- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

50 Tahun Kapit. Dahulu dan Sekarang

Must read

Kapit telah diisytiharkan sebagai Bahagian Pentadbiran ketujuh negeri Sarawak pada 2 April 1973.

Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Daerah Kapit (15,595 km2), Daerah Song (3,935km2) dan Daerah Belaga (19,403 km2) dan dua daerah kecil, iaitu Daerah Kecil Nanga Merit (1,744 km2 di Daerah Kapit) dan Daerah Kecil Sungai Asap (2,750 km2 di Daerah Belaga).

Terselit nilai sejarah yang mana selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran kita, di mana kita akan dapat mengunjungi bandar Song dan bandar Kapit melalui jalan darat.

Kerana suatu ketika dahulu, bandar Kapit hanya dikenali sebagai sebuah pulau di daratan, namun kini sudah dapat dihubungi dengan terbinanya Jalan Kanowit ke Song dan seterusnya ke Kapit.

Bandar Kapit bukanlah bandar yang besar tetapi ia sibuk dengan aktiviti perniagaan dan sosial terutamanya pada hujung minggu seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas
Gambar di atas membuktikan bahawa, bandar Kapit kini semakin sesak disebabkan jumlah kenderaan yang semakin bertambah sejak siapnya jalan menghubungkan bandar Kapit dan Sibu pada tahun 2021, di mana semakin ramai penduduk mampu memiliki kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana
Tidak dinafikan, bandar Kapit sudah semakin maju, malah pendapatan penduduk di sini juga sudah semakin meningkat, kerana jika ia tidak berlaku, jumlah kenderaan pasti sedikit, malah kesesakan jalan raya juga tidak akan pernah berlaku
Gambar menunjukkan keadaan stesen minyak di Kapit yang dipenuhi dengan kenderaan setiap hari. Buat masa ini, terdapat hanya dua (2) stesen minyak di Kapit iaitu satu stesen Petronas sementara satu lagi stesen minyak tidak berjenama untuk kegunaan rakyat di sekitar Kapit

Sebelum terbinanya Jalan Kanowit ke Kapit, bandar Kapit hanya dapat dihubungkan dengan bandar Sibu dan pekan-pekan lain seperti Song dan Belaga menerusi pengangkutan sungai sahaja.

Bagi pengunjung yang bukan berasal dari Song, Kapit dan Belaga, sudah tentu mereka pernah memiliki pengalaman menempuhi perjalanan sejauh 126km dari bandar Sibu ke Kapit dengan menggunakan bot ekspress selama tiga (3) jam pada ketika itu.

Pembangunan infrastruktur seperti akses jalan raya sangat diperlukan kerana ketiadaanya menyukarkan usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan, pengangkutan barangan dan juga pergerakan penduduk. Sebelum adanya Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu, pengunjung yang hendak ke Kapit perlu menggunakan bot ekspres dari Sibu
Suatu ketika dahulu, pengangkutan sungai seperti perahu panjang ini merupakan pengangkutan utama penduduk di Bahagian Kapit untuk mengakses kawasan-kawasan tertentu
Penduduk di rumah panjang ketika itu sukar hendak menjalankan urusan di pekan Kapit dan mengangkut barang-barang rumah disebabkan tiada jalan

Disebabkan tiadanya akses jalan raya ketika itu, ramai penduduk di Kapit terutamanya golongan anak-anak muda merantau ke bandar-bandar utama seperti Sibu, Miri, Kucing dan sebagainya untuk mencari rezeki.

Pada hakikatnya, Bahagian Kapit ini bumi yang kaya dengan segala peluang dan potensi kerana mempunyai sumber semula jadi seperti hutan, tanah yang subur untuk pelbagai jenis tanaman dan sungai yang turut menyumbang kepada sumber ekonomi masyarakat di Bahagian ini.

Pembinaan jalan-jalan akses telah membolehkan rakyat di Kapit dan Ulu Rajang melihat dan menikmati keindahan yang ada di Bahagian Kapit sekaligus akan merangsang lebih banyak pembangunan seperti aktiviti pertanian sehingga menjadi pemangkin kepada kepesatan ekonomi dan penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya
Dengan adanya kemudahan jalan raya yang bagus, penduduk di sekitar Kapit harus mengambil peluang untuk meningkatkan sosioekonomi mereka dengan menceburi bidang-bidang perniagaan, usahawan, pertanian dan sebagainya bagi memajukan diri dan keluarga
Jalan raya sangat penting kerana ia adalah “roda penggerak” terhadap pertumbuhan ekonomi malah, kos hidup penduduk serta kos menjalankan perniagaan di Kapit akan dapat dikurangkan
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article