- Advertisement -spot_img
4,813
published news
and counting

Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching Dirasmikan

Must read

Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 31 Mac 2023.

Kompleks tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Pusara Islam Semariang atau Semariang Islamic Cemetery Complex (SICC) dibangunkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Dibina di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kompleks Raudhatul Sakinah yang bernilai RM5.6 juta merupakan sebuah pusat sehenti bagi pengurusan jenazah.

Antara kemudahan yang disediakan di kompleks berkenaan termasuklah urusan memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah.

Kemudahan-kemudahan lain seperti pejabat urusan, ruang serba guna, tandas, ruang berwudhu dan sebagainya turut disediakan.

Dalam satu kenyataan media, pihak LAKMNS menjangkakan kompleks tersebut akan beroperasi sepenuhnya pada 15 April 2023.

Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching merupakan pusat sehenti untuk urusan jenazah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Semariang
Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz bin Dato’ Hussein menyampaikan cenderahati kepada Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada Majlis Perasmian Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching pada 31 Mac 2023

Menurut Premier Sarawak, Kerajaan Sarawak sedang meneliti rancangan untuk membesarkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang untuk memastikan tanah perkuburan Islam terbesar itu mampu menampung keperluan pengkebumian sehingga tahun 2050.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bersama Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz melakukan simbolik penanaman pokok sempena Majlis Perasmian Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching

Tiga (3) buah lagi tanah perkuburan Islam baharu di Matang, Bako dan Santubong akan diperbesarkan dengan menggunakan kaedah pengurusan yang sama seperti di Tanah Perkuburan Islam Semariang, iaitu dilengkapi dengan data maklumat bagi memudahkan waris mengesan lokasi kubur ahli keluarga mereka.

Berdasarkan rekod LAKMNS, Tanah Perkuburan Islam Semariang yang mula dibuka pada tahun 1982 kini menempatkan lebih 18,000 pusara.

Yang turut hadir pada majlis perasmian kompleks tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz bin Dato’ Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg Datu Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Mufti Sarawak, YBhg Datuk Haji Kipli bin Haji Yassin, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak YBhg Datuk Haji Misnu bin Haji Taha serta beberapa orang Menteri kabinet negeri.

Ruang utama Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching
Kemudahan ruang solat
Kemudahan tempat mengambil wudhu untuk lelaki dan wanita turut disediakan
Ruang pengurusan jenazah
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article