- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Seni Kraftangan di Kapit Terus Dipertahankan

Must read

Bagi yang pertama kali datang ke Pekan Kapit akan mendapati pekan tersebut mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Iban seperti ukiran dan corak Iban seperti ukiran pada Kapit Town Square.

Mendalami lebih lanjut, RAKAN Sarawak meninjau dari lokasi ke lokasi pasar di Kapit seperti Tamu Khas Kapit Night Street Market, Pasar Teresang dan Harmony Mall/Walk.

Daripada situ (penjualan barangan), kita sudah membuat penilaian apa yang sentiasa mendapat perhatian pengunjung.

Dari tinjauan yang dibuat, adalah didapati masyarakat Iban di Kapit terus mengekalkan budaya dan tradisi yang dapat disaksikan melalui penjualan seni kraftangan seperti pembuatan “Duku” (Parang) dan “Lunga” (Pisau).

Penghasilan “Duku” (Parang) dan “Lunga” (Pisau)

Menurut Jalang Ak Wan, ditemu bual di Kapit Night Street Market, pembuatan dan penghasilan “duku” dan “Lunga” tersebut yang tidak mengambil masa yang lama iaitu di antara tiga (3) hingga lima (5) hari untuk satu-satu pembuatan.

Encik Jalang Ak Wan berkata pembuatan dan penghasilan “duku” dan “Lunga” tersebut yang tidak mengambil masa yang lama di antara tiga (3) hingga lima (5) hari

Permintaan tinggi seni kraftangan juga mendorong Puan Asmiaty Binti Rajuni (dengan panggilan mesra Mia) beserta ahli keluarganya menghasilkan beg rotan seperti “Belanyat/Butak” atau “Uyut” yang boleh diperoleh di Pasar Teresang Kapit.

Menurut Puan Mia, “Belanyat” ini merupakan anyaman bakul yang boleh diletakkan di bahagian bahu belakang manakala “Uyut” bakul yang bersaiz kecil.

Selain “Belanyat”, Mia turut menjual beg anyaman lain untuk kegunaan harian
“Seladang” , bakul lebih besar digunakan untuk meletak padi atau buah
Pandangan dan sisi lain penggunaan “Seladang”
Saiz sebenar “Belanyat”
“Belanyat” ini merupakan anyaman bakul yang boleh diletakkan di bahagian bahu belakang manakala “Uyut” bakul yang bersaiz kecil. Anyaman ini merupakan yang agak moden

Selain produk kraftangan tersebut, Puan Asmiaty turut menjual “Tanggi” (digunakan sebagai “topi” perlindungan daripada cuaca panas yang selalu dibawa ketika aktiviti sawah padi atau Kumai), Turut dihasilkan ialah“Seladang” (bakul lebih besar untuk meletak padi dan buah di dalamnya), “Capan” (seperti Tampi) untuk proses ngebau (menampi padi).

Tanggi” digunakan sebagai “topi” perlindungan daripada cuaca panas yang selalu dibawa ketika aktiviti sawah padi
“Capan” untuk proses menampi padi

Bukan itu sahaja, dia turut menjual perhiasaan seperti “Topi Tunjang” untuk digunakan orang lelaki Iban dalam upacara tertentu.

“Topi Tunjang” digunakan oleh pihak lelaki untuk upacara khas

Rembong ak Utong yang turut menjual “belayat” berkata antara banyak produknya inilah yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat luar, mungkin disebabkan saiznya dan warnanya yang banyak pilihan.

Selain anyaman, bahan tradisi untuk makanan seperti penjualan daun “Selukung” seperti yang diterangkan Puan Gelenih, untuk membungkus pulut ataupun ikan bagi tujuan salai yang bahan asasnya menggunakan daun tersebut.

Daun “Selukung” sentiasa mendapat permintaan tinggi untuk membungkus pulut atau ikan, jelas Puan Gelenih

Daun selukung dijual dengan harga RM2 dalam satu ikat yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk kerana ia adalah bahan asas untuk menghasilkan makanan tradisi masyarakat Iban di Kapit.

Market Teresang Kapit antara yang terawal wujud di Pekan Kapit
Harmony Mall/Walk turut digunakan untuk aktiviti penjualan hasil-hasil produk
Reka bentuk Pintu Gerbang -Kapit Town Square turut mengekalkan kekayaan ukiran seni kaum Iban
Kapit Night Street Market, juga turut dimanfaat sepenuhnya untuk aktiviti penjualan sebelah pagi
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article