan projek, kreativiti inovasi yang dibangunkan, impak serta hasil projek kepada organisasi mahupun negeri.
Penganjuran MTE kali ke-22 ini dianjurkan secara hybrid yang mengabungkan dua dinamik iaitu secara fizikal dan virtual dengan bertemakan A Leading Global Innovation and Technology Event telah berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2023.
Tahun ini merupakan tahun kelima penyertaan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada MTE sejak tahun 2019. Sejak penyertaan pertama Jabatan Tanah dan Survei Sarawak melalui inovasi Sarapeg, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sentiasa mempamerkan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan dengan memenangi Pingat Emas serta menerima pengiktirafan anugerah khas dari pelbagai institusi inovasi dan kreativiti peringkat tempatan dan antarabangsa.