- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Indeks Penarafan Bintang Sektor Awam

Must read

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah unit yang memperkenalkan Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) bertujuan sebagai kayu ukur pencapaian perkhidmatan agensi sektor awam di Malaysia.

Indeks SSR merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan keupayaan untuk mencapai citizen-centered public services yang berfokuskan perhatian rakyat seperti ketelusan, kecekapan, kestabilan dan kesinambungan dalam sistem pentadbiran.

Pelaksanaan mekanisme ini awalnya disarankan oleh Perdana Menteri pada 2 Februari 2005 di Mesyuarat Jemaah Menteri dan 1 Disember 2006 di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (KJJMKPK).

Berikutan saranan berkenaan, pada 8 Februari 2007, Mesyuarat Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL) mencapai kata sepakat untuk penggredan pencapaian sistem perkhidmatan awam melalui Indeks SSR.

MAMPU telah mengukuhkan elemen penilaian dalam pelaksanaan Indeks SSR pada 22 Januari 2008 setelah taksiran Indeks SSR telah dinilai oleh Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan dan melalui pemerhatian Pasukan Inspektorat Star Rating MAMPU.

Berdasarkan keputusan oleh Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015, penilaian Indeks SSR dilaksanakan oleh MAMPU setiap dua (2) tahun.

Model Indeks SSR Sumber: Laman Web Rasmi MAMPU

Melalui satu set kriteria bagi usaha reformasi dan perubahan ke arah untuk meningkatkan budaya kecemerlangan, Indeks SSR mampu menjadi perintis kepada akauntabiliti yang lebih mampan kerana perkhidmatan akan jadi lebih efisien.

Seterusnya, Indeks SSR menyasarkan pengiktirafan rasmi kepada agensi sektor awam yang mencapai tahap prestasi yang cemerlang yang akan meningkatkan kredibiliti dalam menyampaikan perkhidmatan.

Terdapat dua (2) bahagian dalam Model Indeks SSR yang mengandungi elemen-elemen penilaian iaitu Perkhidmatan Sokongan dan Perkhidmatan Teras dan setiap modul ini terdiri daripada empat (4) bidang yang berfokus kepada Inovasi, Transformasi, Kualiti dan Pematuhan.

Bengkel Pemantapan Senarai Semak Penilaian Indeks SSR Sumber: Laman Web Rasmi MAMPU

Keempat-empat bidang tersebut pula signifikan dalam penilaian prestasi dari segi Outcome-Based, Customer-Centric, dan Stakeholder’s Aspiration kerana adanya maklumat tepat mengenai prestasi telah memberi impak besar terhadap sistem perkhidmatan awam selama bertahun-tahun.

Agensi Kementerian, Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan (PSUK/PSUP), Agensi Barisan Hadapan (ABH) dan Agensi KPI Strategik dinilai secara berperingkat melalui Indeks SSR.

Di peringkat organisasi, Indeks SSR jelas menjadikan pengurus perkhidmatan awam lebih peka dengan pengaruh keputusan dan tindakan mereka terhadap hasil polisi dan produktiviti sistem penyampaian perkhidmatan.

Oleh itu, sektor awam yang terlibat dalam Indeks SSR juga bertanggungjawab terhadap pencapaian hasil.

Proses penilaian Indeks SSR telah memastikan bahawa agensi-agensi kerajaan mengkaji semula keseluruhan proses penyampaian perkhidmatan dan membuat penambahbaikan jika perlu dan ia membawa kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat.

Lawatan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim ke MAMPU Putrajaya Sumber: Laman Web Rasmi MAMPU
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article